Tuesday, May 28, 2013

Indahnya Anugerah illahi - Bab 1


Suasana ditepi tasik di Bukit Layang-layang petang itu sedikit sebanyak mendamaikan hati Qaseh yang sedang berkecamuk dengan pelbagai perasaan. Penat juga otak kecil ini mengarang pebagai bentuk ayat untuk diluahkan pada Ammar Asyraf, tunangan atau boleh di katakan sebagai bekas tunangan. Sementara menanti kehadirannya, Qaseh hanya memerhatikan keadaan sekeliling tasik yang riuh dengan kehadiran beberapa keluarga yang sedang beriadah.  Ada juga yang berjumpa teman-teman barangkali. Tidak ketinggalan mereka yang berpasangan tidak segan silu bertepuk tampar di khalayak ramai. Qaseh, jangan pandang negatif pada orang. Mungkin itu pasangan suami isteri. Nah, lihat itu. Mungkin kanak—kanak yang berlari mendapatkan mereka itu anaknya. Bisik hatiknya menegur akal yang berprasangka. Melihatkan ketenangan tasik di Bukit Layang-layang ini sedikit sebanyak, hati yang sedang bengkak dengan pelbagai rasa ini surut dengan perlahan-lahan. Ditambah pula dengan hembusan angin yang sepoi-sepoi menyapa kulit wajah.

“Assalamualaikum sayang, lama Qaseh tunggu abang?” Ucap Ammar Asyraf sebaik tiba disebelah ku.

“Wa’alaikumsalam.” Jawab ku pendek. Muka yang tadinya kusut dan tegang cuba ku tenangkan. Senyuman yang terukir dibibir sedaya mungkin cuba ku maniskan.

“Kenapa ni sayang? Senyum pun macam nak dengan taknak je? Ingatkan nak jumpa sebab sayang rindukan abang. Tapi lain pula jadinya. Cuba khabar kat abang apa dah jadi sebenarnya ni? Sayang ada masalah?” Soal Ammar lagi dan kali ini lebih serius. Wajahnya ku pandang sayang. Tapi mana mungkin mahu ku turutkan kata hati. Hhmmm. Aku mengeluh sendiri.

“Kenapa mengeluh pulak ni sayang? Sayang tahu tak abang berkejar dari office ke sini semata-mata nak jumpa sayang. Ingatkan sayang rindukan abang. Tapi sebaliknya, muka yang tak manis, senyum yang hambar dan sekarang ni mengeluh pulak? Sayang jangan la buat abang risau. Cuba bagitahu abang kenapa sebenarnya ni.” Pujuk Ammar bertali arus.

Aku hanya tersenyum mendengar bebelannya. Mungkin ini kali terakhir dapat ku dengar tiap patah kata yang terluah dari bibir itu. Maafkan Qaseh abang, Qaseh tak mampu nak membantah keputusan abi. Tapi ayat itu hanya sempat terluah di dalam hati kerana mulutku benar-benar terkunci. Lidahku juga kelu. Namun, ku gagahkan jua untuk meluahkan apa yang terbuku dihati demi abi dan umi. Juga demi dia, Ammar Asyrafku.

“Rasa sekejap saja kan masa berlalu. Kejap je dah  6 bulan Qaseh jadi tunang... Ammar” susah benar untuk ku menukar panggilanku untuknya dari ‘abang’ kepada panggilan nama. “Sebelum tu, Qaseh nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ampunkan salah dan silap Qaseh selama ini. Halalkan juga apa yang dah termakan, terminum bahkan terambil dari Ammar.” Mendengarkan ucapanku, riak wajah Ammar bertukar serius.

“What’s with the name? Kenapa tukar panggilan? Kenapa tak panggil abang macam selalu? Apa, Qaseh dah tak sayangkan abang lagi ke?” soal Ammar bertalu-talu. Tapi aku hanya mampu menundukkan wajah. Tidak mampu rasanya untuk aku menatap wajahnya yang sayu dan penuh rasa kecewa. Tapi aku harus kuatkan diri. Aku harus mendepani dia demi abi dan umi. Ku angkat juga wajah yang menghangat membendung rasa sedih yang mungkin akan menyebabkan gugurnya airmataku ini. Aku pandang wajahnya yang juga memerah. Sedih barangkali. 

“Maafkan Qaseh, Ammar. Qaseh terpaksa. Terima kasih untuk selama ini. Kehadiran Ammar dalam hidup Qaseh selama  6 bulan ini sangat menggembirakan hati Qaseh. Kasih sayang yang Ammar beri sangat-sangat Qaseh hargai. And i’m happy with it. Terima kasih banyak-banyak sebab happy kan Qaseh. Ammar banyak ajar Qaseh tentang hidup ni, tentang cinta, kasih dan sayang serta rindu. Ammar juga yang ajar Qaseh erti kesabaran. Thanks for that beautiful moment.” Tuturku bersama airmata yang tak mampu lagi aku bendung. Aku hadiahkan juga senyuman yang cukup ikhlas dari hati hanya untuk insan istimewa di hatiku ini. Ammar Asyraf.

“Wait, ni apa kes ni? Tiba-tiba berterima kasih bagai. Then, terpaksa? Apa maksud Qaseh?” soal Ammar ingin tahu duduk perkara sebenar sehingga aku menuturkan kata-kata seperti itu padanya. Mungkin juga hatinya mula melagukan kesangsian dan kebimbangan. Aku tahu selama ini dia tak pernah silap dalam menilai situasi. Dan kali ini juga aku tahu dia pasti dapat meneka apa yang telah terjadi.

“Ammar, Qaseh harap selama Qaseh jadi tunang Ammar ni, Qaseh dah dapat gembirakan hati Ammar. Qaseh harap selama ini Qaseh tak menyusahkan Ammar.” Nyata ku bersama perasaan yang sebak. Airmata yang ku tahan sedari tadi, gugur juga membasahi pipi.

“Sayang cakap apa ni? Abang tak faham lah. Selama ni abang happpy sangat-sangat. Tak pernah terdetik walau sekali pun dihati dan fikiran abang yang Qaseh ni menyusahkan abang. Kenapa tanya yang bukan-bukan ni? Atau selama ni Qaseh yang terbeban dengan kelakuan abang? Kejap! Apa ni? Abang pening lah. Cuba bagitau abang hal yang sebenarnya. Jangan banyak kona boleh?” Soal Ammar bertalu-talu dengan muka yang berkerut-kerut. Aku tak pasti samada kerutan di dahi Ammar itu tanda pening dengan apa yang aku cuba sampaikan atau tanda bermulanya kemarahan Ammar.

“Baiklah. Sebenarnya Qaseh nak bagitau Ammar, hubungan kita dah berakhir hari ini, detik ini. Dan Qaseh nak Ammar teruskan hidup seperti biasa tanpa Qaseh dan nak berterima kasih pada Ammar untuk setiap detik yang menggembirakan hati Qaseh selama Qaseh jadi tunang Ammar. That’s all” jawab ku senafas. Tapi tidak pula pada Ammar. Mukanya mula kemerahan tanda marah atau mungkin kecewa dan sedih dengan apa yang aku ucapkan.

 “Qaseh, sampai hati Qaseh buat abang macam ni. Apa pula salah abang sampai Qaseh nak putuskan ppertunangan kita? Kalau hal dulu yang abang keluar dengan Leeza jadi puncanya, abang dah minta maaf kan dan abang janji abang tak buat lagi. Abang tau abang salah. Abang tak patut buat Qaseh macam tu. Tapi setahu abang, itu je kesalahan yang penah abang buat. Tapi tolong lah, jangan minta putus tunang. Abang sayangkan Qaseh dan akan sayangkan Qaseh sampai bila-bila. Silap abang Cuma satu tu je. Tak mampu nak tolak permintaan bonda untuk bawa Leeza keluar makan. Tapi Qaseh pun tau kan, time tu i had no choice. I’m sory sayang. Please let me make it up to you. I am really really sory. Please sayang..” rayu Ammar Asyraf berkali-kali tapi aku harus pekakkan telinga. 

Demi abi dan umi, akan aku turutkan jua permintaan mereka. Lagi pun, ini takdir yang Allah dah tentukan untuk aku. Inilah jawapan dari solat istikharah yang aku buat berkali-kali. Ketetapan hati untuk berpaling dari Ammar walaupun di dasar hati yang paling dalam, rasa kasih dan sayang masih berputik dan semakin berkembang mekar. Cuma aku tak faham kenapa begini. Telah ku minta pada Allah, andai dia bukan untukku maka hapuskanlah rasa kasih dan sayang yang menyemarak ini. Tapi, kenapa rasa ini semakin kuat? Tak mengapa, aku yakin dengan ketentuan Allah, sayang cuma bahagia itu bukan milik kita sekarang.

“Maafkan Qaseh.... Ammar..” aku terdiam sebentar sebelum menyambung. “Qaseh terpaksa pilih antara Ammar dan abi. Sampai mati pun, pilihan Qaseh tetap abi kerana abi lebih berhak keatas Qaseh. Macam tu juga dengan Ammar, syurga Ammar dibawah telapak kaki bonda. Qaseh tak mahu jadi punca keretakan hubungan Ammar dan bonda. Biarlah Qaseh undur diri. Qaseh juga tahu hati ini akan mati tanpa Ammar tapi, Qaseh yakin dengan ketentuan Allah. Biarlah kita berkorban untuk gembirakan perasaan ibubapa kita selagi mampu Ammar sebab kita tak tahu bila lagi kita dapat berbakti pada mereka.” Aku terdiam sebentar untuk mengambil nafas serta menyusun ayat terbaik untuk diperdengarkan pada Ammar Asyraf.

“Walau apa pun yang berlaku antara kita, kita masih boleh berkawan kan? Sebab Qaseh tahu, Qaseh takkan mampu untuk tinggalkan Ammar unless you are the one who left me. Ammar masih ingat kan, dulu Qaseh pernah janji, Qaseh takkan tinggalkan Ammar tapi nampaknya kali ini, janji itu terpaksa digubal dari janji kekasih kepada janji seorang sahabat. Qaseh takkan tinggalkan Ammar. Ammar sahabat Qaseh tika Qaseh susah dan senang. Ammar juga sahabat Qaseh dunia dan akhirat. Bolehkan Ammar jadi sahabat Qaseh?” soalku pada Ammar yang hanya mendiamkan diri sedari tadi. Mungkin sedang berfikir akan rasionalnya tindakan yang aku ambil ini.

Lama keadaan terbiar sepi. Hari pula semakin gelap. Jam ditangan ku kerling. Sudah jam enam setengah petang. Lagi setengah jam saja maghrib bakal menjelma. Wajah Ammar aku pandang sekilas. Tak mampu nak pandang lama-lama akan wajah yang sedang sendu itu kerana ia hanya akan merobek lagi rasa hati ini yang sudah sedia rabak.

“Baiklah Qaseh, let us be friend. In fact, we are still good friend, aren’t we?” soal Ammar bersama senyuman hambar.

Aku turut membalas senyumannya dan mengangguk mengiakan soalannya. “Urusan pemulangan cincin dan hantaran yang lain abi dah uruskan lepas zuhur tadi Cuma Qaseh nak minta Ammar halalkan satu benda je yang dah sebati dengan diri Qaseh.” Pintaku sambil merenung jam tangan rolex gold yang tersarung cantik ditangan kananku.

“Ammar halalkan apa saja yang Qaseh ambil. Ammar tau Qaseh sayangkan jam tangan tu. It is yours after all. Kalau ikutkan hati, Qaseh tak perlu pulangkan hantaran tu semua. Itu kan hadiah dari Ammar buat Qaseh. Tapi tak mengapa. Ammar redha. Ammar juga yakin, andai jodoh kita kuat, kita pasti bersama suatu hari nanti kan. Only time will tell. Apa-apa pun Ammar doakan Qaseh bahagia. Tolong juga doakan kebahagiaan Ammar ye Qaseh.” Pinta Ammar di hujung ayatnya lantas bangun dan berlalu pergi. Aku pula hanya memandang sehingga kelibat Ammar hilang dari pandangan. Aku tahu dia terluka. Aku juga turut terluka malah lebih parah darimu Ammar. Berusahalah untuk kebahagiaan sendiri. Bisik hatiku pada angin yang menderu supaya menyampaikan pesan hatiku pada Ammar Asyraf. Sesungguhnya kau tidak mengetahui betapa gembiranya bondamu dengan keputusan ini Ammar. Andai saja kau tahu, pasti luka kecewa di hatimu lebih parah.

Perasankan kehadiran Nissan GTR merah hitam Afiq, Qaseh bangun dan bergerak ke kereta. Sejurus masuk ke dalam kereta, abang ke empatnya ini menayangkan senyuman simpati. Faham akan situasi yang dilalui oleh adik bungsunya ini.

Afiq yang menyedari keadaan adiknya yang sedang bersedih hanya mampu menepuk dan menggenggam tangan Qaseh. Dan saat itu, terdengar esakan Qaseh.

“Sabar lah adik. Anggap saja adik dengan Ammar memang tak dijodohkan bersama. Allah maha mengetahui setiap sesuatu sayang. Sabar ye.” Pujuk Afiq.

Pujukan Afiq saja yang mampu meredakan keadaan Qaseh. Tak kira apa juga keadaan Qaseh, hanya pujukan dan kata-kata dari Afiq saja yang mampu melegakannya. Mungkin kerana mereka rapat sejak dari kecil malah jarak umur mereka juga tidak jauh berbanding dengan abang-abang yang lain.

“Abang tau pilihan abi adalah yang terbaik untuk adik. Abang yakin dia akan jadi suami yang baik untuk adik abang ni. Dia pun sayangkan adik sangat-sangat. Dari kita kecil lagi dia dah taruh hati pada adik Cuma adik je yang tak perasaan or should i say tak mahu ambil endah keadaan sekeliling.” Tambah Afiq lagi. Sedangkan aku pula hanya mampu melongo sekejap tanda terkejut. What??? Abang Afiq kenal dengan pilihan abi untuk aku? Ish suspen ni. Bisik hatiku gundah.

“Dah, tak usah nak terkejut sangat lah dengan buat muka macam itu. Hahaha lawak lah adik ni. Macam katun tau? Tapi katun yang tak berapa nak comel la sebab hidung dengan pipi adik merah sangat. Hahahaha macam badut pun ada” usik Afiq.

“ala katun-katun pun adik abang Fiq jugak kan. Huh” balas Qaseh. Mulut dimuncungkan tanda tak puas hati tapi sekejap sahaja sebelum mula mengorek hal sebenar dari Afiq. “Dari cara abang Fiq cakap ni macam kenal saja siapa yang abi pilih untuk jadi suami adik.” Tambahku lagi dengan harapan ayat pancingku mengena.

Afiq hanya mengangkat bahu dan mempamirkan senyuman mengusik tanda tak mahu bagitahu Qaseh.
Melihatkan kebisuan Afiq, Qaseh pun malas mahu meneruskan pertanyaannya. Dia hanya memandang keluar sambil membayangkan dirinya dikahwinkan dengan orang yang tidak dia cintai malah mungkin tidak dikenali. Urghh menyeramkan. Tanpa Qaseh sedar, pintu kereta di tempatnya sudah dibukakan dan Afiq bercekak pinggang.

“Oii makcik bulat, berangan pulak dia. Taknak turun ke? Ke nak minta cik Abang Rayyan awak tu dukung?” tanya Afiq sengaja menguatkan suaranya kerana perasankan kehadiran Rayyan dengan abangnya Afif di taman mini bersebelahan garaj. Niatnya saja mahu mengusik adik bungsunya ini.

“huh, sejak bila pula abang Fiq kat luar ni? Dan apa hal pula nak suruh mamat creick tu dukung bagai. Allah dah anugerahkan adik kudrat untuk berjalan sendiri. Tak payah nak dukung sangat lah. huh” bebel Qaseh. Lantas saja telinganya jadi mangsa dipiat Afiq. “aduh! sakit la Fiqa” jerit Qaseh. Afiq yang mendengar panggilan Qaseh yang mula bertukar menguatkan lagi tarikan pada telinga Qaseh.

“tu la berangan je tahu. Mana nak sedar kita dah sampai rumah. And one more thing, don’t ever call me with that name or else.” Tegas Afiq pada Qaseh yang sedang menggosok telinganya yang kesakitan.

“or else what Fiqa?” tanya Qaseh lagi dan dengan selamba sambil membuat mimik muka yang menjengkelkan hati abang kesayangannya ini. Dan sepantas itu juga dia berlari masuk ke dalam rumah untuk mengelakkan Afiq dari membalas. Pangilan 'Fiqa' memang sengaja dia gunakan walau pun dilarang keras oleh Afiq. Tanpa sedar, dalam lariannya, Qaseh terlanggar seseorang lantas sama-sama jatuh berpelukan di depan pintu.

Afiq yang melihat hanya ketawa sukahati. Sempat juga dia berkata “padan muka, tu la dolat. Siapa suruh lawan cakap abang Fiq. Amek jajan. Allah bayar cash tau” dan menyambung tawanya. Sedang Qaseh pula hanya memejam mata. Dalam hati tertanya-tanya juga kenapa tak sakit? Ye lah kan. Dah namanya jatuh mestilah sakit. Tapi ini tidak. Hmmm musykil ni.

Sedang Qaseh berkira-kira mahu membuka mata, terdengar suara garau yang agak menyakitkan telinga kerana Qaseh kenal akan suara itu.

“Amboi-amboi, sedapnya dia landing atas kita. Siap pejam mata segala. Menikmati kehangatan tubuh aku ke bulat?” tanya Rayyan dengan suara yang sengaja dijengkelkan sedang dalam hati hanya Allah saja yang tahu betapa laju jantungnya berdegup. Perkataan bulat memang sengaja dikuatkan kerana hanya itu saja cara untuk mendapat tindakbalas dari Qaseh dan panggilan ‘bulat’ itu juga memang sinonim dengan Qaseh sejak dari mereka kecil lagi.

Mendengarkan suara itu, mata Qaseh lantas terbuka dan dia berusaha mahu bangun untuk melepaskan diri namun pautan tangan Rayyan pada pinggangnya diperkemaskan lagi membuatkan usahanya sia-sia.

“ish lepas la. Orang nak bangun la ni. Siapa suruh duk tercegat kat tengah-tengah pintu macam tunggul kayu. Kan dah kena langgar. Ke memang dah diterima untuk jadi jaga tak berbayar kat rumah ni?” Jawab Qaseh dengan bibir yang dicebikkan dan berusaha sedaya upaya untuk melepaskan diri dari rangkulan Rayyan.

Kan betul. Sebut saja perkataan bulat, memang berjaya membangkitkan kemarahan dan bebelan Qaseh padanya. Jika tidak, hanya sepatah dua kata yang terucap dan itu pun jika bernasib baik. Di waktu lainnya hanyalah jelingan bersama jeliran lidah yang menjadi tatapan.

Tanpa sedar, adegan itu jadi tontonan seisi rumah termasuk mama dan papa Rayyan yang berkunjung untuk menetapkan tarikh pernikahan Rayyan dan Qaseh. Masing-masing menahan gelihati dengan telatah Qaseh dan Rayyan. Manakan tidak, Qaseh dengan muka yang dicemberutkan dan Rayyan dengan perangai yang suka mengusik.

“ehhemm. Macam ni kita kene percepatkan lagi tarikh nikah mereka berdua ni Leef. Kalau tak lagi haru jadinya” suara Dr. Hasif, papa Rayyan pada abi. Tuan Qaleef ini pula hanya tertawa suka dan mengangguk tanda bersetuju sedang yang lain hanya tersenyum. Ishh malunya. Ya Allah. Sengalnya kau Qaseh. Eh bukan aku la, mamat creick ni yang ambil kesempatan. Hati dan otakku semppat bertelagah.

Rayyan yang baru tersedar dengan deheman papanya cepat-cepat melepaskan Qaseh dan berdiri. Qaseh pula, bertambah cemberut dan merah mukanya menahan malu dan sakit hati. Dalam hati dah berbakul-bakul sumpahan dikenakan pada Rayyan. ‘gatal! Miang! Ulat bulu! Lintah darat! Amek kesempatan. Huh menyampah. Eh, lintah darat bukan ‘ahlong’ ke? Ah lantak. Boleh je guna. Sesuai sangat dengan mamat creick ni’ Bebel Qaseh dalam hati sambil bangun. Laju saja kakinya melangkah menuju kearah papa dan mama Rayyan untuk bersalam. Setelah selesai, dia meminta diri naik ke bilik untuk mandi dan bersiap untuk makan malam bersama.

Ketika melangkah ke tangga, matanya sempat juga melirik pada Rayyan yang sedang berbual dengan Afiq dan Afif. Aqil dan Aisy je tak ada. Mungkin abang Aqil masih di pejabat agaknya, abang Aisy pula masih belum sampai kot. Teka Qaseh di dalam hatinya.

Rayyan yang menyedari lirikan Qaseh, mengenyitkan matanya sambil tersengih dan mengembungkan pipinya tanda mengusik ‘bulat’ atau kata lainnya gemuk. Huh!! Aku tak gemuk la mangkuk. Terus saja jelingan tajam dihadiahkan seraya dengan lidah yang sengaja dijelirkan tanda meluat dan melajukan langkah naik ke tingkat atas. Penat melayan mamat creick itu. Bukan penat fizikal tapi penat mental. Haish apa lah nasib bertembung dengan mamat tu hari ni.

***************************************

P/S:-

hohoho Alhamdulillah.. siap pun 1 bab.. minta tunjuk ajar andai ada terkurang dan tersilap. saya baru lagi dalam bidang ni. saja suka-suka nak memenuhkan masa yang terluang. harap sudi comment.

Thanks



No comments:

Post a Comment