Thursday, May 30, 2013

Indahnya Anugerah illahi - Bab 2

Sejak pulang dari tasik, Ammar banyak termenung. Ditambah pula dengan penerangan dan pengakuan dari bonda tersayang. Ahh! Kusut.. keluh Ammar sambil memegang kepalanya. Keadaannya yang serabut memutikkan rasa simpati pada si sahabat yang juga sepupu rapatnya, Megat Daniel Akram.

“Sabar lah dude. Aku tau kau kuat. Allah saja nak test iman kau. Aku yakin, Qaseh akan jadi milik kau juga kalau kau pass ujian Allah ni. That I’m sure. Walaupun bukan sekarang.” Nasihat Daniel cuba untuk menyedapkan hati Ammar. Risau juga dirinya melihatkan keadaan sahabatnya yang seorang ni. Dulu diduga dengan kehilangan ayahnda tersayang. Kini, kehilangan lagi namun impaknya berbeza. Dulu Ammar nampak sedikit tenang berbanding sekarang.

Bagi Ammar, kehilangan Qaseh sangat dirasai walaupun bukan hilang terus secara teknikalnya namun untuk mengubah kebiasaan status kekasih kepada sahabat amat susah. Rasa kasih yang kian mekar makin menyukarkannya untuk menetapkan titik focus dalam otaknya.

Kata-kata yang terluah dari mulut Daniel hanyalah bagai angin lalu yang menyapa kulitnya. Tidak satu pun lekat di ingatannya.

“Dah lah beb. Aku tau kau sedih. Aku dapat rasa apa yang kau rasa. Memang bonda boleh dikira zalim tapi dia tetap insan yang melahirkan kau. Dia tetap yang terutama dalam hati kau. Even dalam satu masa, si ibu dan si isteri terjatuh dalam sungai, si anak harus menyelamatkan si ibu dulu, then baru lah isterinya. You get what I mean, don’t you dude?” Cubaan Daniel kali ini membuahkan hasil bila ada anggukan dari Ammar.

“Aku tau. Tapi aku terkilan. Selama ni aku tengok kitaorang happy je bila berjumpa. Tak ada langsung riak tak suka pada wajah bonda tiap kali aku bawa Qaseh untuk makan bersama. Tak aku duga, rupanya semua tu hanya lakonan bonda je dude. I repeat Lakonan!” luah Ammar dengan penuh perasaan dan terus tersandar pada keretanya. Daniel disebelah hanya diam. Kali ini dia akur dengan kata-kata Ammar. Kalu dia ditempat Ammar pun belum tentu dia akan se’ok’ Ammar sekarang ni. Silap haribulan lagi teruk.

“Tak apa dude. Ini ujian Allah untuk hambaNya. Dia nak kau perbanyakkan lagi mengabdikan diri padaNya. Mungkin kita tak sukakan sesuatu itu padahal ianya amat baik untuk penghidupan kita dan mungkin kita suka akan sesuatu itu tapi ia mendatangkan keburukan pada penghidupan kita. Allah maha mengetahui tiap sesuatu. Aku pun kekadang terlalai juga. Lupa padaNya bila dah terlampau suka. Hhmm Jom gerak. Maghrib dah lama berlalu. Sekejap lagi dah nak masuk isya’. Kita singgah masjid, solat dulu. Mudah-mudahan Allah anugerahkan kau ketenangan dan kedamaian hati. Berdoalah padaNya saudaraku” nasihat Daniel sedikit panjang dan sedikit skema dihujung ayatnya diiringi ketawwa halus bagi memahamkan Ammar. Moga dia sedikit terhibur dengan kepoyoan aku. Hehehe detak hati Daniel lagi.

“haha pandai la kau kan. Saje nak suruh aku ketawa dalam kesedihan kan.” PerliAmmar dan dalam masa yang sama turut mengiakan kata-kata sepupunya merangkap BFF as in best friend forevernya itu. “Astagfirullah.. thanks dude sebab ingatkan aku yang dah hampir nak menyalahkan takdir ni. InsyaAllah aku ok. Hehe dah jom lah kita gerak sekarang. Nanti takut terlepas waktu pulak.” Tambah Ammar yang kali ini kelihatan sedikit tenang bila diingatkan akan solat dan doa. Dan mungkin juga kerana kepoyoan insan bernama Megat Daniel Akram ini.

****************************************
  
“Asy, baru balik? Bonda..” tak sempat Datin Aira ingin menghabiskan kata, Ammar telahpun meluru memeluk bondanya sambil memohon ampun.

“Maafkan Asy bonda. Selama ni Asy terlalu mengikut kata hati sampai tak sedar kegembiraan dan kebahagiaan bonda hanya lakonan demi menjaga hati Asy. Asy berdosa pada bonda. Ampunkan Asy bonda. Asy khilaf.” Ammar mengongoi dibahu Datin Aira.

Dengan senyuman tubuh Ammar didakap erat dan kepala Ammar diusap penuh kasih sayang. “Bonda ampunkan. Bonda hanya mahu yang terbaik untuk Asy. Bonda akui, Qaseh baik. Tapi… hhmm tak mengapa lah.. sekarang bonda bersyukur sebab Allah dah makbulkan doa bonda. Terima kasih Ya Allah, Kau dah pulangkan anakku.” Luah Datin Aira bersama linangan airmata kegembiraan. Maafkan bonda sayang.Rahsia ini akan kekal rahsia. Sampai bila-bila pun kamu takkan boleh berkahwin dengan Qaseh. Sambung Datin Aira didalam hati.

Abang, Aira masih harap abang ada sekarang ni. Aira dah tak mampu nak tampung rahsia ni sorang-sorang bang. Alhamdulllah, rahsia dulu masih kekal jadi rahsia dan masih tersimpan kemas dalam lipatan sejarah. Biarlah tiada siapa yang tahu selain kita bang. Aira tak sanggup untuk kehilangan Asy. Dia satu-satunya anak Aira. Semoga abang tenang disana. Doakanlah semoga jalan yang Aira pilih untuk Asy adalah yang sebaik-baiknya. Luahan hati Datin Aira makin melebatkan lagi guguran airmatanya. Ammar yang sangka bondanya menangis teruk kerananya makin gundah jadinya.

“bonda, sudahlah. Ays janji lepas ni Asy akan ikut cakap bonda. Akan genbirakan bonda. Asy taknak tengok bonda menangis macam ni lagi. Buat Asy rasa dosa yang terbeban atas pundak Asy ni makin berat bonda. Please.. jangan nangis lagi bonda. Asy sayang bonda” rayuan Ammar sedikit sebanyak meredakan hiba dihati Datin Aira.

“bonda ok sayang. Dah jom kita makan. Dari tadi bonda tunggu Asy balik. Bonda dah masakkan lauk kegemaran Asy.” Pujuk Datin Aira sebelum dia terperasankan kehadiran anak saudaranya yang tercegat di muka pintu melihat drama sebabak yang baru berakhir tadi.

“Daniel, bila sampai? Kenapa tercegat kat situ? Kenapa tak masuk sayang?” soal Datin Aira sambil tersenyum senang dan menggamit supaya Daniel mendekat. Melihat anak saudaranya yang sudah dianggap sebagai anaknya sendiri itu sedikit sebanyak melegakan sedikit beban perasaan yang menyimpan satu rahsia setelah sekian lama.

“lama betul Daniel tak datang jenguk bonda kat sini. Apa? Dah merajuk ke?” tambah Datin Aira.

“apa la bonda ni. Dan dah ada depan bonda ni kan.” Jawab Daniel sambil menyambut salam ibu saudaranya. Tika itu juga dirinya didakap. Sama seperti Ammar, kepalanya diusap sayang.

“maafkan Dan bonda. Dan busy sikit lately ni. Tu yang tak ada kesempatan nak datang jenguk bonda. Ampunkan Dan ye bonda? Dan janji lepas ni Dan akan selalu datang sini.” Tambah Daniel sambil tersenyum memujuk Datin Aira.

“baiklah, I’ll take that as a promise. Dah, jom kita makan.” Ajak Datin Aira sambil memimpin tangan Ammar di sebelah kanan manakala Daniel disebelah kirinya bersama senyuman kegembiraan.

Semoga Kau tambahkan kebahagiaan keluargaku Ya Allah. Doa Datin Aira.

*****************************

Sementara diruang makan dikediaman Qaseh pula suasana ceria dan riuh kedengaran. Walaupun suasana ceria bagi pihak Tuan Qaleef dan Puan Arifah Jazmin serta yang lain namun bagi Qaseh, ianya seperti lakonan yang sangat mantap yang harus dipersembahkan untuk tatapan keluarga tersayang. Luaran nampak senyum tapi didalam hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya rasa kecewa itu.

Tak apa Qaseh. Kau kuat! Kau harus kuat! Ini keputusan yang kau ambil demi abi dan ibu. Redhakan ia. Sesungguhnya Allah ada. Ini juga ketetapan Allah. Kau akan bahagia kalau kau bahagiakan abi dan ibu. Itu janji Allah. Akal tak pernah berhenti dalam memotivasikan hati yang sedang layu. Akal juga tak pernah mengeluh dalam membangkitkan semangat yang hampir menjunam jatuh. Syukur pada Allah kerana mengurniakan akal yang pintar dan cekap dalam menangani masalah jiwa. Iman aku masih kuat untuk ujian ini kerana Allah ada untuk aku.

Ya, Allah sentiasa ada. Demi untuk ibu dan abi! Seraya dengan kata hatinya, lantas senyuman penuh ikhlas tersungging dibibir mengiringi langkah kaki keluar dari bilik untuk ke ruang makan di aras bawah. Aku mesti kuat!

Satu persatu anak tangga dituruni. Semakin dekat semakin dengar betapa riuhnya suasana. Ibu dan abi sedang gembira. Takkan mungkin aku nak menghambarkan situasi. Berdosa. Ingat tu Qaseh!. Berkali-kali diingatkan dirinya supaya terus tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Ammar, Qaseh harap Ammar akan bahagia seperti Qaseh akan bahagia dengan izin Allah. Bisik hati Qaseh dalam kesayuan.

Sampai di anak tangga terakhir, langkahnya terhenti. Sapaan Afiq menyedarkannya kedunia nyata.

“Adik tak apa-apa ke ni?” soal Afiq bila panggilannya tadi tak bersahut. Lantas saja bahu Qaseh dipeluk. Bersama kata-kata semangat untuk adiknya, langkah diatur menuju ke ruang makan dimana semua sudah menanti dengan senyuman manis.

Melihat wajah Qaseh dan pakaian yang dikenakan, hati Rayyan berlagu sayang. Kegembiraan hatinya tak dapat di selindung lagi. Dengan senyuman yang terukir lebar diwajah bertambah lebar tika melihat insan tersayang menarik kerusi didepannya untuk duduk. Menoleh sekilas pada Afiq disebelah Qaseh, senyuman mesra dilayangkan tanda terima kasih.

Ya, terima kasih kerana mententeramkan perasaan Qaseh yang sedang sebu. Dia faham keadaan Qaseh. Tak seminit pun dia tertinggal dari semua update yang diberi oleh Afif dan Afiq tentang Qaseh. Dia juga maklum akan apa yang berlaku petang tadi di tasik. Harapannya semoga Qaseh akan dapat menerima dirinya seikhlas hati seperti dia menerima Qaseh setulus hati sejak dulu lagi.

Abang janji akan bahagiakan Qaseh walau untuk sekejap. insyaAllah abang boleh sayang. Bisik hati kecil Rayyan Harraz. Bahagia untuk sekejap? Ia, bahagia untuk sekejap kerana kita tak tahu bila akan tibanya ajal kita. Hati ini tiba-tiba saja terbetik demikian namun lekas-lekas Rayyan pinggirkan perasaan nan satu itu.

Senyuman ikhlas dah ditayangkan. Kepala masih menunduk memandang pinggan nasi sambil menguis-nguis sayur sawi jepun masak sos tiram yang disendukkan Afiq kedalam pinggannya. Daging blackpepper masih belum berusik. Begitu juga dengan ayam goring berempah. Masih sepi dari jamahan Qaseh.

Qaseh mendongak seketika dan terdiam sebentar melihat gerangan insan yang duduk bertentangan dengannya.

Ughh! Kenapa lah abang Fiq ni bawak aku duduk kat sini? Adoi sakit otak lah tengok muka mamat creick ni. Apa? Tak penat ke muka dia tu asyik senyum jek? Huh menyampah. Rungut hati Qaseh bersama jelingan untuk tatapan Rayyan namun Rayyan masih seperti biasa. Senyuman menawan sentiasa terhias diwajahnya. Tak kira apa pun yang dilakukan Qaseh padanya hanya senyuman yang dijadikan balasan.

Abang tau Qaseh tak sukakan abang, tapi abang akan tawan hatimu itu sayang sampailah saat itu, sayang tak mahu langsung kalih pandang dari wajah abang. InsyaAllah akan tiba saat itu. Saat abang jadi dambaan Qaseh siang dan malam. Bicara hati Rayyan bersama pandangan yang menusuk ke hati Qaseh. Dengan harapan, kasih yang diberi bakal dihargai.

Ish! Apa lah masalah mamat creick ni, tengok tu sempat lagi dia nak main mata dengan aku. Bajet hensem lah buat muka macam tu? Aku cucuk dengan garfu ni kang terus juling biji mata tu baru tau!

Melihatkan Qaseh mengacukan garfu tanda mahu mencucuk matanya, Rayyan senyum sambil mengembungkan pipinya. Suka dia melihat Qaseh yang sedang marah. Kerana bila gadis itu marah, kulit mukanya yang sedia putih itu akan merona merah dan mulutnya akan dimuncungkan. Haishh geram je tengok muncung dia tu. Cebik lah lagi bibir tu. Aku gigit nanti baru tau. Gertak Rayyan dengan aksi mahu menggigit. Dengan aksi itu, cepat saja Qaseh memberikan jelingan maut tanda meluat.

Rupa-rupanya aksi isyarat balas-membalas antara Qaseh dan Rayyan jadi tontonan semua yang berada di meja makan.

“confirm lepas ni rindu-rinduan lah orang tu kan Fif? Dari tadi main mata tak henti-henti” suara Afiq.

“itu dah tentu. Ye tak Rayyan. Tapi nak ke orang tu rindu kat kau beb?” tambah Afif pula. Rayyan hanya mengangkat bahu. Mata pula masih tidak lepas dari wajah Qaseh.

“tak hingin. Bazir karen jek nak rindu mamat creick ni. Huh” jawab Qaseh pula sambil meneruskan suapan.

“eh, abang tak maksudkan adik la. jangan nak perasan. Atau dah sememangnya adik suka sebenarnya?” tambah Afif lagi mahu mengusik adiknya. Dan Kata-katanya disambut dengan gelak kuat dari Afiq dan Rayyan.

Muka dah sebal. Merahnya pula jangan cakap lah. Malunya aku! Mangkuk punya abang. Siap kau. Semua claim kau aku lupuskan. Teruskan makan je Qaseh. Buat dek je dengan kata-kata mangkuk hayon tu. Kalau kau layan makin sakit hati je. Dah terang-terang dia akan backing si mamat creick tu. Bertenang. Tarik nafas, hembus. Minum air dulu. Selambakan muka. Eh, NO. Serius kan muka. Bila mangkuk tiga ekor tu tengok muka kau yang serius ni mesti diaorang terasa. Akal Qaseh sempat memotivasikan tindakan Qaseh untuk tatapan semua terutamanya untuk ketiga-tiga jejaka idaman Malaya itu.

“ok, adik dah kenyang. Adik gerak dulu ye” beritahu Qaseh pada semua yang ada bersama senyuman penuh makna yang ditujukan khas pada abang-abangnya, Afif dan Afiq. Manakala tika matanya terlintas singgah di muka Rayyan, hanya jelingan yang mampu ditayangkan. Tapi tu lah kan. Jeling macam mana pun mamat creick tu tetap juga senyum,. Apa? Dah ada wayar yang putus ke dalam otak mamat tu? Senyum memanjang. Tak penat ke? Qaseh bersoal-jawab di dalam mindanya sambil mengatur langkah ke dapur membawa pinggan dan gelas yang sudah digunakan.

Afif pula menelan air liurnya dan terasa ada sesuatu yang menyekat di kerongkong. Pasir? Bukan, batu konkrit rasanya. Ugh.. habis la. mata sempat memandang Afiq dan Afiq pula memandangnya membawa pandangan yang sama dengannya. Bala! Sama-sama menelan liur kali ni.

“korang ni dah kenapa? Tiba-tiba senyap?” soal Tuan Qaleef kehairanan. Dan saat itu juga, semua kepala memandang gelagat tiga jejaka yang tadinya galak mengusik Qaseh.

“hehehe tak ada apa uncle. Malaikat jogging! Tu yang terdiam jap. hehee” jawab Rayyan bagi pihak Afif dan juga Afiq. Mereka juga bangun serentak dan mengangkat pinggan dan gelas masing-masing untuk dibawa ke dapur.

Sekarang, di ruang makan itu hanya tinggal Tuan Qaleef, Puan Arifah Jazmin, Dr. Hasif dan juga Puan Raudhah. Masing-masing berbalas pandang dan tersenyum.

“Nah sekarang, line dah clear untuk kita bincangkan rancangan kita ni Sif” bicara Tuan Qaleef pada sahabat karibnya, Dr. Hasif. Puan Arifah Jazmin dan Puan Raudhah hanya mengangguk bersetuju.

“Macam ini lah Leef, better kita segerakan pernikahan Qaseh dan Rayyan. Aku bukan apa, tak sedap hati lah nak biar lama-lama. Takut kempunan aku nak bermenantukan Qaseh.” Terang Dr. Hasif berserta gurauan yang diselitkan.

“Eh, ada pulak cakap macam itu. Kau takkan kemana-mana lah kawan. Pernikahan Qaseh dan Rayyan akan kita saksikan bersama. Aku cadang kita adakan pada hujung bulan ni. What do you think?” balas Tuan Qaleef lagi.

“Tak cepat sangat ke abang Qaleef? Sempat ke nak buat persiapan tu semua?” sampuk Puan Raudhah menunjukkan kerisauannya.

“Jangan bimbang tentang tu semua Dah, Min dah siapkan semuanya. Pengangtin tinggal bawa badan je.” Balas Puan Arifah Jazmin menenangkan keadaan. Jawapan yang membawa senyuman kelegaan di wajah tua empat sahabat itu.

“Apa yang perlu kita buat sekarang ni ialah, kita mesti berterus terang dengan Qaseh supaya tak menjadi hal last minute nanti. Rayyan seems ok with our plan kan.” Tambah Puan Arifah Jazmin lagi.


Melihatkan anggukan semua, dia lantas bangkit dan menuju ke dapur dimana ketiga-tiga teruna itu masih belum berganjak dari ‘mencuci pinggan’. Entah-entah sibuk menyakat Qaseh. Hhmm budak-budak ni. Happening sungguh. Suara hati Puan Arifah Jazmin bersama senyuman gelihati dengan perangai anak-anaknya. Ditambah pula dengan adanya Rayyan, memang makan hati saja lah si Qaseh tu.

_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_

tadaaaaaa.. siap jugak bab 2.. hehehehe tapi rase macam ade yang kureng la.. hohohoho but nevermind.. i akan "best"kan di bab akan datang.. hehehehe enjoy reading and i would definitely love your comments. kalau ada kekurangan dalam penulisan ni harap maaf. i'll improve my writings from here onwards.

banyak la pulak menceceh.. ehehehehehe pape pon thanks 4 da support..

~PeAcE  y'aLL ~