Friday, May 31, 2013

Bayangan Watak

Hi assalamualaikum, salam sejahtera salam muhibbah, salam sayang, salam mesra dan bahagia buat semua... erkk semua? i mean sesiapa saje la yang sudi drop by di blog yang sweet ni.. hehehe

ok lah enough chitchat.. saje nak bagi imaginasi kalian lebih ummphh dan lebih 'aww i'm in love!' kinda feeling.. hehehehehehe



This is Muhamad Rayyan Harraz. amacam? ok tak? heheehehe
or nak pinjam wajah Touraj Nezafati (di bawah ini) jadi Harraz?
i dunno.. macam nak guna si Liam Hemsworth ni jadi Harraz. macam jugak nak guna mamat arab ni pulak jadi Harraz.. hhmmm can't make up my mind.. hehehe pape pun nantikan kesudahannya.. hehehehe





yang ni pula Faiq Asyraf (nama asal Ammar Asyraf)!! hehehehehhee mentang-mentang nama dia pun Asyraf jugak.. senang-senang jek nk pinjam yek writer ni.. ekekekkee jgn marah.. sekadar suka-suki hehe



ok enough with hero to be. kenapa to be? sebab tak sure nak naikkan sape jadi hero untuk Qaseh.. kihkihkihkih tungguuuuuuuu. bawah ini pula abang-abang Qaseh yang tersayang lagi macho, cute, sexy buat i melayang.. hahahahahhaa poyo jugak cik writer ni yo.. ekekekee

before that, nak bagitau sikit la.. memandangkan abi Qaseh ada darah arab sebab atok Qaseh arab mari. ibu
Qaseh pula seorang mu'alaf. an Irish lady. so dapatlah anak2 yang macho, adorable, cute, sexy segala.. hahaaha over lah pulak.. ok, ok. saksikan!!


1) Muhamad Aqil Qusyairi








Abang Qaseh yang macho ni abang sulung. umo 33 thn dan masih single youuuuuuu (meaow).. hehehehe






2) Muhamad Aisy Zaiyani






yang punya sexy look ini pula abang Qaseh yang ke-2.. umo 31. berkenan? ohh sorry, yang ini married already, tak boleh kacau.. hahahaha

3) Muhamad Afif Dhiyaulhaq





yang cute-miut ni abang Qaseh yang ke-3. harap muke jek cute tapi kedekut na'uzubillah.. dengar perkataan 'boleh claim' je bling bling biji mata dia.. heheheehe tapi sweet sangat kan.. hehehehe




4) Muhamad Afiq Dhiyauddin


the last but not least is si playboy alim ni..kenapa playboy alim? haaaa tunggu scene yang akan datang. kihkihkihkih. adorable kan?? lagi sweet terlebih gula.. hehehehehehe


Qaseh Nur Alani pula? haaaaa ni lah orang nye.. sweet-muit kan.. macam writer jugak.. hahahaha oopss perasan pulak.. hehehehe




 ini saje idea yang tertera tuk hari ini..... insyaAllah bab 3 will be uploaded on Monday. so stay tune, stay cute, stay loveable and adorable always.

see ya!!






Thursday, May 30, 2013

Indahnya Anugerah illahi - Bab 2

Sejak pulang dari tasik, Ammar banyak termenung. Ditambah pula dengan penerangan dan pengakuan dari bonda tersayang. Ahh! Kusut.. keluh Ammar sambil memegang kepalanya. Keadaannya yang serabut memutikkan rasa simpati pada si sahabat yang juga sepupu rapatnya, Megat Daniel Akram.

“Sabar lah dude. Aku tau kau kuat. Allah saja nak test iman kau. Aku yakin, Qaseh akan jadi milik kau juga kalau kau pass ujian Allah ni. That I’m sure. Walaupun bukan sekarang.” Nasihat Daniel cuba untuk menyedapkan hati Ammar. Risau juga dirinya melihatkan keadaan sahabatnya yang seorang ni. Dulu diduga dengan kehilangan ayahnda tersayang. Kini, kehilangan lagi namun impaknya berbeza. Dulu Ammar nampak sedikit tenang berbanding sekarang.

Bagi Ammar, kehilangan Qaseh sangat dirasai walaupun bukan hilang terus secara teknikalnya namun untuk mengubah kebiasaan status kekasih kepada sahabat amat susah. Rasa kasih yang kian mekar makin menyukarkannya untuk menetapkan titik focus dalam otaknya.

Kata-kata yang terluah dari mulut Daniel hanyalah bagai angin lalu yang menyapa kulitnya. Tidak satu pun lekat di ingatannya.

“Dah lah beb. Aku tau kau sedih. Aku dapat rasa apa yang kau rasa. Memang bonda boleh dikira zalim tapi dia tetap insan yang melahirkan kau. Dia tetap yang terutama dalam hati kau. Even dalam satu masa, si ibu dan si isteri terjatuh dalam sungai, si anak harus menyelamatkan si ibu dulu, then baru lah isterinya. You get what I mean, don’t you dude?” Cubaan Daniel kali ini membuahkan hasil bila ada anggukan dari Ammar.

“Aku tau. Tapi aku terkilan. Selama ni aku tengok kitaorang happy je bila berjumpa. Tak ada langsung riak tak suka pada wajah bonda tiap kali aku bawa Qaseh untuk makan bersama. Tak aku duga, rupanya semua tu hanya lakonan bonda je dude. I repeat Lakonan!” luah Ammar dengan penuh perasaan dan terus tersandar pada keretanya. Daniel disebelah hanya diam. Kali ini dia akur dengan kata-kata Ammar. Kalu dia ditempat Ammar pun belum tentu dia akan se’ok’ Ammar sekarang ni. Silap haribulan lagi teruk.

“Tak apa dude. Ini ujian Allah untuk hambaNya. Dia nak kau perbanyakkan lagi mengabdikan diri padaNya. Mungkin kita tak sukakan sesuatu itu padahal ianya amat baik untuk penghidupan kita dan mungkin kita suka akan sesuatu itu tapi ia mendatangkan keburukan pada penghidupan kita. Allah maha mengetahui tiap sesuatu. Aku pun kekadang terlalai juga. Lupa padaNya bila dah terlampau suka. Hhmm Jom gerak. Maghrib dah lama berlalu. Sekejap lagi dah nak masuk isya’. Kita singgah masjid, solat dulu. Mudah-mudahan Allah anugerahkan kau ketenangan dan kedamaian hati. Berdoalah padaNya saudaraku” nasihat Daniel sedikit panjang dan sedikit skema dihujung ayatnya diiringi ketawwa halus bagi memahamkan Ammar. Moga dia sedikit terhibur dengan kepoyoan aku. Hehehe detak hati Daniel lagi.

“haha pandai la kau kan. Saje nak suruh aku ketawa dalam kesedihan kan.” PerliAmmar dan dalam masa yang sama turut mengiakan kata-kata sepupunya merangkap BFF as in best friend forevernya itu. “Astagfirullah.. thanks dude sebab ingatkan aku yang dah hampir nak menyalahkan takdir ni. InsyaAllah aku ok. Hehe dah jom lah kita gerak sekarang. Nanti takut terlepas waktu pulak.” Tambah Ammar yang kali ini kelihatan sedikit tenang bila diingatkan akan solat dan doa. Dan mungkin juga kerana kepoyoan insan bernama Megat Daniel Akram ini.

****************************************
  
“Asy, baru balik? Bonda..” tak sempat Datin Aira ingin menghabiskan kata, Ammar telahpun meluru memeluk bondanya sambil memohon ampun.

“Maafkan Asy bonda. Selama ni Asy terlalu mengikut kata hati sampai tak sedar kegembiraan dan kebahagiaan bonda hanya lakonan demi menjaga hati Asy. Asy berdosa pada bonda. Ampunkan Asy bonda. Asy khilaf.” Ammar mengongoi dibahu Datin Aira.

Dengan senyuman tubuh Ammar didakap erat dan kepala Ammar diusap penuh kasih sayang. “Bonda ampunkan. Bonda hanya mahu yang terbaik untuk Asy. Bonda akui, Qaseh baik. Tapi… hhmm tak mengapa lah.. sekarang bonda bersyukur sebab Allah dah makbulkan doa bonda. Terima kasih Ya Allah, Kau dah pulangkan anakku.” Luah Datin Aira bersama linangan airmata kegembiraan. Maafkan bonda sayang.Rahsia ini akan kekal rahsia. Sampai bila-bila pun kamu takkan boleh berkahwin dengan Qaseh. Sambung Datin Aira didalam hati.

Abang, Aira masih harap abang ada sekarang ni. Aira dah tak mampu nak tampung rahsia ni sorang-sorang bang. Alhamdulllah, rahsia dulu masih kekal jadi rahsia dan masih tersimpan kemas dalam lipatan sejarah. Biarlah tiada siapa yang tahu selain kita bang. Aira tak sanggup untuk kehilangan Asy. Dia satu-satunya anak Aira. Semoga abang tenang disana. Doakanlah semoga jalan yang Aira pilih untuk Asy adalah yang sebaik-baiknya. Luahan hati Datin Aira makin melebatkan lagi guguran airmatanya. Ammar yang sangka bondanya menangis teruk kerananya makin gundah jadinya.

“bonda, sudahlah. Ays janji lepas ni Asy akan ikut cakap bonda. Akan genbirakan bonda. Asy taknak tengok bonda menangis macam ni lagi. Buat Asy rasa dosa yang terbeban atas pundak Asy ni makin berat bonda. Please.. jangan nangis lagi bonda. Asy sayang bonda” rayuan Ammar sedikit sebanyak meredakan hiba dihati Datin Aira.

“bonda ok sayang. Dah jom kita makan. Dari tadi bonda tunggu Asy balik. Bonda dah masakkan lauk kegemaran Asy.” Pujuk Datin Aira sebelum dia terperasankan kehadiran anak saudaranya yang tercegat di muka pintu melihat drama sebabak yang baru berakhir tadi.

“Daniel, bila sampai? Kenapa tercegat kat situ? Kenapa tak masuk sayang?” soal Datin Aira sambil tersenyum senang dan menggamit supaya Daniel mendekat. Melihat anak saudaranya yang sudah dianggap sebagai anaknya sendiri itu sedikit sebanyak melegakan sedikit beban perasaan yang menyimpan satu rahsia setelah sekian lama.

“lama betul Daniel tak datang jenguk bonda kat sini. Apa? Dah merajuk ke?” tambah Datin Aira.

“apa la bonda ni. Dan dah ada depan bonda ni kan.” Jawab Daniel sambil menyambut salam ibu saudaranya. Tika itu juga dirinya didakap. Sama seperti Ammar, kepalanya diusap sayang.

“maafkan Dan bonda. Dan busy sikit lately ni. Tu yang tak ada kesempatan nak datang jenguk bonda. Ampunkan Dan ye bonda? Dan janji lepas ni Dan akan selalu datang sini.” Tambah Daniel sambil tersenyum memujuk Datin Aira.

“baiklah, I’ll take that as a promise. Dah, jom kita makan.” Ajak Datin Aira sambil memimpin tangan Ammar di sebelah kanan manakala Daniel disebelah kirinya bersama senyuman kegembiraan.

Semoga Kau tambahkan kebahagiaan keluargaku Ya Allah. Doa Datin Aira.

*****************************

Sementara diruang makan dikediaman Qaseh pula suasana ceria dan riuh kedengaran. Walaupun suasana ceria bagi pihak Tuan Qaleef dan Puan Arifah Jazmin serta yang lain namun bagi Qaseh, ianya seperti lakonan yang sangat mantap yang harus dipersembahkan untuk tatapan keluarga tersayang. Luaran nampak senyum tapi didalam hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya rasa kecewa itu.

Tak apa Qaseh. Kau kuat! Kau harus kuat! Ini keputusan yang kau ambil demi abi dan ibu. Redhakan ia. Sesungguhnya Allah ada. Ini juga ketetapan Allah. Kau akan bahagia kalau kau bahagiakan abi dan ibu. Itu janji Allah. Akal tak pernah berhenti dalam memotivasikan hati yang sedang layu. Akal juga tak pernah mengeluh dalam membangkitkan semangat yang hampir menjunam jatuh. Syukur pada Allah kerana mengurniakan akal yang pintar dan cekap dalam menangani masalah jiwa. Iman aku masih kuat untuk ujian ini kerana Allah ada untuk aku.

Ya, Allah sentiasa ada. Demi untuk ibu dan abi! Seraya dengan kata hatinya, lantas senyuman penuh ikhlas tersungging dibibir mengiringi langkah kaki keluar dari bilik untuk ke ruang makan di aras bawah. Aku mesti kuat!

Satu persatu anak tangga dituruni. Semakin dekat semakin dengar betapa riuhnya suasana. Ibu dan abi sedang gembira. Takkan mungkin aku nak menghambarkan situasi. Berdosa. Ingat tu Qaseh!. Berkali-kali diingatkan dirinya supaya terus tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Ammar, Qaseh harap Ammar akan bahagia seperti Qaseh akan bahagia dengan izin Allah. Bisik hati Qaseh dalam kesayuan.

Sampai di anak tangga terakhir, langkahnya terhenti. Sapaan Afiq menyedarkannya kedunia nyata.

“Adik tak apa-apa ke ni?” soal Afiq bila panggilannya tadi tak bersahut. Lantas saja bahu Qaseh dipeluk. Bersama kata-kata semangat untuk adiknya, langkah diatur menuju ke ruang makan dimana semua sudah menanti dengan senyuman manis.

Melihat wajah Qaseh dan pakaian yang dikenakan, hati Rayyan berlagu sayang. Kegembiraan hatinya tak dapat di selindung lagi. Dengan senyuman yang terukir lebar diwajah bertambah lebar tika melihat insan tersayang menarik kerusi didepannya untuk duduk. Menoleh sekilas pada Afiq disebelah Qaseh, senyuman mesra dilayangkan tanda terima kasih.

Ya, terima kasih kerana mententeramkan perasaan Qaseh yang sedang sebu. Dia faham keadaan Qaseh. Tak seminit pun dia tertinggal dari semua update yang diberi oleh Afif dan Afiq tentang Qaseh. Dia juga maklum akan apa yang berlaku petang tadi di tasik. Harapannya semoga Qaseh akan dapat menerima dirinya seikhlas hati seperti dia menerima Qaseh setulus hati sejak dulu lagi.

Abang janji akan bahagiakan Qaseh walau untuk sekejap. insyaAllah abang boleh sayang. Bisik hati kecil Rayyan Harraz. Bahagia untuk sekejap? Ia, bahagia untuk sekejap kerana kita tak tahu bila akan tibanya ajal kita. Hati ini tiba-tiba saja terbetik demikian namun lekas-lekas Rayyan pinggirkan perasaan nan satu itu.

Senyuman ikhlas dah ditayangkan. Kepala masih menunduk memandang pinggan nasi sambil menguis-nguis sayur sawi jepun masak sos tiram yang disendukkan Afiq kedalam pinggannya. Daging blackpepper masih belum berusik. Begitu juga dengan ayam goring berempah. Masih sepi dari jamahan Qaseh.

Qaseh mendongak seketika dan terdiam sebentar melihat gerangan insan yang duduk bertentangan dengannya.

Ughh! Kenapa lah abang Fiq ni bawak aku duduk kat sini? Adoi sakit otak lah tengok muka mamat creick ni. Apa? Tak penat ke muka dia tu asyik senyum jek? Huh menyampah. Rungut hati Qaseh bersama jelingan untuk tatapan Rayyan namun Rayyan masih seperti biasa. Senyuman menawan sentiasa terhias diwajahnya. Tak kira apa pun yang dilakukan Qaseh padanya hanya senyuman yang dijadikan balasan.

Abang tau Qaseh tak sukakan abang, tapi abang akan tawan hatimu itu sayang sampailah saat itu, sayang tak mahu langsung kalih pandang dari wajah abang. InsyaAllah akan tiba saat itu. Saat abang jadi dambaan Qaseh siang dan malam. Bicara hati Rayyan bersama pandangan yang menusuk ke hati Qaseh. Dengan harapan, kasih yang diberi bakal dihargai.

Ish! Apa lah masalah mamat creick ni, tengok tu sempat lagi dia nak main mata dengan aku. Bajet hensem lah buat muka macam tu? Aku cucuk dengan garfu ni kang terus juling biji mata tu baru tau!

Melihatkan Qaseh mengacukan garfu tanda mahu mencucuk matanya, Rayyan senyum sambil mengembungkan pipinya. Suka dia melihat Qaseh yang sedang marah. Kerana bila gadis itu marah, kulit mukanya yang sedia putih itu akan merona merah dan mulutnya akan dimuncungkan. Haishh geram je tengok muncung dia tu. Cebik lah lagi bibir tu. Aku gigit nanti baru tau. Gertak Rayyan dengan aksi mahu menggigit. Dengan aksi itu, cepat saja Qaseh memberikan jelingan maut tanda meluat.

Rupa-rupanya aksi isyarat balas-membalas antara Qaseh dan Rayyan jadi tontonan semua yang berada di meja makan.

“confirm lepas ni rindu-rinduan lah orang tu kan Fif? Dari tadi main mata tak henti-henti” suara Afiq.

“itu dah tentu. Ye tak Rayyan. Tapi nak ke orang tu rindu kat kau beb?” tambah Afif pula. Rayyan hanya mengangkat bahu. Mata pula masih tidak lepas dari wajah Qaseh.

“tak hingin. Bazir karen jek nak rindu mamat creick ni. Huh” jawab Qaseh pula sambil meneruskan suapan.

“eh, abang tak maksudkan adik la. jangan nak perasan. Atau dah sememangnya adik suka sebenarnya?” tambah Afif lagi mahu mengusik adiknya. Dan Kata-katanya disambut dengan gelak kuat dari Afiq dan Rayyan.

Muka dah sebal. Merahnya pula jangan cakap lah. Malunya aku! Mangkuk punya abang. Siap kau. Semua claim kau aku lupuskan. Teruskan makan je Qaseh. Buat dek je dengan kata-kata mangkuk hayon tu. Kalau kau layan makin sakit hati je. Dah terang-terang dia akan backing si mamat creick tu. Bertenang. Tarik nafas, hembus. Minum air dulu. Selambakan muka. Eh, NO. Serius kan muka. Bila mangkuk tiga ekor tu tengok muka kau yang serius ni mesti diaorang terasa. Akal Qaseh sempat memotivasikan tindakan Qaseh untuk tatapan semua terutamanya untuk ketiga-tiga jejaka idaman Malaya itu.

“ok, adik dah kenyang. Adik gerak dulu ye” beritahu Qaseh pada semua yang ada bersama senyuman penuh makna yang ditujukan khas pada abang-abangnya, Afif dan Afiq. Manakala tika matanya terlintas singgah di muka Rayyan, hanya jelingan yang mampu ditayangkan. Tapi tu lah kan. Jeling macam mana pun mamat creick tu tetap juga senyum,. Apa? Dah ada wayar yang putus ke dalam otak mamat tu? Senyum memanjang. Tak penat ke? Qaseh bersoal-jawab di dalam mindanya sambil mengatur langkah ke dapur membawa pinggan dan gelas yang sudah digunakan.

Afif pula menelan air liurnya dan terasa ada sesuatu yang menyekat di kerongkong. Pasir? Bukan, batu konkrit rasanya. Ugh.. habis la. mata sempat memandang Afiq dan Afiq pula memandangnya membawa pandangan yang sama dengannya. Bala! Sama-sama menelan liur kali ni.

“korang ni dah kenapa? Tiba-tiba senyap?” soal Tuan Qaleef kehairanan. Dan saat itu juga, semua kepala memandang gelagat tiga jejaka yang tadinya galak mengusik Qaseh.

“hehehe tak ada apa uncle. Malaikat jogging! Tu yang terdiam jap. hehee” jawab Rayyan bagi pihak Afif dan juga Afiq. Mereka juga bangun serentak dan mengangkat pinggan dan gelas masing-masing untuk dibawa ke dapur.

Sekarang, di ruang makan itu hanya tinggal Tuan Qaleef, Puan Arifah Jazmin, Dr. Hasif dan juga Puan Raudhah. Masing-masing berbalas pandang dan tersenyum.

“Nah sekarang, line dah clear untuk kita bincangkan rancangan kita ni Sif” bicara Tuan Qaleef pada sahabat karibnya, Dr. Hasif. Puan Arifah Jazmin dan Puan Raudhah hanya mengangguk bersetuju.

“Macam ini lah Leef, better kita segerakan pernikahan Qaseh dan Rayyan. Aku bukan apa, tak sedap hati lah nak biar lama-lama. Takut kempunan aku nak bermenantukan Qaseh.” Terang Dr. Hasif berserta gurauan yang diselitkan.

“Eh, ada pulak cakap macam itu. Kau takkan kemana-mana lah kawan. Pernikahan Qaseh dan Rayyan akan kita saksikan bersama. Aku cadang kita adakan pada hujung bulan ni. What do you think?” balas Tuan Qaleef lagi.

“Tak cepat sangat ke abang Qaleef? Sempat ke nak buat persiapan tu semua?” sampuk Puan Raudhah menunjukkan kerisauannya.

“Jangan bimbang tentang tu semua Dah, Min dah siapkan semuanya. Pengangtin tinggal bawa badan je.” Balas Puan Arifah Jazmin menenangkan keadaan. Jawapan yang membawa senyuman kelegaan di wajah tua empat sahabat itu.

“Apa yang perlu kita buat sekarang ni ialah, kita mesti berterus terang dengan Qaseh supaya tak menjadi hal last minute nanti. Rayyan seems ok with our plan kan.” Tambah Puan Arifah Jazmin lagi.


Melihatkan anggukan semua, dia lantas bangkit dan menuju ke dapur dimana ketiga-tiga teruna itu masih belum berganjak dari ‘mencuci pinggan’. Entah-entah sibuk menyakat Qaseh. Hhmm budak-budak ni. Happening sungguh. Suara hati Puan Arifah Jazmin bersama senyuman gelihati dengan perangai anak-anaknya. Ditambah pula dengan adanya Rayyan, memang makan hati saja lah si Qaseh tu.

_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_

tadaaaaaa.. siap jugak bab 2.. hehehehe tapi rase macam ade yang kureng la.. hohohoho but nevermind.. i akan "best"kan di bab akan datang.. hehehehe enjoy reading and i would definitely love your comments. kalau ada kekurangan dalam penulisan ni harap maaf. i'll improve my writings from here onwards.

banyak la pulak menceceh.. ehehehehehe pape pon thanks 4 da support..

~PeAcE  y'aLL ~

Tuesday, May 28, 2013

Indahnya Anugerah illahi - Bab 1


Suasana ditepi tasik di Bukit Layang-layang petang itu sedikit sebanyak mendamaikan hati Qaseh yang sedang berkecamuk dengan pelbagai perasaan. Penat juga otak kecil ini mengarang pebagai bentuk ayat untuk diluahkan pada Ammar Asyraf, tunangan atau boleh di katakan sebagai bekas tunangan. Sementara menanti kehadirannya, Qaseh hanya memerhatikan keadaan sekeliling tasik yang riuh dengan kehadiran beberapa keluarga yang sedang beriadah.  Ada juga yang berjumpa teman-teman barangkali. Tidak ketinggalan mereka yang berpasangan tidak segan silu bertepuk tampar di khalayak ramai. Qaseh, jangan pandang negatif pada orang. Mungkin itu pasangan suami isteri. Nah, lihat itu. Mungkin kanak—kanak yang berlari mendapatkan mereka itu anaknya. Bisik hatiknya menegur akal yang berprasangka. Melihatkan ketenangan tasik di Bukit Layang-layang ini sedikit sebanyak, hati yang sedang bengkak dengan pelbagai rasa ini surut dengan perlahan-lahan. Ditambah pula dengan hembusan angin yang sepoi-sepoi menyapa kulit wajah.

“Assalamualaikum sayang, lama Qaseh tunggu abang?” Ucap Ammar Asyraf sebaik tiba disebelah ku.

“Wa’alaikumsalam.” Jawab ku pendek. Muka yang tadinya kusut dan tegang cuba ku tenangkan. Senyuman yang terukir dibibir sedaya mungkin cuba ku maniskan.

“Kenapa ni sayang? Senyum pun macam nak dengan taknak je? Ingatkan nak jumpa sebab sayang rindukan abang. Tapi lain pula jadinya. Cuba khabar kat abang apa dah jadi sebenarnya ni? Sayang ada masalah?” Soal Ammar lagi dan kali ini lebih serius. Wajahnya ku pandang sayang. Tapi mana mungkin mahu ku turutkan kata hati. Hhmmm. Aku mengeluh sendiri.

“Kenapa mengeluh pulak ni sayang? Sayang tahu tak abang berkejar dari office ke sini semata-mata nak jumpa sayang. Ingatkan sayang rindukan abang. Tapi sebaliknya, muka yang tak manis, senyum yang hambar dan sekarang ni mengeluh pulak? Sayang jangan la buat abang risau. Cuba bagitahu abang kenapa sebenarnya ni.” Pujuk Ammar bertali arus.

Aku hanya tersenyum mendengar bebelannya. Mungkin ini kali terakhir dapat ku dengar tiap patah kata yang terluah dari bibir itu. Maafkan Qaseh abang, Qaseh tak mampu nak membantah keputusan abi. Tapi ayat itu hanya sempat terluah di dalam hati kerana mulutku benar-benar terkunci. Lidahku juga kelu. Namun, ku gagahkan jua untuk meluahkan apa yang terbuku dihati demi abi dan umi. Juga demi dia, Ammar Asyrafku.

“Rasa sekejap saja kan masa berlalu. Kejap je dah  6 bulan Qaseh jadi tunang... Ammar” susah benar untuk ku menukar panggilanku untuknya dari ‘abang’ kepada panggilan nama. “Sebelum tu, Qaseh nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ampunkan salah dan silap Qaseh selama ini. Halalkan juga apa yang dah termakan, terminum bahkan terambil dari Ammar.” Mendengarkan ucapanku, riak wajah Ammar bertukar serius.

“What’s with the name? Kenapa tukar panggilan? Kenapa tak panggil abang macam selalu? Apa, Qaseh dah tak sayangkan abang lagi ke?” soal Ammar bertalu-talu. Tapi aku hanya mampu menundukkan wajah. Tidak mampu rasanya untuk aku menatap wajahnya yang sayu dan penuh rasa kecewa. Tapi aku harus kuatkan diri. Aku harus mendepani dia demi abi dan umi. Ku angkat juga wajah yang menghangat membendung rasa sedih yang mungkin akan menyebabkan gugurnya airmataku ini. Aku pandang wajahnya yang juga memerah. Sedih barangkali. 

“Maafkan Qaseh, Ammar. Qaseh terpaksa. Terima kasih untuk selama ini. Kehadiran Ammar dalam hidup Qaseh selama  6 bulan ini sangat menggembirakan hati Qaseh. Kasih sayang yang Ammar beri sangat-sangat Qaseh hargai. And i’m happy with it. Terima kasih banyak-banyak sebab happy kan Qaseh. Ammar banyak ajar Qaseh tentang hidup ni, tentang cinta, kasih dan sayang serta rindu. Ammar juga yang ajar Qaseh erti kesabaran. Thanks for that beautiful moment.” Tuturku bersama airmata yang tak mampu lagi aku bendung. Aku hadiahkan juga senyuman yang cukup ikhlas dari hati hanya untuk insan istimewa di hatiku ini. Ammar Asyraf.

“Wait, ni apa kes ni? Tiba-tiba berterima kasih bagai. Then, terpaksa? Apa maksud Qaseh?” soal Ammar ingin tahu duduk perkara sebenar sehingga aku menuturkan kata-kata seperti itu padanya. Mungkin juga hatinya mula melagukan kesangsian dan kebimbangan. Aku tahu selama ini dia tak pernah silap dalam menilai situasi. Dan kali ini juga aku tahu dia pasti dapat meneka apa yang telah terjadi.

“Ammar, Qaseh harap selama Qaseh jadi tunang Ammar ni, Qaseh dah dapat gembirakan hati Ammar. Qaseh harap selama ini Qaseh tak menyusahkan Ammar.” Nyata ku bersama perasaan yang sebak. Airmata yang ku tahan sedari tadi, gugur juga membasahi pipi.

“Sayang cakap apa ni? Abang tak faham lah. Selama ni abang happpy sangat-sangat. Tak pernah terdetik walau sekali pun dihati dan fikiran abang yang Qaseh ni menyusahkan abang. Kenapa tanya yang bukan-bukan ni? Atau selama ni Qaseh yang terbeban dengan kelakuan abang? Kejap! Apa ni? Abang pening lah. Cuba bagitau abang hal yang sebenarnya. Jangan banyak kona boleh?” Soal Ammar bertalu-talu dengan muka yang berkerut-kerut. Aku tak pasti samada kerutan di dahi Ammar itu tanda pening dengan apa yang aku cuba sampaikan atau tanda bermulanya kemarahan Ammar.

“Baiklah. Sebenarnya Qaseh nak bagitau Ammar, hubungan kita dah berakhir hari ini, detik ini. Dan Qaseh nak Ammar teruskan hidup seperti biasa tanpa Qaseh dan nak berterima kasih pada Ammar untuk setiap detik yang menggembirakan hati Qaseh selama Qaseh jadi tunang Ammar. That’s all” jawab ku senafas. Tapi tidak pula pada Ammar. Mukanya mula kemerahan tanda marah atau mungkin kecewa dan sedih dengan apa yang aku ucapkan.

 “Qaseh, sampai hati Qaseh buat abang macam ni. Apa pula salah abang sampai Qaseh nak putuskan ppertunangan kita? Kalau hal dulu yang abang keluar dengan Leeza jadi puncanya, abang dah minta maaf kan dan abang janji abang tak buat lagi. Abang tau abang salah. Abang tak patut buat Qaseh macam tu. Tapi setahu abang, itu je kesalahan yang penah abang buat. Tapi tolong lah, jangan minta putus tunang. Abang sayangkan Qaseh dan akan sayangkan Qaseh sampai bila-bila. Silap abang Cuma satu tu je. Tak mampu nak tolak permintaan bonda untuk bawa Leeza keluar makan. Tapi Qaseh pun tau kan, time tu i had no choice. I’m sory sayang. Please let me make it up to you. I am really really sory. Please sayang..” rayu Ammar Asyraf berkali-kali tapi aku harus pekakkan telinga. 

Demi abi dan umi, akan aku turutkan jua permintaan mereka. Lagi pun, ini takdir yang Allah dah tentukan untuk aku. Inilah jawapan dari solat istikharah yang aku buat berkali-kali. Ketetapan hati untuk berpaling dari Ammar walaupun di dasar hati yang paling dalam, rasa kasih dan sayang masih berputik dan semakin berkembang mekar. Cuma aku tak faham kenapa begini. Telah ku minta pada Allah, andai dia bukan untukku maka hapuskanlah rasa kasih dan sayang yang menyemarak ini. Tapi, kenapa rasa ini semakin kuat? Tak mengapa, aku yakin dengan ketentuan Allah, sayang cuma bahagia itu bukan milik kita sekarang.

“Maafkan Qaseh.... Ammar..” aku terdiam sebentar sebelum menyambung. “Qaseh terpaksa pilih antara Ammar dan abi. Sampai mati pun, pilihan Qaseh tetap abi kerana abi lebih berhak keatas Qaseh. Macam tu juga dengan Ammar, syurga Ammar dibawah telapak kaki bonda. Qaseh tak mahu jadi punca keretakan hubungan Ammar dan bonda. Biarlah Qaseh undur diri. Qaseh juga tahu hati ini akan mati tanpa Ammar tapi, Qaseh yakin dengan ketentuan Allah. Biarlah kita berkorban untuk gembirakan perasaan ibubapa kita selagi mampu Ammar sebab kita tak tahu bila lagi kita dapat berbakti pada mereka.” Aku terdiam sebentar untuk mengambil nafas serta menyusun ayat terbaik untuk diperdengarkan pada Ammar Asyraf.

“Walau apa pun yang berlaku antara kita, kita masih boleh berkawan kan? Sebab Qaseh tahu, Qaseh takkan mampu untuk tinggalkan Ammar unless you are the one who left me. Ammar masih ingat kan, dulu Qaseh pernah janji, Qaseh takkan tinggalkan Ammar tapi nampaknya kali ini, janji itu terpaksa digubal dari janji kekasih kepada janji seorang sahabat. Qaseh takkan tinggalkan Ammar. Ammar sahabat Qaseh tika Qaseh susah dan senang. Ammar juga sahabat Qaseh dunia dan akhirat. Bolehkan Ammar jadi sahabat Qaseh?” soalku pada Ammar yang hanya mendiamkan diri sedari tadi. Mungkin sedang berfikir akan rasionalnya tindakan yang aku ambil ini.

Lama keadaan terbiar sepi. Hari pula semakin gelap. Jam ditangan ku kerling. Sudah jam enam setengah petang. Lagi setengah jam saja maghrib bakal menjelma. Wajah Ammar aku pandang sekilas. Tak mampu nak pandang lama-lama akan wajah yang sedang sendu itu kerana ia hanya akan merobek lagi rasa hati ini yang sudah sedia rabak.

“Baiklah Qaseh, let us be friend. In fact, we are still good friend, aren’t we?” soal Ammar bersama senyuman hambar.

Aku turut membalas senyumannya dan mengangguk mengiakan soalannya. “Urusan pemulangan cincin dan hantaran yang lain abi dah uruskan lepas zuhur tadi Cuma Qaseh nak minta Ammar halalkan satu benda je yang dah sebati dengan diri Qaseh.” Pintaku sambil merenung jam tangan rolex gold yang tersarung cantik ditangan kananku.

“Ammar halalkan apa saja yang Qaseh ambil. Ammar tau Qaseh sayangkan jam tangan tu. It is yours after all. Kalau ikutkan hati, Qaseh tak perlu pulangkan hantaran tu semua. Itu kan hadiah dari Ammar buat Qaseh. Tapi tak mengapa. Ammar redha. Ammar juga yakin, andai jodoh kita kuat, kita pasti bersama suatu hari nanti kan. Only time will tell. Apa-apa pun Ammar doakan Qaseh bahagia. Tolong juga doakan kebahagiaan Ammar ye Qaseh.” Pinta Ammar di hujung ayatnya lantas bangun dan berlalu pergi. Aku pula hanya memandang sehingga kelibat Ammar hilang dari pandangan. Aku tahu dia terluka. Aku juga turut terluka malah lebih parah darimu Ammar. Berusahalah untuk kebahagiaan sendiri. Bisik hatiku pada angin yang menderu supaya menyampaikan pesan hatiku pada Ammar Asyraf. Sesungguhnya kau tidak mengetahui betapa gembiranya bondamu dengan keputusan ini Ammar. Andai saja kau tahu, pasti luka kecewa di hatimu lebih parah.

Perasankan kehadiran Nissan GTR merah hitam Afiq, Qaseh bangun dan bergerak ke kereta. Sejurus masuk ke dalam kereta, abang ke empatnya ini menayangkan senyuman simpati. Faham akan situasi yang dilalui oleh adik bungsunya ini.

Afiq yang menyedari keadaan adiknya yang sedang bersedih hanya mampu menepuk dan menggenggam tangan Qaseh. Dan saat itu, terdengar esakan Qaseh.

“Sabar lah adik. Anggap saja adik dengan Ammar memang tak dijodohkan bersama. Allah maha mengetahui setiap sesuatu sayang. Sabar ye.” Pujuk Afiq.

Pujukan Afiq saja yang mampu meredakan keadaan Qaseh. Tak kira apa juga keadaan Qaseh, hanya pujukan dan kata-kata dari Afiq saja yang mampu melegakannya. Mungkin kerana mereka rapat sejak dari kecil malah jarak umur mereka juga tidak jauh berbanding dengan abang-abang yang lain.

“Abang tau pilihan abi adalah yang terbaik untuk adik. Abang yakin dia akan jadi suami yang baik untuk adik abang ni. Dia pun sayangkan adik sangat-sangat. Dari kita kecil lagi dia dah taruh hati pada adik Cuma adik je yang tak perasaan or should i say tak mahu ambil endah keadaan sekeliling.” Tambah Afiq lagi. Sedangkan aku pula hanya mampu melongo sekejap tanda terkejut. What??? Abang Afiq kenal dengan pilihan abi untuk aku? Ish suspen ni. Bisik hatiku gundah.

“Dah, tak usah nak terkejut sangat lah dengan buat muka macam itu. Hahaha lawak lah adik ni. Macam katun tau? Tapi katun yang tak berapa nak comel la sebab hidung dengan pipi adik merah sangat. Hahahaha macam badut pun ada” usik Afiq.

“ala katun-katun pun adik abang Fiq jugak kan. Huh” balas Qaseh. Mulut dimuncungkan tanda tak puas hati tapi sekejap sahaja sebelum mula mengorek hal sebenar dari Afiq. “Dari cara abang Fiq cakap ni macam kenal saja siapa yang abi pilih untuk jadi suami adik.” Tambahku lagi dengan harapan ayat pancingku mengena.

Afiq hanya mengangkat bahu dan mempamirkan senyuman mengusik tanda tak mahu bagitahu Qaseh.
Melihatkan kebisuan Afiq, Qaseh pun malas mahu meneruskan pertanyaannya. Dia hanya memandang keluar sambil membayangkan dirinya dikahwinkan dengan orang yang tidak dia cintai malah mungkin tidak dikenali. Urghh menyeramkan. Tanpa Qaseh sedar, pintu kereta di tempatnya sudah dibukakan dan Afiq bercekak pinggang.

“Oii makcik bulat, berangan pulak dia. Taknak turun ke? Ke nak minta cik Abang Rayyan awak tu dukung?” tanya Afiq sengaja menguatkan suaranya kerana perasankan kehadiran Rayyan dengan abangnya Afif di taman mini bersebelahan garaj. Niatnya saja mahu mengusik adik bungsunya ini.

“huh, sejak bila pula abang Fiq kat luar ni? Dan apa hal pula nak suruh mamat creick tu dukung bagai. Allah dah anugerahkan adik kudrat untuk berjalan sendiri. Tak payah nak dukung sangat lah. huh” bebel Qaseh. Lantas saja telinganya jadi mangsa dipiat Afiq. “aduh! sakit la Fiqa” jerit Qaseh. Afiq yang mendengar panggilan Qaseh yang mula bertukar menguatkan lagi tarikan pada telinga Qaseh.

“tu la berangan je tahu. Mana nak sedar kita dah sampai rumah. And one more thing, don’t ever call me with that name or else.” Tegas Afiq pada Qaseh yang sedang menggosok telinganya yang kesakitan.

“or else what Fiqa?” tanya Qaseh lagi dan dengan selamba sambil membuat mimik muka yang menjengkelkan hati abang kesayangannya ini. Dan sepantas itu juga dia berlari masuk ke dalam rumah untuk mengelakkan Afiq dari membalas. Pangilan 'Fiqa' memang sengaja dia gunakan walau pun dilarang keras oleh Afiq. Tanpa sedar, dalam lariannya, Qaseh terlanggar seseorang lantas sama-sama jatuh berpelukan di depan pintu.

Afiq yang melihat hanya ketawa sukahati. Sempat juga dia berkata “padan muka, tu la dolat. Siapa suruh lawan cakap abang Fiq. Amek jajan. Allah bayar cash tau” dan menyambung tawanya. Sedang Qaseh pula hanya memejam mata. Dalam hati tertanya-tanya juga kenapa tak sakit? Ye lah kan. Dah namanya jatuh mestilah sakit. Tapi ini tidak. Hmmm musykil ni.

Sedang Qaseh berkira-kira mahu membuka mata, terdengar suara garau yang agak menyakitkan telinga kerana Qaseh kenal akan suara itu.

“Amboi-amboi, sedapnya dia landing atas kita. Siap pejam mata segala. Menikmati kehangatan tubuh aku ke bulat?” tanya Rayyan dengan suara yang sengaja dijengkelkan sedang dalam hati hanya Allah saja yang tahu betapa laju jantungnya berdegup. Perkataan bulat memang sengaja dikuatkan kerana hanya itu saja cara untuk mendapat tindakbalas dari Qaseh dan panggilan ‘bulat’ itu juga memang sinonim dengan Qaseh sejak dari mereka kecil lagi.

Mendengarkan suara itu, mata Qaseh lantas terbuka dan dia berusaha mahu bangun untuk melepaskan diri namun pautan tangan Rayyan pada pinggangnya diperkemaskan lagi membuatkan usahanya sia-sia.

“ish lepas la. Orang nak bangun la ni. Siapa suruh duk tercegat kat tengah-tengah pintu macam tunggul kayu. Kan dah kena langgar. Ke memang dah diterima untuk jadi jaga tak berbayar kat rumah ni?” Jawab Qaseh dengan bibir yang dicebikkan dan berusaha sedaya upaya untuk melepaskan diri dari rangkulan Rayyan.

Kan betul. Sebut saja perkataan bulat, memang berjaya membangkitkan kemarahan dan bebelan Qaseh padanya. Jika tidak, hanya sepatah dua kata yang terucap dan itu pun jika bernasib baik. Di waktu lainnya hanyalah jelingan bersama jeliran lidah yang menjadi tatapan.

Tanpa sedar, adegan itu jadi tontonan seisi rumah termasuk mama dan papa Rayyan yang berkunjung untuk menetapkan tarikh pernikahan Rayyan dan Qaseh. Masing-masing menahan gelihati dengan telatah Qaseh dan Rayyan. Manakan tidak, Qaseh dengan muka yang dicemberutkan dan Rayyan dengan perangai yang suka mengusik.

“ehhemm. Macam ni kita kene percepatkan lagi tarikh nikah mereka berdua ni Leef. Kalau tak lagi haru jadinya” suara Dr. Hasif, papa Rayyan pada abi. Tuan Qaleef ini pula hanya tertawa suka dan mengangguk tanda bersetuju sedang yang lain hanya tersenyum. Ishh malunya. Ya Allah. Sengalnya kau Qaseh. Eh bukan aku la, mamat creick ni yang ambil kesempatan. Hati dan otakku semppat bertelagah.

Rayyan yang baru tersedar dengan deheman papanya cepat-cepat melepaskan Qaseh dan berdiri. Qaseh pula, bertambah cemberut dan merah mukanya menahan malu dan sakit hati. Dalam hati dah berbakul-bakul sumpahan dikenakan pada Rayyan. ‘gatal! Miang! Ulat bulu! Lintah darat! Amek kesempatan. Huh menyampah. Eh, lintah darat bukan ‘ahlong’ ke? Ah lantak. Boleh je guna. Sesuai sangat dengan mamat creick ni’ Bebel Qaseh dalam hati sambil bangun. Laju saja kakinya melangkah menuju kearah papa dan mama Rayyan untuk bersalam. Setelah selesai, dia meminta diri naik ke bilik untuk mandi dan bersiap untuk makan malam bersama.

Ketika melangkah ke tangga, matanya sempat juga melirik pada Rayyan yang sedang berbual dengan Afiq dan Afif. Aqil dan Aisy je tak ada. Mungkin abang Aqil masih di pejabat agaknya, abang Aisy pula masih belum sampai kot. Teka Qaseh di dalam hatinya.

Rayyan yang menyedari lirikan Qaseh, mengenyitkan matanya sambil tersengih dan mengembungkan pipinya tanda mengusik ‘bulat’ atau kata lainnya gemuk. Huh!! Aku tak gemuk la mangkuk. Terus saja jelingan tajam dihadiahkan seraya dengan lidah yang sengaja dijelirkan tanda meluat dan melajukan langkah naik ke tingkat atas. Penat melayan mamat creick itu. Bukan penat fizikal tapi penat mental. Haish apa lah nasib bertembung dengan mamat tu hari ni.

***************************************

P/S:-

hohoho Alhamdulillah.. siap pun 1 bab.. minta tunjuk ajar andai ada terkurang dan tersilap. saya baru lagi dalam bidang ni. saja suka-suka nak memenuhkan masa yang terluang. harap sudi comment.

Thanks



Monday, May 20, 2013

Hobi Baru Yang bakal menjadi cita-cita.. hehe

Assalamualaikum dan salam mesra 1 Malaysia.. chewah.. semangat terlebih.. kehkehkeh..

hhmmm lame jugak aku tak enter blog ni kan.. so kali ni.. dikesempatan yang ada ni.. nak post sket tentang my new hobby yang akan jadi goal aku... InsyaAllah.. moga-moga Allah permudahkan.. hehehe

yang tahu akan hobi baru aku ni just my SaYanG and my nephew. yang lain belum tahu lagi. asalnya saja suka-suka nak mencuba but then bila dah lengkap 1 scene tu macam best lah pulak. so bila dah rasa best ni memang akan diteruskan lah.. hehehehe

banyak pulak membebel tapi tak gak bagitau apenye kan.. huahahahaha sengal gak eden ni.. hehehe hobi baru aku ialah........ jeng jeng jeng.... MENULIS. (menulis???????) heheehe pelik kan.. tapi nak wat cane.. dah tersuka menulis a.k.a pengarang cerita.. hehehehe GOAL? of course la nak jadi novelis.. tapi.. belum tahu lagi berjaya ke tidak.. TAPI akan dicuba dan diusahakan sampai berjaya! InsyaAllah.

cheh, baru siap 1 scene angan-angan dah tinggi melangitye? huahahaha well, tu la yang dinamakan penguat semangat. memang lah nak berjaya bukan senang tapi.. mudah-mudahan ape yang aku nak buat ni menjadi. mungkin lambat sikit tapi aku yakin pasti that one day i will become a novelis. either part-time novelis or full time novelis, not so sure 'bout it. heheehe nanti siap bab-bab yang dah di edit, eden upload dalam blog ni untuk tatapan sesiapa yang berminat dan accidently terjumpa blog ni la kan.. hehehehe nk promote lebih-lebih sogan lah pulak.. kihkihkih ye ler almaklum.. newbies lagi dalam buat blog ni.. belum perfect or in other words, belum cantik. hehehehe. 

apa-apa pun, doakan lah ye semoga apa yang eden buat sekarang ni menjadi dan hehehe tunggu jek lah... akan di update nanti... well tu je yang nak habaq kat sini..

see ya!!


Friday, May 03, 2013

Retak yang kian rekah

Di tengah-tengah kesibukan dengan paper work, tiba-tiba teringat akan keretakan hati pada minggu lepas yang tak sempat aku update.. huuhuhu sadis... timbul penyesalan tapi biase la kan.. penyesalan di akhir waktu tak de ertinye.. huhhh 

Kalau nak di rekodkan, ini situasi yang ke-2 blaku pd aku involving "manusia" yang same just in a different time and with a different people. dulu without kehadiran suami terchenta.. tapi kejadian last week (28-04-2013 di Melaka), dengan kehadiran beliau tapi still sakit sangat.

Satu, sakit sebab dulu dia pernah kate, anadai ade manusia2 yang bermolot longkang cuba mengacau bilau kan hati dan perasaan ku, akan ditentangnye even "SEDARA" dia sendiri... tapi Last Week... HAMPA.. dia hanya biarkan... tapi tak apa... aku seorang yang kuat... (tapi dalam pade tu berbakul-bakul gak sumpah seranah naik atas kepala manusia molot longkang tu) huahahahahahaha >=)) ade aku kesah???? tapi dalam ati jek la.. takkan depan pak mertua nak serambung orang tua sengal tu.. huhuhu 

Dua, memang la sakit sebab isu yag di tegur tu melibatkan diri aku, hati aku, peribadi aku dna segala-galanya la tentang aku. hhmmm senang cerita kejadian Retak yang kian rekah ni ialah hati aku sebenarnye... pade aku.. aku tak kisah macam mane pon fizikal aku janji aku bahagia dan tak nyusahkan orang sekeliling aku!! time kene "sound" tu kan, nak jek aku jawab balik pade manusia durjana tu:-

cara lembut: "Alhamdulillah, Allah senang kan hati saya dan sihatkan tubuh badan saya dan yang penting saya tak sakit dan nyusahkan orang sekeliling saya. Allah bagi kudrat untuk berusaha. Andai apa yang diminta tu Allah tak makbulkan, bermakna ada something yang Allah nak bagi sebagai ganti. tapi kalau lambat Allah grant kan permintaan tu, bermakna Allah mahu menguji tahap kesabaran dan ketaqwaan saya. Buat masa ni saya syukur sangat2 sebab saya masih Allah sayang!"

cara kasar: "i don't give a damn!! suka hati saya la nak gemuk ke nak kurus ke.. ade saya susahkan makcik?? tak de kan... so mind your own business! will ya?" huhh "dan lagi satu, anak itu anugerah Allah yang Esa. All i've to do is berusaha. atas Allah nak bagi awal ke lambat. WHO are we to judge someone. makcik ade otak kan?? lu fikir sendiri la..."

TAPI, aku tak buat cam ape yang aku nak buat... aku just senyum saket (senyuman dalam menahan malu dan marah at the same time). sebab aku tau kalau aku menjawab, nanti aku akan di label kurang ajar dek my in-laws kan.. so better diam jek.. aku tengok muka mi sis-in-law.. huhuhuhu aku tau dia tau ape yang ada dalam otak n hati aku time tu.

what to do... semua dah berlalu.. JUST aku takkan jejak lagi ke sane... bagi la alasan ape pon.. memang takkan aku pergi... kalo pergi pon...(sebelah in-laws la kan) rumah mak andak jek.. tempat lain?? tengok keadaan.. tengok hati.. dan yang penting tengok mood.. sebab takut aku tak boleh handle perasaan aku time kene serang ngan situasi yang same lagi.. hari tu makcik tu bernasib baik.. memang betul2 bernasib baik.. if not.. huhhhh memang berdas-das dah aku bagi.. nak bagi makan kaki melampau sangat la pulak kan walaupon pade hakikat nye memang patut and selayaknya pon orang macam tu dapat. huhuhu

SEKARANG ni.. hati aku yang retak kian rekah tu maseh merekah tanpa sebarang plaster!! sebab?? sebab aku dah malas.. aku dah give up.. hanya berserah.. andai ada rezki dari Allah, ada la .. andai tak ade.. redha jek... ape yang penting.. i wanna live my life to the fullest before tamatnya riwayat hidup di dunia ni... InsyaAllah... masih ada sinar mentari selepas mendung berarak pergi.. takpon.. paling-paling pon  HUJAN PANAS.. hujan but still maseh ade matahari yang memunculkan diri.. haahhaha aku da start merapu...


ok la.. sekian jek sesi luahan hati buat mase ni,

adios mi mor!!!

so, ni lagu Kid Rock yang banyak menguatkan semangat aku.. dari dulu lagi.. memang lagu ni buat aku puas tika i'm feeling down.. enjoy!!!