Tuesday, June 25, 2013

Indahnya Anugerah ILLahi - Bab 6

“Aqil, nak ke mana pulak tu?  Takkan nak ke Gunung Ledang pakai suit pejabat sayang?” Puan Arifah Jazmin menegur anak sulungnya bersama senyuman bergayut dibibir.

Pelik juga. Sudah dikhabarkan mereka sekeluarga akan bercuti ke Gunung Ledang sempena kepulangan adik suaminya, Qayyum. Tapi si Aqil ni pula, takkan nak ke pejabat? Kan ke hari ini hari sabtu. Public holiday lagi.

“Aqil ada appointment dengan client dari Indonesia lah ibu. Sorry sangat-sangat sebab memang tak boleh nak elak. I try my best to settle it at soonest possible. Habis je meeting Aqil terus ke sana ye bu.”

Tangan Puan Arifah Jazmin disalam dan dikucup. Laju saja langkahnya. Sempat juga ciuman kasih singgah di dahi ibunya itu.

“Aqil pergi dulu. Nanti apa-apa hal Aqil call ibu ya.” Terus saja bayang Aqil Qusyairi hilang dari pandangan Puan Arifah Jazmin. Tak sempat nak berhujah lebih lanjut.

“Ibu, kenapa muram je ni? Bukan ke kita nak pergi bercuti dan sepatutnya happy-happy.” Sapa Humaira pada ibu mertuanya itu. “Ni mesti sebab abang Aqil dengan abang tak dapat ikut kita ye bu?” sambung Humaira lagi.

“Aisy pun sama ke? Ishh memang nak kena budak-budak ni. Kerja lebih penting dari keluarga gamaknya. Bukan ke ibu dah kata dulu, keluarga tetap nombor satu. Kerja tu sampai tutup mata pun takkan boleh habis. Kalau dah tak cukup ahli keluarga bukan lagi hari keluarga namanya ni.”

Panjang lebar Puan Arifah Jazmin membebel. Yang jadi mangsanya adalah Humaira. Kesian menantunya ini terpaksa menadah telinga. Namun senyuman tetap dipamirkan untuk tatapan mertua tersayang walaupun hampir cair juga tahi telinganya. Tiada kata-kata yang mampu diluahkan. Hanya senyuman sebagai penyejuk mata. ‘Harap-harap ibu cool down.’ Doa hati Humaira.

Sedang di luar, Aisy dan Aqil sudahpun berada didalam kereta dan memulakan pemanduan ketempat yang hendak dituju.

“Kau tak kesiankan Humaira ke Aisy? Mesti dia tengah tadah telinga dengar ceramah ibu.” Tanya Aqil pada adik keduanya di sebelah.

“Kesian tu memanglah kesian, tapi nak buat macam mana lagi. En. Herman nak jumpa kita berdua jugak otherwise, the deal is off. Buat penat je lah aku usulkan projek ni pada abi kalau akhirnya dibatalkan. Rugi lagi ada. Ala abang bukan tak kenal ibu tu, nanti datang buah hati dia, hilang kisah pasal kita.” Terang Aisy Zaiyani tenang. Seperti apa yang mereka kejarkan ini lagi penting dari luangkan masa untuk keluarga.

“Hehehe betul juga kan. Nampak je Dini dengan Alif terkedek-kedek jalan, terus hilang bahan yang dihujahkan. Sebab tu tadi lepas salam je cepat-cepat abang ce-alip-but. Nasib Humaira la. siapa suruh dia muncul time tu.”

“Tapi abang jangan lupa, ibu tu otak dia macam CPU. Semua dia ingat. Dari sebesar-besar hal sampailah sekecil-kecil hal, semua dia tau. So balik ni, tahan telinga je lah ye dengar ceramah tajuk...

“KELUARGA WAJIB DIUTAMAKAN DALAM SEGALA HAL. Abang tau. Apa-apa pun, redha je lah ye. Harap-harap abi back-up kita.” Sambung Aqil bersama sengih lebar.

*****************************************

“Hoorey!!! Dah sampai. Iyaarrrrhh” jerit Qaseh sambil menggeliat membetulkan sendi-sendinya yang kejang kerana lama duduk dalam kereta. Iyalah kan, perjalanan dari Pasir Gudang ke Gunung Ledang ni mengambil masa tiga jam. Kalau dia yang memandu, dua setengah jam dah sampai. Tapi oleh kerana pemandunya adalah Tuan Qaleef Al-Rasyid, maka pemanduan berhemah diutamakan. Lagi-lagi dengan adanya Puan Besar disebelah. Hehehe. Itu pun Puan Arifah Jazmin tersayang ni asyik membebel. Dari hal Encik Aqil dan Encik Aisy yang melarikan diri sampailah pada kelajuan pemanduan Tuan Qaleef. Haii.. ibu.. ibu.. kesian my abi. Hehe

Pap! “Haishh, tak senonoh betul anak dara sorang ni. Ada ke patut menggeliat sebegitu rupa. Tak malu ke orang tengok?” Tegur Puan Arifah Jazmin.

“Aduh ibu. Sakit lah. Adik bukan apa, sengal-sengal segala sendi ni. Saja buat stretching sikit. Hehehe. Bagus tuk kesihatan tau ibu. Ibu pun patut buat stretching muka macam ni” Jawab Qaseh sambil menayangkan wajah sengih lebar sebagai contoh stretching muka.

“Pandai lah kamu tu. Buruk lah buat muka macam tu. Kalau ibu senyum macam tu lari lah abi kamu. Hish.”

“lagi satu, Ibu nak tau tak, bebelan ibu tu kan, lagi sakit dari kene tepuk dengan tangan ibu yang bak besi tu tau dan…. lagi jauh nanti abi lari. Hahaha” Ujar Qaseh sambil ketawa dan pantas menyelamatkan diri dari kene cubitan maut Puan Arifah Jazmin pula.

“Abi tak kisah pun macam mana gaya wajah ibu kamu tu Qaseh. Pada abi, dialah yang paling cantik sekali walaupun baru bangun tidur dengan wajah bertepek dengan masker.” Sampuk Tuan Qaleef sekadar menambah usikan pada isterinya.

“You ni sayang, teruklah. Merajuk lah macam ni.” Puan Arifah Jazmin memusingkan badannya dan berlalu dengan niat membalas usikan suami tercinta. Nak mengusik sangat kan. We’ll see siapa yang terkena. Dia tahu anak-anaknya pasti akan reverse balik usikan pada suaminya itu.

“Ayo abi. Ibu dah merajuk. Abi kene tidur dalam camp dengan kita orang lah nampak gayanya. Hahaha” usik Afiq pula pada Tuan Qaleef.

Muka yang tadinya tersenyum girang kini sedikit demi sedikit berubah risau. Kepala yang tak gatal digaru.

“Adik lah ni punya pasal. Siapa suruh usik ibu lebih-lebih. Tengok, abi jugak yang kena.” Tuduh Tuan Qaleef pada anak bungsunya.

“Eh apa pulak adik. Abi lah.” Jawab Qaseh bersama jeliran lidah kontot dan tertawa.

“huh.. yalah yalah salah abi je. Ni mana pulak ibu kamu pergi ni? Asal merajuk je hilang. Asal hilang je confirm merajuk.” Langkah diatur untuk menjejaki keberadaan isterinya.

“Sayang, bunny, baby boo, pumpkin jangan lah merajuk dengan I. I janji I bagi you baby baru ye sayang.” Tiak Tuan Qaleef bersama senyuman miang dan mendekati isterinya yang sedang duduk di pondok berteduh yang disediakan pihak resort.

“Alaa teruk la you ni. I’m old already. Patutnya makin bertambah cucu bukan baby baru dari you. Huh” jawab Puan Arifah Jazmin. Makin panjang muncungnya. Ingatkan nak pujuk tapi lain pulak jadinya.

“Eh I tak kata dari you, tapi dari cawangan baru la baby boo.” Makin galak pula usikan Tuan Qaleef pada isterinya.

“Gatal lah you ni. Berani lah you nak buka new branch, I lari balik Ireland nanti baru you tau.” Ugut Puan Arifah Jazmin tak mahu kalah.

“Jang..”

“Don’t you dare go on running back to Ireland Jaz, nanti siapa nak teman Rif disini?” Sampuk satu suara bersama pelat melayunya.

Kata-kata Tuan Qaleef juga terhenti kerana dipotong oleh lelaki itu. Lelaki yang agak lama tidak ditemuinya. Hanya berhubung melalui e-mail dan panggilan telefon. Senyuman manis dilayangkan.

“Ricky!! How.. you.. here? I mean how on earth.. you..” Kerana terkejut dengan kehadiran insan yang telah agak lama tidak ditemuinya, Puan Arifah Jazmin kehilangan kata-kata.

Puan Arifah Jazmin dipeluk melepaskan rindu. Sambil tersenyum memandang Tuan Qaleef, tangan berjabat dan dipeluk juga. Wajah Puan Arifah Jazmin direnung penuh kasih dan rindu.

“Ricky ha sis? I prefer Rifqi rather than Ricky.” Ucap Ricky tenang.

“Rifqi? Why Rifqy? Don’t tell me you…”

“Yup.. Quite a long time actually” Pantas saja dijawab tanpa menunggu Puan Arifah Jazmin menghabiskan ayatnya. Dia tahu apa yang berlegar diminda kakaknya itu.

“Alhamdulillah… finally.. my little brother.. my..” Tak dapat menghabiskan ayatnya, airmata sudah membasahi pipi bersama sebak yang hadir. Airmata gembira kerana Allah mendengar doanya saban hari. Satu-satunya adik yang dia ada kini mengikut jejaknya, memilih Islam sebagai agama rasmi. Dan kini berada di hadapannya.

“Hey sis, don’t cry. Rif dah ada dekat sini depan you. Don’t you feel happy to see me here? Now we’re in the same path.. Islam itu sangat indah. Sekarang saya lebih tenang. You were right all along” Terang Ricky sambil diselang-selikan dengan Bahasa Melayu.

“Hehehe teruklah Bahasa Melayu kamu Rifqi. But no worries, practice make perfect.” ujar Puan Arifah Jazmin bersama tawa yang perlahan. Teringat betapa susahnya dia hendak bertutur dalam bahasa melayu waktu mula-mula dia bersama Tuan Qaleef.

“Hey, don’t underestimate me ok. I have the best teacher to teach me because I’ll be here in Malaysia for quite some time. So, sila jangan lokek ilmu.” Seperti dulu juga, Ricky sentiasa ceria. Dan sekarang Muhamad Rifqi Iman lebih ceria dan lebih tenang malah cara dan gayanya juga lebih sopan berbanding dulu.

“Hahaha ok ok. So Rifqi? Just Rifqi?” Soal Puan Arifah Jazmin lebih lanjut.

“Muhamad Rifqi Iman Abdullah Jackson. Sedap tak nama tu?” Kali ini soalan berbalas soalan berserta senyuman manis tak lekang dari bibir.

“Just nice brother. Sedap. Eh jom kita ke bilik. Budak-budak tu dah check in barangkali. Qaseh mesti excited dapat jumpa Rifqi nanti. Dia yang selalu Tanya tentang ‘My Little Brother’ ni.” Bersama senyuman bahagia, mereka melangkah ke bilik yang ditempah khas sambil berbual mesra.


*************************

“Asy, bonda rasa bonda terus ke Melaka lah. Hati rasa tak sedap lah nak ikut kamu ke Ledang Resort.” Gusar di hatinya disuarakan pada Faiq Asyraf. Sepertinya ada sesuatu perkara buruk bakal terjadi kalau dia turut serta.

“Bonda, jangan lah macam ni. Nothing’s gonna happen there, trust me. Lagi pun tak seronok lah kalau bonda tak ikut.”

“Kamu ni, hati bonda tak sedap lah. Rasa macam dilenyek-lenyek gitu. Kamu aje lah pergi ye.”

“Takpun macam ni. Kita semua ikut bonda ke Melaka. Lagi pun dah lama tak jumpa tokwan.” Cadang Faiq sambil mata mengerling Daniel disebelah mohon persetujuan.

“Ok jugak tu bonda. Dan pun dah lama tak jumpa tokwan. Minta-mintalah sekarang tengah musim buah. Uishh tak sabarnya!” Siap gaya teruja lagi yang dipamirkan.

“Kamu tu rindu dekat tokwan ke rindu dekat kebun tokwan?” Soal Datin Aira menguji. Faham sangat dengan perangai anakbuahnya ini. Kalau sebut saja tokwan, gambaran yang terlayar dikepalanya tu bukan tokwannya tapi kebun buah-buahan tokwannya.

Faiq dan Daniel saling berpandangan dan ketawa mereka terlepas juga. Tak sangka perangai mereka jadi perhatian Datin Aira selama ini.

“Betullah tu kan kalau dah ketawa tak ingat dunia.” Suara Datin Aira lagi.

“Assalamualaikum aunty. Wah rancak ketawa. Macam best jek isunya. Ni yang buat Ija makin tak sabar nak ikut ni.”

Datin Aira menjawab salam dan tersenyum. Mata dijeling ke arah kedua-dua jejaka yang tadinya rancak ketawa kini senyap tak berbunyi. ‘Ish budak-budak ni, kalau ye pun tak berkenan janganlah tunjuk sangat. Kesian Ija.’ Dalam hati merungut namun senyuman tetap dimaniskan untuk anak saudara-sepupunya yang sorang ni.

“Ija sorang je ke? Mana Amira dengan Husna? Bukan tadi kata nak ajak mereka berdua?” Soal Datin Aira pada Aleeza.

Muka yang tadi tersenyum kini dimuncungkan tanda tak puas hati. “Amira ada date dengan boyfriend baru dia. Husna pulak ke KL sebab ada fashion show. So Ija sorang jek.”

“Tu tandanya masa tak mengizinkan kau ikut kitaorang. Duduk jek rumah belajar masak.” Sindir Daniel selamba. Baru nak sambung cakap pehanya dah ditepuk agak kuat oleh Datin Aira.

“Kamu ni Dan, tak apalah Ija ikut kita. Lagi pun kita kan nak ke rumah tokwan. Bukannya ke Ledang Resort.” Pandangan dihalakan ke arah Aleeza pula dan berkata “Ija ikut aunty ye sayang. Kita ke Melaka.”

“Erkk.. Melaka? He..he..he..” Itu saja yang mapu terluah dari bibir Aleeza. Senyuman pula nampak sangat tahap kepalsuannya.

Daniel yang memandang muka Aleeza tersenyum sinis. Faiq disebelah disiku. Isyarat mata diberi menyuruh Faiq melihat muka Aleeza yang agak pucat.

“Tak apa lah Ija. Nanti boleh belajar masak dengan nenek. Masakan nenek power tau. Baru lah abang Asy tambah sayang.” Usik Daniel dan kali ini Faiq dikaitkan sama. Namun bahagia usikannya tak lama bila dia menerima tumbukan dibahu kanannya dari Faiq.

“Aku pulak. Kau lah..” Ujar Faiq lantas bangun dan meninggalkan ruangtamu itu menuju keluar. Daniel pula hanya ketawa tak sudah. Suka lah tu dapat kenakan aku. Ciskek punya cousin! Gerutu Faiq dalam hati.

“Sudah, lekas kita gerak sekarang. Nanti lambat pula kita sampai.” Arah Datin Aira.

Mendengarkan arahan Datin Aira, Daniel lekas-lekas bangun dan keluar menuju ke kereta. Aleeza pula dari tadi statik tak bergerak. Gerun bila dengar ayat “belajar masak dengan nenek”… diulangi NENEK!!! OMG! Nak balik.. taknak ikut.. huhu. Dalam kepalanya dah tergambar pelbagai aksi terutamanya scene kene bebel dengan nenek. Sangat-sangat mahu dielakkan.

“Aduh! Mati lah..” ucap Aleeza perlahan. Mata melingas mencari Datin Aira. Nampak sahaja kelibat Datin Aira ditangga, terus dia maju untuk mendapatkan wanita itu.

“Aunty.. kalau Ija tak ikut boleh tak? Ija tiba-tiba teringat Ija ada appointment dengan Cek Sal buat rawatan rambut.” Dengan muka yang sengaja disedihkan dan mata yang terkebil-kebil memohon simpati. Tanpa Aleeza sedar, alasannya didengari oleh Daniel yang kebetulan masuk untuk mengangkat beg Datin Aira.

“Alah bonda, jangan dengar alasan budak terlebih hormon ni. Dia saje je nak mengelat. Tak nak dengar ceramah percuma dari Hajah Ungku Rakiah lettew. Seret je dia bonda. Biar die belajar masak. Bukan apa untuk masa depan dia jugak, kan bonda.” Panjang lebar Daniel cuba mematahkan alasan Aleeza.

Datin Aira hanya tersenyum. Muka Aleeza yang kelat dipandang sayang. Cahaya yang berkelipan dari dalam mata Daniel juga dilihatnya. Tahu lah dia, Daniel ada hati pada Aleeza. Hhmm.. masalah juga ni. Desis hati Datin Aira.

“Janganlah macam tu Ija. Kesian nenek dengan tokwan. Dah lama Ija tak jumpa mereka kan. Ala pasal masak tu Ija jangan bimbang, abang Dan kamu ni saje je menyakat kamu. Jangan risau lah. Kita pergi ya.” Pujuk Datin Aira. Melihatkan tiada jawapan balas dari Aleeza, terus saja dia tersenyum lebar dan memimpin Aleeza ke luar. Diam tanda setuju.

Daniel pula terlebih dulu berlalu dari situ bersama hati yang bersorak gembira. Entah lah. Seronok hendak menyakat Aleeza atau pun seronok sebab Aleeza ada sama. Dia tak pasti. Kedua-dua pun boleh. Kata hatinya pula menjawab soalan minda. ‘Tapi bonda nak Aleeza kahwin dengan Faiq, bukan aku.’ Keluh Daniel pula.

“Tak mengapa Dan, andai dia memang jodoh kau yang Allah dah tetapkan sejak azali lagi, takkan kemana.” Sambil menyusun beg-beg di bonet, sambil memotivasikan hati. Bagus! Senyum Daniel lagi.

“Jangan risaulah bro. Aku takkan caras hati my best buddy ni.”

Terkejut Daniel dengan tepukan lembut dibahunya. Sangkanya dia keseorangan dan kata-katanya tadi tiada siapa yang dengar. Namun telahannya salah. Nasib baik Faiq yang dengar. Kalau bonda? Huhuhu malu den. Hanya sengih lebar yang mampu ditayangkan pada Faiq.



Wednesday, June 19, 2013

Indahnya Anugerah ILLahi Bab 5

Pagi yang sangat indah. Bertambah indah dan bahagia hidup ini kalau dapat pergi mandi-manda. Hhmmm tempat mana best? Air Terjun Kota Tinggi atau Gunung Ledang? Ke mahu ke pantai? Dua pilihan juga, samada Tanjung Balau atau Desaru. Pening, pening, pening. Kalau ikutkan hati dan semangat yang gah hari ini, rasa macam nak pergi ke semua tempat tu. Hohoho jangan tamak Qaseh. Kau bukan ahli silap mata yang boleh blink sekejap sini lepas itu blink  sekejap dah dekat sana.

“Hoi bulat!”

Sergah satu suara sumbang dan cukup sumbang untuk mengejutkan Qaseh yang sedang merancang percutian hujung minggunya sampai tergolek kawan tu dek kerana terperanjat.

“Apa hoi, hoi? Tak ada adab ke ha? Masuk rumah orang tak bagi salam lepas tu siap hoi-hoi kan tuan tanah segala. Nak ni?” Marah Qaseh sambil menunjukkan sikunya. Aduh! Sakit punggung aku. Memang dasar mangkuk tingkat. Nasib baik tak tinggi, setakat kerusi saja. Buatnya aku tengah duduk berangan kat balkoni atas, uishh mintak selisih. Boleh arwah kalau jatuh. Huh!

“Ish, Ish, Ish.. garangnya makcik bulat pagi ni.” jawab Rayyan sambil tersengih. Nasib baik aku jauh, kalau tak cacat lagi muka aku dek penangan minah ni. “Tu apa lagi yang dibebelkan tu sampai terjuih-juih muncung itik kau tu. Kutuk aku ya?”

“Huh! Memang pun tengah mengutuk. Ada masalah?” Punggung di kibas untuk menghilangkan debu pasir yang melekat. Muka Rayyan yang tersengih dipandang sekilas. Ish! Apa jugak la yang mamat ni nak? Pagi-pagi dah tercongok dekat rumah orang. Semalam dah datang, hari ni datang lagi. Buat semak je! Sempat juga Qaseh membebel dalam hati.

“Ni nak apa sebenarnya ni? pagi-pagi dah sibuk dekat rumah orang?” soal Qaseh kasar.

‘nak apa? Nak kau lah. Eleh, bukan rumah orang lain pun, bakal bini gak’ jawab Rayyan antara dengan dengan tidak.

 “Apa kau cakap?” soal Qaseh lagi tak puas hati. Iyalah, sok-sek sok-sek entah apa-apa, yang aku dengar ‘bini’ je. Erk! Bini?

“hehehe tak ada apa-apa lah. Kau aja yang pekak.” Rayyan seperti biasa, senyuman maut tahap manis terlebih gula sentiasa mekar dibibir. Dalam pada itu, ada saja yang nak di usiknya. Senang cerita, kalau sehari tak usik Qaseh, tak tentu hala jiwanya. Sejak dari kecil dan dah jadi kebiasaan.

“Haii Love birds, pagi-pagi dah gaduh. Eh Adik, kau pergi siap sekarang. Lambat, aku tinggal je.” Afif bersuara tenang mendekati pasangan kurang sejoli itu. Rayyan pula hanya menayang sengih. Malas nak cakap lebih-lebih.

“Nak pergi mana? Orang baru nak buat rancangan tapi dah tergendala sebab mamat creick ni.”

“Jangan banyak soal. Pergi je siap-siap. Bawa baju spare sekali. Bekal Afiq dengan paksu dah sediakan.” Arah Afif dan berlalu bersama Rayyan menuju ke garaj.

Qaseh masih terpinga-pinga. Otaknya mungkin kurang berfungsi akibat sergahan Rayyan tadi. Mata masih terkebil-kebil memandang dua manusia itu melangkah pergi.

*************************

Kenapa pulak lah sayang aku sorang ni tercegat macam patung cendana kat tepi kolam tu? Dah lah sipi-sipi aje dengan tebing kolam. Kalau terkucil tak ke naya. Bebel hati En. Qayyum sambil melangkah mendekati Qaseh.

“Sayang, kenapa tercegat kat sini? Pergi lah siap. Takkan nak pergi mandi-manda pakai macam ni?” tegur En. Qaiyum sambil memaut bahu Qaseh dan menariknya menjauhi tebing kolam.

“Paksu….. terkejut orang tau. Ni nak pergi mana sebenarnya ni?”

“Pergi mana lagi. Pergi bersantai menenangkan minda dan hati yang bercelaru.” Jawab En. Qayyum sambil tersenyum.

“Ya lah tapi ke mana destinasinya wahai old boyfriend kesayanganku?”

“Kamu ni, kan pagi tadi paksu dah bagitau. Kamu lupa ke atau sememangnya kamu tak dengar apa yang paksu cakap masa tu?”

“Haaa paksu cakap apa?” Sah budak Qaseh ni tengah berangan. Penat aja aku suarakan hasrat hati. Adeii…

“Kita nak pergi Gunung Ledang. Paksu dah suruh Aisy book bilik di Ledang Resort hari tu. Kalau kita gerak sekarang, tengah hari sampai lah sana. Kalau lambat rugi sayang.” Terang En. Qayyum panjang lebar. Tangannya pantas mencubit pipi Qaseh yang tembam dan mulus itu. Geram sangat. Orang cakap dia boleh buat muka blur. Hai la budak sorang ni.

“owh ye ke? Serius ni nak ke Gunung Ledang?” Kali ini Qaseh terlebih semangat. Baru dapat balik semangat yang hilang sebentar tadi agaknya.

“Iya sayang. Dah cepat siap. Semua dah ready, kamu je yang corot.” Kepala Qaseh di usap sayang dan berlalu menuju ke garaj.

Qaseh pula bagai dah tak cukup tanah berlari. Nak cepat siap punya fasal.


****************************

“Dan, aku macam nak pergi camping lah. Kita ke Kota jom.” Ajak Faiq pada sepupunya merangkap sahabat baik, Daniel. Di dalam mindanya dah terbayang keindahan hutan dan air terjun Kota Tinggi yang dingin. Senyuman manis terukir.

“Boleh jugak. Boleh ajak Afiq dengan Falah sekali. Dah lama jugak kita tak hang out berempat.” Jawab Daniel turut mengutarakan cadangannya.

Mendengarkan nama Afiq, muka Faiq yang tadinya sedikit teruja dan gembira kini mendung seketika sebelum menayang senyum hambar. Apa taknya, bila ingat Afiq mesti ingat Qaseh. Iyalah kan, dari Afiq lah dia kenal Qaseh dan kerana Afiq juga Qaseh jadi miliknya. Dan sekarang…hhmmm.

“Jangan lah muram beb. Apa yang jadi between kau dengan Qaseh tak melibatkan persahabatan kita dengan Afiq. Kau kena ingat tu.” Nasihat Daniel pada Faiq. Dia tahu memang sukar untuk Faiq menerima hakikat bahawa sekarang Qaseh dan dia hanya boleh berkawan dan tak lebih dari itu. Itu permintaan Qaseh sendiri. Namun apakan dayanya, dia hanya mampu menegur dan menasihati mana yang patut. Selebihnya atas ihsan diri sendiri juga.

“Aku tau itu. Aku just… susah nak lupakan hubungan kitaorang. Lagi pulak nak tukar status dari bercinta kepada sahabat semata-mata. It’s hard ya’ know. Apa aku buat semua terkenangkan dia. Even nak makan pun masih lagi ingat kat dia.” Luah Faiq.

“Terkenang tak salah beb. Tapi kau kena juga fikir, dia ada ingat kat kau tak? Kau pun tak tau kan? So the best way is to set your mind that she’s no longer yours. Anggap je satu pembaziran kalau kau ingat kat dia selalu sebab entah dia ingat kat kau entah tidak. Dari situ, kau akan rasa relief. Trust me bro, I know.”

Bahu Faiq ditepuk berulangkali dengan harapan, dia akan sedar betapa selama ini hanya dia yang merindu. Qaseh? Who knows. Entah-entah dah kahwin pun dengan pilihan keluarga dia. Telah Daniel tapi hanya untuk dirinya sendiri. Untuk berkongsi telahannya dengan Faiq, tak mungkin. Tak sanggup nak tengok muka sedih Faiq Asyraf.

“Macam ni lah kawan, apa kata kita pergi jauh sikit. Gunung Ledang perhaps atau kau nak ke Gunung Tahan?” Aju Daniel.

“Haaaa Gunung Ledang, Gunung Ledang.. Ija nak ikut. Bestnya!!” Ungku Aleeza menyampuk dengan gaya teruja.

“Ish sibuk lah makcik ni. Mengacau aje. Ini plan orang lelaki. Orang perempuan duduk dapur belajar masak.” Sindir Daniel pada adik sepupunya itu.

“Eleh, Abang Dan ni kecoh lah. Abang Asy tak cakap pun tak boleh ikut kan abang Asy.” Aleeza dah menggedik duduk di sebelah Faiq sambil memaut lengan jejaka itu.

Faiq yang tadinya kusut dengan perasaan sendiri kini bertambah pening kepalanya. Baru sahaja mahu mengelakkan tanggannya dari dipaut Aleeza, terpaksa dibatalkan niatnya apabila perasan akan kehadiran bondanya bersama senyuman manis. Aduh, dugaan oh dugaan.

“Tak apa lah Asy, Dan. Biarlah Ija ikut kamu. Ke Gunung Ledang aje kan bukan Gunung Tahan.” Suara Datin Aira yang baru turun dari tingkat atas. Menyatakan ayat yang lebih kepada arahan sebenarnya.

“Kamu boleh juga ajak Amira dengan Husna untuk temankan kamu dekat sana nanti Ija.” Cadang Datin Aira pada anak saudara-sepupunya yang sorang itu.

“Yes of course auntie. Memang nak ajak diaorang pun. Hehe” jawab Aleeza dengan suara gedik bercampur teruja kerana impiannya bakal jadi kenyataan.

“Baiklah bonda. Asy dengan Dan akan bawa ‘budak terlebih hormon’ ni sekali.” Faiq mengiakan cadangan bondanya sebelum mata beralih pada ‘budak terlebih hormon’ dan berkata “Make sure you can keep up with us, if not I tinggalkan jek you dalam hutan tu nanti.”

Sehabis berkata, Faiq melangkah menuju biliknya untuk bersiap. Tika berselisih dengan bondanya itu, sempat juga dikucup sayang pipi bondanya. Manakala Daniel pula memohon diri untuk pulang sebentar untuk mengemas kelengkapan untuk pergi camping.

Muka Datin Aira sedikit berubah bila dengar gelaran yang diberikan Faiq pada anak saudara-sepupunya itu namun senyuman kekal manis bila menerima kucupan sayang dipipi kirinya. Melihatkan wajah masam manis Aleeza, senyuman dilebarkan.

“Ija jangan ambil hati ya sayang dengan apa yang abang Asy kamu tu cakap. Dia bergurau.” Pujuk Datin Aira lembut sambil menepuk-nepuk perlahan peha Aleeza.

“Ok auntie. Tak apa. Ija tak kisah pun. Memang Ija terlebih hormon pun hari ni. Hehehe terlebih hormon excited.”

Dengan jawapan yang terucap dari bibir mungil Aleeza, Datin Aira tertawa juga. Harap-harap rancangannya untuk menyatukan Faiq dengan Aleeza berjalan lancar. Biarlah budak Ija tu terlebih hormon ke apa ke, asalkan bukan Qaseh yang jadi menantu aku. Detik hati Datin Aira. Bukan tak suka tapi, untuk mengelak dari bertembung dengan seseorang yang dah lama luput dari ingatannya.

“Maaf Datin, ada panggilan untuk Datin. Dari pejabat katanya.”

Kehadiran Mak Enon mengejutkan Datin Aira dari anganannya. Namun tak mungkin untuk memarahi pembantu rumahnya itu yang telah lama berkhidmat. Aleeza pun entah kemana hilangnya. Mungkin balik untuk bersiap.

“Terima kasih Kak Enon.” Ujar Datin Aira dan menyambut telepon tanpa wayar dari tangan Mak Enon.

Assalamualaikum Lin, kan saya dah kata, hari sabtu jangan ganggu saya dirumah melainkan saya datang of...”

“Wa’alaikum salam Aira. It’s been a while.”

Datin Aira sudah terkedu. Suara lelaki ditalian bukanlah dari setiausahanya dan panggilan itu bukan juga dari pejabatnya.

“Huh!! Siapa ni? How do you know my name?” soal Datin Aira sedikit panik kerana hatinya mengatakan bahawa dia kenal suara lelaki disebalik talian itu.

Dari duduk di sofa, dirinya terbangun kerana terkejut akan kehadiran panggilan yang tak diundang dari insan yang telah lama mati dihatinya itu..

“I tau you mungkin dah hapuskan ingatan you pada I tapi I tak pernah sekali pun lupakan you. In fact, I’d missed you every single day.” Jawab lelaki itu tanpa mahu mengenalkan dirinya. Dia tahu Datin Aira cam akan suaranya.

“Whoever you are, I don’t know you and I don’t give a damn about it. Don’t bug me anymore or else you will have to pay for the consequence!” Tegas Datin Aira dan terus memutuskan talian. Tangan kiri memegang dada yang dari tadi bergegar dek degupan jantung yang sangat laju.

Diakah? Tak mungkin. Tolonglah Allah. Aku tak mahu lalui perasaan itu lagi ya tuhan. Jauhkan dia dari aku. Aku tak nak. Aku tak nak. Ngongoi Datin Aira sendirian diatas lantai.

Faiq yang baru turun terkejut melihat keadaan ibunya. Laju saja kakinya menapak mendekati Datin Aira. Bahu wanita itu disentuh.

“Bonda..”

“Jangan sentuh aku! Jangan sentuh aku! Pergi! Pergi!” jerit Datin Aira tak semena-mena.

“Bonda, kenapa ni? ni Asy la bonda. Cuba bonda buka mata dan tengok, ini Asy.” Pujuk Faiq sambil mengangkat tangan bondanya dan menepuk-nepuk pipinya.

Datin Aira yang baru tersedar lantas memeluk anaknya itu.

“Asy takkan tinggalkan bonda kan sayang? Asy akan sentiasa ada dengan bonda kan?”

“Ya bonda. Asy akan sentiasa ada dengan bonda. Asy takkan sesekali tinggalkan bonda. Tapi bonda kenapa ni? tadi elok je Asy tengok.” Telepon tanpa wayar di atas meja dikerling. Mesti ada kena mengena dengan panggilan telepon tadi.

Soalan Faiq tidak dijawab. Tubuh Faiq dipeluk kejap seperti tak mahu lepas. Faiq yang perasan keadaan bondanya sudah sedikit tenang, melepaskan pelukan. Dahi bondanya dikucup sayang. Dipapah bondanya untuk bangun.

“Bonda tak apa-apa sayang. Bonda ok. Asy pergilah. Nanti lambat pula.” Airmata dikesat dan senyuman cuba dimaniskan untuk anak kesayangannya itu.

“Bonda, how can I leave you like this. Asy tak jadi pergi lah. Nanti kalau apa-apa jadi pada bonda masa Asy tak ada macam mana?”

“Bonda ok sayang. Promise I’ll be fine. No worries ok. Go and have some fun” Ujar Datin Aira sambil tertawa yang diada-adakan.

“No and a big NO. Asy takkan tinggalkan bonda. Takpun, bonda ikut Asy ya. Kita pergi Gunung Ledang. Asy akan tempah bilik untuk bonda. At least, Asy ada dekat dengan bonda. If something happens to you while I’m away, Asy akan berdosa dengan papa sebab Asy dah janji dengan papa untuk jaga bonda. Please bonda… please… ikut Asy ya. Kita ajak mak Enon sekali. Lagi pun dah lama kita tak pergi bercuti kan.” Pujuk Faiq panjang lebar dengan harapan bondanya akan mengikutnya ke Gunung Ledang.

“Baiklah sayang. Bonda akan ikut Asy. Tapi one night only. Esok bonda nak ke Melaka rumah tokwan kamu.”

“Yes!! Sayang bonda. So jom Asy tolong bonda kemas baju.”

“Eh tak usah lah sayang. Bonda boleh buat sendiri. Kamu pergi bagitau mak Enon kamu tu suruh dia bersiap. Beritahu dia untuk bawa pakaian lebih sebab esok nak ke Melaka. Isnin baru balik sini.”

“Ok madam” Tabik spring diberikan bersama senyuman mekar. Langkah diatur mencari mak Enon. Datin Aira pula hanya mampu menggelengkan kepala dan tersenyum bahagia dengan telatah anak bujangnya itu. Terlupa sekejap akan beban perasaan yang terlahir sebentar tadi.


*************************

‘Maafkan aku Aira. Suka atau tidak, Gangguan rindu ini akan diteruskan. Faiq Asyraf tetap anak aku dan kau juga akan jadi milik aku. InsyaAllah sayang. Just wait. Our fate will surely crash on each other. In Allah’s will.’ Talian yang baru diputuskan memutikkan senyuman diwajah En. Qayyum. Telepon bimbitnya di bawa rapat ke dada. Sepertinya sedang menyatukan hatinya dengan hati wanita itu.

Tanpa sedar perbuatannya diperhatikan seseorang. Namun untuk mengganggu momen indah yang sedang dialami En. Qayyum, tidak sama sekali. Dirinya turut tersenyum dan berlalu.


“Maybe next time, paksu.” Ucap Aqil.

Wednesday, June 12, 2013

Indahnya Anugerah ILLahi Bab 4

Assalam dan hi y'all, ni bab 4 tapi pendek sikit lah dari sebelumnya sebab baru type hari ini dan hari ini jugak i nak post dalam ni.. hehehe semangat menulis dah mari so enjoy hasil penulisan selama 1 jam ini. biasa lah.. lunch hour. hehehehe Idea yang terlakar lebih penting dari lunch itu sendiri. hahahaha

Thanks y'all n jangan lupa komen ya.

love ya!!

***********************************

Bab 4

Asmara
Memisahkan kita
Mengingatkan ku pada dirimu

Gelora
Mengingatkan ku
Bahwa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya, ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu
Aku gila

Seandainya, kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Rangkap korus lagu Kehilangan nyanyian Firman bagai rekod yang sedang berulang-ulang didalam minda dan hatinya sejak dia mencecahkan kakinya di Malaysia. Maksud yang terkandung disebalik bait lagu itu sangat-sangat menyentuh hatinya.

“Maafkan aku Aira.. Aku tau ianya berpunca dari sifat tamak dan ingin memiliki dirimu itulah yang menjarakkan perhubungan kita. Tapi sungguh, aku insaf. Aku memang nak bertanggungjawab, tapi aku tahu, kau tak mahu terima aku kerana kejahilan diri ini. Maafkan aku Aira.” Rintih En. Qayyum sendirian disepertiga malam itu.

Kepulangannya kini sangat dinantikan oleh seisi keluarga. Terutama insan kesayangannya, si comel Qaseh Nur Alani yang sudah besar panjang. Terasa seperti baru sahaja semalam dia bergurau senda dengan gadis comel lagi montel itu. Rupa-rupanya dah lapan belas tahun berlalu. Abah dan mama pun dah tiada lagi.

“Ampunkan aku Ya Allah. Ampunkanlah segala dosa-dosa silamku Ya Rabb. Tunjukilah aku jalan yang dapat memperbetulkan semula keadaan ini. Luangkanlah jalan untuk aku bina semula kepercayaan Aira ya tuhan. Permudahkanlah urusanku didunia dan juga diakhirat. Sesungguhnya Kau lah yang maha penyayang, maha pengampun, maha pengasih dan maha mengetahui. Hanya padaMu ku serahkan segalanya Ya Allah. Buka dan lembutkanlah hati Aira untuk menerimaku. Amin ya rabb’al alamin.”

Sehabis doa dan sedikit zikir munajat, sejadah dilipat dan digantung pada penyidai yang disediakan di bilik tamu itu. Diri dibawa ke balkoni. Kelihatan suasana malam dari rumah di atas bukit ini sangat cantik.

Kiranya Bukit Dahlia ini tinggi lah juga ya sebab boleh nampak bangunan-bangunan tinggi di Bandar Johor Bahru sana. Walaupun sayup kelihatan, namun cahayanya sangat memukau. Jam sudah menginjak ke pukul 3.30 pagi. Matanya masih memandang dikejauhan menikmati panorama alam. Dirinya yang kedinginan dek hembusan angin tidak dihiraukan. Akalnya menerawang jauh pada kenangan lampau.

‘Kau kejam Qay, kau jahat! Aku benci kau! Pergi! Pergi! Aku tak nak tengok muka kau lagi!!’

Jeritan penyesalan bersama tangisan itu masih kedengaran sehinga kini. Akalnya tak pernah mahu memadamkan episod sedih itu.

“Ungku Aira Aisyah, akan aku tebus semua khilafku yang lalu. Akan aku hapuskan airmata duka itu dan bawa kau kea lam bahagia. Itu janji aku Aira. Janji yang disertakan dengan keikhlasan hati dan doa. Allah itu maha penyayang. Aku pasti doaku akan termakbul. Nantikan kedatanganku sayang..” bisik En. Qayyum pada angin lalu.

Kemunculannya semalam banyak mengundang airmata gembira. Wajah merah yang menahan malu pun ada. Tawanya terlepas sedikit mengingatkan wajah merah jejaka kacak yang dipanggil Rayyan. Bakal menantu keluarga ini kata abangnya, Tuan Qaleef. Rayyan Harraz. Nama yang secocok dengan rupa paras yang ganteng kata orang Indonesia. Dihiasi pula dengan lesung pipit di pipi kanan tika mengukir senyum, menambah lagi kemanisan wajahnya. Memang sesuai dengan Qaseh. Detik hati En. Qayyum bersama senyuman.

‘Apa khabar Faiq Asyraf agaknya ya? Lama ayah tak jumpa Faiq..’ Hatinya merintih lagi bila mengingatkan Faiq Asyraf. Anaknya dengan Ungku Aira Aisyah atau kini lebih dikenali sebagai Datin Aira.

Kerana darah muda yang menggelegak dek cabaran dan hasutan kawan-kawan, kebodohan diri yang dirasuk syaitan, Ungku Aira Aisyah dinoda. Hanya kerana cabaran Redza, persahabatan yang terjalin musnah sekelip mata. Mahu sahaja dinikahi Aira tika itu, namun penolakan dari Aira menjerut hatinya. Aira lebih rela berkahwin dengan Ahmad Tajuddin, lelaki pilihan keluarganya dari memilih dirinya yang baru sahaja merobek maruah wanita itu.

Oleh kerana penolakan keras akan dirinya, dan juga kerana penerimaan Ahmad Tajuddin yang ikhlas terhadap Aira, dirinya dibawa ke perantauan. Sebuah penyesalan yang tak pernah lekang dari hatinya sejak dari peristiwa itu banyak memporak-perandakan jiwanya.

Namun, kuasa tuhan. Dia dipertemukan dengan anaknya, Faiq Asyraf sewaktu dia melawat tapak projek di Seattle. Kebetulan, apartment yang disewanya bersebelahan dengan apartment Faiq. Dari situ lah dia tahu asal usul Faiq dan ibu serta ayahnya. Keyakinan yang kuat terhadap Faiq Asyraf itu adalah anaknya hanya kerana raut wajah Faiq mengikut wajahnya 18 tahun dulu yang seakan-akan di’copy-paste’. Tiada langsung iras Ahmad Tajuddin.

Dari itu, diupahnya seseorang untuk menyiasat latar belakang Faiq Asyraf. Dia juga ada mengambil sample rambut Faiq ketika itu untuk ujian DNA dan laporan yang diterima mengesahkan telahannya. Cuma nama Faiq Asyraf dibinkan pada nama Ahmad Tajuddin.

‘Terima kasih Mad kerana menjaga anakku. Walaupun kau tahu dia bukan zuriatmu tapi kasih dan sayang kau tak bertepi untuknya. Hanya doa dan surah yang boleh ku utus sebagai hadiah untukmu. Doakan juga kejayaanku dalam memenangi semula hati Aira untuk dijadikan yang halal disisiku. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohmu Mad.” Dalam tenang pagi yang dingin dan masih gelap, Hati En. Qayyum tak pernah lekang dari mengingati seorang insan mulia bernama Ahmad Tajuddin. Hanya doa yang mampu di utuskan dengan harapan insan itu sejahtera di alam sana.

“Uuwaaaarrrhhhh, seronoknya feeling pagi ni. Sejuk, nyaman dan happy. Masa untuk melupakan kisah lalu dan mulakan hidup dengan nekad yang baru. Bersemangatlah Qaseh!” suara dari balkoni sebelah mengejutkannya.

‘Astaghfirullah’al adzim. Buat terkejut aku jek budak comot ni.’ Detik En. Qayyum sambil mata mengerling jam ditangan.  ‘MasyaAllah dah pukul 5.30 pagi rupanya. Lamanya aku mengelamun.’

“Amboi, happynya dia pagi ni?” sapa En. Qayyum pada anak saudara kesayangannya itu. Hatinya tercuit dengan gelagat Qaseh. Dah besar panjang, dah boleh jadi mak orang tapi baju tidur kekal macam dulu. Kalah kanak-kanak ribena. Polka-dot warna pink dan biru siap ada teddy bear sebesar pinggan makan melekat pada dada bajunya.

“Eh, old boyfriend. Buat apa pagi-pagi kat luar ni? cari semangat baru macam Qaseh jugak ke?”

“Iya, sama macam Qaseh. Cari semangat dan juga nekad yang baru.” Jawab En. Qayyum dengan senyuman.

“Waaaa bagus bagus bagus.” Sahut Qaseh meniru gaya siri kartun Upin Ipin.

“Nanti bolehlah kita jogging sama. Lepas subuh, kita gerak ya.” Tambah Qaseh lagi. Turut membalas senyuman paksunya.

“Baiklah sayang. Lepas subuh kita jogging. Dah, pergi siap-siap. Kejap lagi dah azan. Kita jemaah sama-sama ya.”

“Baik old boy friend. Hamba menurut perintah.” Dengan gaya ala-ala menurut perintah raja saja lagaknya. Apa-apa saja lah Qaseh ni.

Dengan senyuman yang masih berbekas, En. Qayyum menyambung. “Jangan lupa kejutkan abang-abang kesayangan kamu tu sekali ya.”

“Baik yang mulia. Akan beta laksanakan.” Jawab Qaseh. Kali ini dengan lagak seorang raja pula.

En. Qayyum hanya mampu tersenyum gelihati dengan telatah Qaseh. Memang anak saudaranya yang seorang tu sering buat dia tertawa. Melihat Qaseh hilang ke dalam biliknya, tubuhnya pun dibawa masuk ke dalam. Bersiap-sedia dan menuju ke sebuah bilik di aras bawah yang dijadikan surau.


*****************************

“Aduh Qaseh, paksu tak larat lagi lah nak lari.” Dengan nafas yang tercungap-cungap, langkah diatur menuju ke bangku batu yang terdapat di tepi laluan batu paver. Baru pukul 6.30 pagi tapi cuaca dah cerah.

Ala paksu ni tak rock la. Kita baru jog satu round paksu dah pancit.” Namun langkahnya dibawa juga menuruti langkah En. Qayyum. Turut duduk disebelah En. Qayyum sambil memandang suasana pagi di bukit Layang-layang ini.

Ramai juga orang yang datang untuk jogging sambil beriadah. Bila lagi nak dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau walaupun udaranya kurang nyaman. Iyalah kan, maklum saja dalam kawasan industri perkilangan yang pesat ini, sudah tentu udaranya sedikit tercemar.

“Paksu kan dah tua, dah tak rock macam dulu.” Jawab En. Qayyum sambil ketawa dengan perkataan ‘rock’ itu.

“Kejap lagi kita sambung lari ya sayang. Give me a second to catch my breath.” pujuknya lagi.

“Hehehe ok paksu. Qaseh tak kisah pun. Saja nak usik my old boyfriend ni.”

Selang beberapa minit, larian diteruskan lagi satu pusingan dan terus pulang ke Villa Indah. Tak jauh pun sebenarnya Villa Indah dengan bukit Layang-layang. Bersebelahan saja. Hanya dipisahkan dengan jalan raya dan masjid jamek.


Bersambung

*************************

Lupa to let y'all know, hehehe Ammar Asyraf dah ditukar menjadi Faiq Asyraf. hehehehe jangan marahhaaa..



Monday, June 03, 2013

Indahnya Anugerah illahi - Bab 3

ini Bab 3 yang telah di edit dan digubah sedikit. hehehehe




_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_


Bab 3

Di ruangan dapur malam itu hingar bingar suasana jadinya. Kecoh dengan suara-suara mengusik dan juga jeritan balas. Yang mengusik itu tak lain tak bukan mestilah suara milik Afif, Afiq dan Rayyan manakala suara yang menjerit itu pula sudah tentu suara milik Qaseh.

“Apa juga lah yang kecoh-kecoh ni? Dari depan lagi dah dapat dengar suara kamu tahu. Ni mana adik?” soal Puan Arifah Jazmin pada jejaka idaman Malaya bertiga itu.

Belum sempat Afif mahupun Afiq menjawab, Rayyan pantas memintas. “Qaseh keluar aunty. Ke kolam renang agaknya.” Sambil menunjuk arah pintu.

“Apa dah jadi ni sebenarnya? Ibu risaulah kalau suasana tegang-tegang ni dah tak macam tadi. Happy je ibu tengok. Nanti kalau apa yang dirancang tak menjadi, siaplah kamu. Akan ibu panggang hidup-hidup. Ngerti kamu” keresahan hati Puan Arifah Jazmin diluahkan dan diselitkan bahasa Indonesia di hujung ayat membuatkan ketigatiga jejaka itu tersenyum dan mengangguk.

Tanpa mereka sedari, Qaseh masih berada disebalik pintu yang sengaja tidak ditutup rapat. ‘Rancangan apa ni? Apa kena-mengena rancangan ibu dengan aku? Jangan cakap rancangan ni merupakan rancangan masa depan aku? Huh! Habis lah. Uwaaaaaa nak lari..’ kalut Qaseh memikirkan apa yang baru sahaja didengarnya dari mulut Puan Arifah Jazmin sendiri.

Dah lah tadi abang Fif macam nak tersasul jek pasal akadnikah mamat creick tu. Huwaaaaaaaaa jangan cakap dia lah insan yang akan diakadnikahkan dengan aku? Oh My Allah.. serius aku nak lari. Tak mau!!! Tergeleng-geleng kepalanya menidakkan andaian sendiri.

Tapi tak boleh lah Qaseh!  Kau dah janji nak ikut cakap ibu dengan abi kan. Dan kali ini kepalanya mengangguk lemah mengiakan kata-kata dari minda nya. Aku dah nekad untuk ikut cakap abi dan ibu. Aku dah janji akan bahagia kalau abi dan ibu bahagia. Ya Allah, Redhakan lah hati ini menerima takdirMu andai ini yang Kau dah tentukan untuk aku. Hhmmmm..

“Kuatnya orang tu mengeluh sekarang ni. Dah lah tadi tergeleng-geleng. Lepas tu  angguk-angguk pula. Ape? Tengah humming lagu Anguk-angguk Geleng-geleng ke?” sakat Rayyan ingin memancing kemarahan Qaseh. Namun sindirannya terbiar sepi.

Hhmm sah berangan. Entah apa aje yang minah bulat ni fikir sampai dia tegur pun orang itu buat tak endah. Nasib baik dalam kawasan rumah. Kalau kat tempat awam buat perangai macam ni, dia rela tak mengaku kawan. Erk.. kawan ke? Hehehe kategori kawan lah juga kan. Just a different verse of “friend”. Rayyan tersenyum sendiri. Tak boleh jadi ni. Makcik bulat ni memang nak kena.

“Makcik Bulat!” sergah Rayyan dengan kuat  sambil menepuk tangan betul-betul didepan muka Qaseh.

“Maaaaakkkk!!!” pukk. Tindakan sepontan tangan Qaseh terhayun dan mengenai hidung Rayyan. Memang sedari dulu, andai terkejut pasti tangannya terhayun diluar sedar sebagai langkah berjaga-jaga.
“Woiii. Sakit lah makcik. Dah la tangan tu bulat, keme hidung aku” Jerit Rayyan sambil mengurut batang hidungnya untuk mengurangkan kesakitan.

Nasib baik tak berapa kuat. Kalau tak bikin naya je hidung mancung aku ni penyek. Huhh!. Itulah kau Rayyan, siapa suruh kau sergah dia macam tu. Kan dah dapat balasan. Ejek hati Rayyan.

“Padan muka! Siapa suruh terkejutkan orang. Kan dah dapat penangan sulung dari orang. Tu di luar sedar. Kalau sedar bukan takat tangan, dengan kaki ni sekali orang bagi.” Mulut dimuncungkan bersama mimik muka bangga kerana dapat mengenakan Rayyan walaupun secara tak sengaja. Mamat ni memang sengaja nak buat aku sakit jantung lah. Huh! Tapi nasib baik jantung aku ni sehat dan kuat.

Rayyan yang masih mengurut batang hidungnya bersama kerutan didahi tidak dipedulikan Qaseh. Dirinya terus beredar menuju ke arah buaian bersebelahan dengan kolam renang dan taman mini. Sedang dalam otak berserabut dengan pelbagai perkara terutama sekali dengan apa yang baru didengarnya tadi.

Rayyan hanya memandang susuk tubuh Qaseh berlalu meninggalkan dirinya dengan perasaan sebal. Ingin sekali untuk menerbitkan perbualan santai sepertimana dilakukan dengan Afif dan Afiq tapi sebaliknya pula yang terjadi. Tak apa Rayyan. Masa masih panjang. Sabar dan usaha gigih. Jia you!!

Ruangan itu ditinggalkan dan dirinya dibawa ke dalam rumah menuju ke tingkat atas dimana Afif dan Afiq berada. Misi mesti diteruskan ddengan harapan kejayaan pasti digengam. Echeh, dah macam nak pergi pertandingan pidato lah pula. heheh

*********************************

Di ruang rehat ditingkat atas Villa Indah ini, Afif dan Afiq sedang asyik dengan permainan video PS2. Riuh mulut masing-masing. Bermain dengan penuh emosi memang macam tu. Kecoh jadinya.

Afiq yang perasan kelibat Rayyan di tangga menegur jejaka itu, yang nampak gayanya seperti orang baru lepas kalah judi.

“Kenapa dengan hidung kau bro?” soal Afiq bila melihat hidung Rayyan merah dan muka jejaka itu sedikit mencuka.

“Adik kau punya pasal lah ni. Aku cakap baik-baik dia tak dengar. Berangan agaknya so aku sergah lah. Rupanya ‘bala’ spontan masa terkejut dia tu tak hilang lagi sejak dulu. Ni la dapatnya.” Jawab Rayyan sambil menunjuk kearah hidungnya yang masih merah. Nasib baik tak berdarah.

Serentak dengan jawapan yang keluar dari mulut Rayyan, berdekah-dekah Afif dan Afiq ketawa.  Sempat lagi Afif buat gaya gelak guling-guling sambil peluk kusyen kecil yang sedari tadi menjadi alas dadanya tika meniarap.

“haha adoi la hai. Lawak lah kau ni bro. Bukan kau tak tau Qaseh tu kalau terkejut memang macam tu. Yang kau pergi sergah dia tu kenapa?” Soal Afif bersama tawa yang masih belum reda. Penat pula ketawa style guling-guling ni. Kata hati Afif lantas bangun dan duduk bersila di sebelah Rayyan yang sedang memeluk lutut.

“Aku lupa la beb. Hehehehe tu lah kan. Dah nasib badan dapat bakal bini brutal. Tapi nasib baik cute-miut. Aku redha beb. Hehe” Jawab Rayyan selamba bersama tawa gelihati. Afif dan Afiq juga turut ketawa.

“Jangan  nanti masa malam pertama badan kau dah berbirat kena belasah dengan minah bulat tu sudah la yek!” sakat Afiq bersama gelak natesnya. Begitu juga dengan Afif. Gelaknya yang tadi baru sahaja reda, kini bersambung dan kali ini lebih galak mentertawakan Rayyan.

Rayyan hanya mampu memandang telatah nakal dua orang sahabatnya itu. Dua orang sahabat yang bakal bertukar status kepada abang ipar. Hahaha lawak pun ada juga. Apa tak nya, umur aku dengan Afif sama. Afiq muda 2 tahun dari aku. Nak ke dia kalau aku gelarkan dia abang Fiq? Mahu hijau muka mamat tu kalau dengar. Hahahaha agaknya sekarang ni dia masih tak perasan akan panggilan tu bakal bertukar. Hehehehe. Kali ini, senyuman lebar pula terukir dibibir Rayyan tanda gelihati dengan bayangan dari mindanya sendiri.



************************************

Sambil merenung langit malam yang dhiasi kerlipan indah oleh bintang-bintang sedikit-sebanyak dapat meredakan perasaannya yang sedang gelisah..

Jantung ni dah kenapa? Saja je kau gatal nak berdegup lebih laju dari biasa kan. Takkan lah kerana terkejut dek sergahan mamat creik tu kau nak kerja lebih masa wahai cik jantung? Ke sebab tengok muka mamat creick tu yang luarbiasa gayanya masa menahan sakit dek penangan sulung aku ni? hehehehehe. Eh kejap. Apasal pula muka mamat tu yang aku nampak. Bahaya ni. Hati ni bakal menderhakai tuannya. Sama seperti jantungnya. Huh!! Jangan cari bala Qaseh. Dia dah ada girlfriend. Lagipun selama ni kan kau tak suka dia. Ignore je. Tapi hati ni dari tadi duk dendang lagu rindu. Ughhh jangan hati. Jangan sesekali bermain api. Nanti kau juga yang hangus.

‘Haish! Aku bukan rindu kat mamat creick tu. Aku rindu dekat………... Faiq Asyraf.’ Sayu sahaja hati Qaseh bila menyebut nama itu. Faiq.. maafkan Qaseh. Ya Allah Ya Rabb’ul alamin. Redakanlah kesakitan jiwa ku ini Ya Tuhanku. Redhakanlah hati ini menerima takdirmu. Rinting hati Qaseh. Dirinya hanyut didalam kenangan lalu. Angina yang menghembus mukanya makin merancancakkan lagi putaran memori lampau yang mengembirakan hatinya. Dakalanya, Qaseh tertawa sendiri mengingati moment indah itu.

 “ni apa fasal pula ketawa sorang-sorang ni? Tengah berangan ke tersampuk jin?” tegur satu suara dari arah belakangnya.

Mendengarkan suara yang sangat-sangat dikenali dan dirindui itu, Qaseh berpaling bersama senyuman. Lihat saja empunya diri yang sedang berdiri sambil menjinjing beg computer riba disebelah kanan dan satu beg beroda berisi pakaian yang besar disebelah kiri, Qaseh lantas bangun dan berlari mendapatkan insan itu.

Diri insan yang telah lama tidak dijumpai itu dipeluk erat bagi melepaskan rindu. Pelukan berbalas dan satu kucupan singgah di dahi Qaseh.

“how are you my dear girl? You’ve grown so big in fact bigger than me? Makan banyak ye sayang?” pipi Qaseh dicubit dengan cubitan manja. Sedang Qaseh pula sudah berendam airmata.

“hey, what’s wrong girl? Menangis kenapa ni? Tak suka tengok I balik sini ke? Sedih lah macam ni. I merajuk. Bye. Nak cari hotel. Ya lah kan, kita balik ni for good tapi orang tu menangis macam apa je.” Sengaja ayat rajuk dikemukakan dan menjarakkan dirinya sedikit seakan-akan mahu meninggalkan Qaseh kerana dia tahu Qaseh pasti ketawa dengan kata-katanya.

“heeeee apa la my old boyfriend ni, nak merajuk pulak dia. Hey! You’re the one who should pujuk orang tau? Hehehe ok ok orang tak nangis lagi. Orang just terlalu happy. This is a happy tears ya know.. Ahhhh I miss you a lot.” Seraya itu juga Qaseh memeluk jejaka itu sekali lagi.

Rayyan yang memandang dari kejauhan sudah tidak betah untuk duduk diam. Panas hatinya melihat drama sebabak yang terlayar didepan mata. Kulit mukanya yang putih sudahpun berona merah. Sampaikan telinganya pun turut merah. Menahan marah sampai begitu sekali.

Apa lah yang minah ni buat? Tak tahu ke orang perempuan tak boleh sentuh tangan lelaki yang bukan mahramnya. Inikan pula nak peluk bagai dunia ni dia yang punya! Dah lah tu, dah tua. Layak panggil pakcik je. Haishhh! Rungut Rayyan di dalam hatinya. Malas mahu melayan sakit hati, langkah diatur laju masuk ke dalam rumah mendapatkan kedua orang tuanya. Niat asal mahu memanggil Qaseh masuk sudah dikuburkan bersama riak wajah yang mencuka.

Dirinya dihempas duduk di sofa bersebelahan ibunya, Puan Raudhah bersama keluhan dan muncung. Lagaknya yang seperti anak manja tak dapat apa yang diingini itu menjadi perhatian seisi rumah yang sedang berbincang dari tadi.

“ni kenapa masam mencuka wajah kamu ni Ray? Mana Qaseh?” soal Puan Arifah Jazmin bila melihat Rayyan masuk seorang diri tanpa Qaseh.

Soalan bakal ibu mertuanya itu dibiar sepi seketika. Nafas ditarik panjang dan dilepas bersama keluhan kecewa.

“Qaseh dah ada pengganti Faiq lah aunty. Dan orang tu ada kat luar tengah peluk Qaseh. Batalkan jek lah rancangan perkahwinan ni. Kahwinkan aja mereka tu.” Maklum Rayyan pada semua dengan suara yang kecewa dan riak wajah yang muram.

Semua yang mendengar apa yang terkeluar dari mulut Rayyan sudah melopong. Afif dan Afiq jam itu juga meluru keluar untuk mengetahui siapa gerangan insan yang Qaseh peluk. Kemudian barulah diikuti Tuan Qaleef dan Puan Arifah Jazmin. Dr. Hasif dan Puan Raudhah saling berpandangan sesama sendiri dan kemudian pandangan mereka jatuh pada wajah kusut anaknya, Rayyan. Bahu Rayyan dipeluk mesra.

“Sabarlah sayang. Jangan cepat melatah. Mari kita keluar tengok siapa orang tu.” Ajak Puan Raudhah.

Rayyan pula hanya menekur pandangan kebawah memandang corak karpet bulu tebal yang menjadi alas ruangan itu.

Tak mengapa Ya Allah. Aku akan anggap ini dugaan dariMu untukku. Dan aku pasti janjiMu bukan palsu Ya Allah. Qaseh lah yang Kau gambarkan sebagai jawapan pada istikharahku. Aku yakin Ya Rabb. Pujuk hati Rayyan.

Aikk, riuh semacam je dekat luar tu. Ni bukan riuh sedih dan kecewa ni. Ni lebih pada riuh gembira. Perhhhh Ya Allah, janganlah Kau duga aku lagi ya tuhan. Aku tak mampu untuk menghadapinya. Detak hati Rayyan lagi.

Perasaan ingin tahunya membuak-buak lantas punggung diangkat dan melangkah ke pintu utama. Dari muka pintu dapat dilihat Afif dan Afiq yang sedang tertawa. Lagaknya seperti mentertawakan dirinya. Manakala lelaki yang memeluk Qaseh tadinya, kini sedang berpelukan dengan Tuan Qaleef pula. Erkkk apakah? Jangan-jangan… Rayyan sudah tak sanggup untuk meneruskan telahan otaknya. Aku salah sangka ke ni? Soalnya pada diri sendiri.


Mata dikerling pada Afif dan Afiq yang masih lagi tertawa sambil memandangnya. Sah!! Aku dah salah sangka. Alamak Ya Allah. Malunya! Mana nak letak muka yang hensem lagi macho ni. Depan semua pulak tu aku… arhhh! malu malu malu.. astagfirullah al’adzim, astagfirullah al’adzim, astagfirullah al’adzim. Astarafal Rayyan berkali-kali. Kulit mukanya jangan cakap lah. Dah kalah kaler strawberry gaya merahnya.

Bersambung..

**********************

Maaf ya.... Nama watak Ammar Asyraf saya tukarkan pada Faiq Asyraf. hehehehe reason?? kuikuikui no reason.. hehehe

Enjoy!!