Pagi yang sangat indah. Bertambah
indah dan bahagia hidup ini kalau dapat pergi mandi-manda. Hhmmm tempat mana
best? Air Terjun Kota Tinggi atau Gunung Ledang? Ke mahu ke pantai? Dua pilihan
juga, samada Tanjung Balau atau Desaru. Pening, pening, pening. Kalau ikutkan
hati dan semangat yang gah hari ini, rasa macam nak pergi ke semua tempat tu.
Hohoho jangan tamak Qaseh. Kau bukan ahli silap mata yang boleh blink sekejap
sini lepas itu blink sekejap dah dekat sana .
“Hoi bulat!”
Sergah satu suara sumbang dan
cukup sumbang untuk mengejutkan Qaseh yang sedang merancang percutian hujung
minggunya sampai tergolek kawan tu dek kerana terperanjat.
“Apa hoi, hoi? Tak ada adab ke
ha? Masuk rumah orang tak bagi salam lepas tu siap hoi-hoi kan tuan tanah segala. Nak ni?” Marah Qaseh
sambil menunjukkan sikunya. Aduh! Sakit punggung aku. Memang dasar mangkuk
tingkat. Nasib baik tak tinggi, setakat kerusi saja. Buatnya aku tengah duduk
berangan kat balkoni atas, uishh mintak selisih. Boleh arwah kalau jatuh. Huh!
“Ish, Ish, Ish.. garangnya makcik
bulat pagi ni.” jawab Rayyan sambil tersengih. Nasib baik aku jauh, kalau tak
cacat lagi muka aku dek penangan minah ni. “Tu apa lagi yang dibebelkan tu
sampai terjuih-juih muncung itik kau tu. Kutuk aku ya?”
“Huh! Memang pun tengah mengutuk.
Ada masalah?”
Punggung di kibas untuk menghilangkan debu pasir yang melekat. Muka Rayyan yang
tersengih dipandang sekilas. Ish! Apa jugak la yang mamat ni nak? Pagi-pagi dah
tercongok dekat rumah orang. Semalam dah datang, hari ni datang lagi. Buat
semak je! Sempat juga Qaseh membebel dalam hati.
“Ni nak apa sebenarnya ni?
pagi-pagi dah sibuk dekat rumah orang?” soal Qaseh kasar.
‘nak apa? Nak kau lah. Eleh,
bukan rumah orang lain pun, bakal bini gak’ jawab Rayyan antara dengan dengan tidak.
“Apa kau cakap?” soal Qaseh lagi tak puas
hati. Iyalah, sok-sek sok-sek entah apa-apa, yang aku dengar ‘bini’ je. Erk!
Bini?
“hehehe tak ada apa-apa lah. Kau
aja yang pekak.” Rayyan seperti biasa, senyuman maut tahap manis terlebih gula
sentiasa mekar dibibir. Dalam pada itu, ada saja yang nak di usiknya. Senang
cerita, kalau sehari tak usik Qaseh, tak tentu hala jiwanya. Sejak dari kecil
dan dah jadi kebiasaan.
“Haii Love birds, pagi-pagi dah
gaduh. Eh Adik, kau pergi siap sekarang. Lambat, aku tinggal je.” Afif bersuara
tenang mendekati pasangan kurang sejoli itu. Rayyan pula hanya menayang sengih.
Malas nak cakap lebih-lebih.
“Nak pergi mana? Orang baru nak buat
rancangan tapi dah tergendala sebab mamat creick ni.”
“Jangan banyak soal. Pergi je
siap-siap. Bawa baju spare sekali. Bekal Afiq dengan paksu dah sediakan.” Arah
Afif dan berlalu bersama Rayyan menuju ke garaj.
Qaseh masih terpinga-pinga.
Otaknya mungkin kurang berfungsi akibat sergahan Rayyan tadi. Mata masih
terkebil-kebil memandang dua manusia itu melangkah pergi.
*************************
Kenapa pulak lah sayang aku
sorang ni tercegat macam patung cendana kat tepi kolam tu? Dah lah sipi-sipi
aje dengan tebing kolam. Kalau terkucil tak ke naya. Bebel hati En. Qayyum
sambil melangkah mendekati Qaseh.
“Sayang, kenapa tercegat kat sini?
Pergi lah siap. Takkan nak pergi mandi-manda pakai macam ni?” tegur En. Qaiyum
sambil memaut bahu Qaseh dan menariknya menjauhi tebing kolam.
“Paksu….. terkejut orang tau. Ni
nak pergi mana sebenarnya ni?”
“Pergi mana lagi. Pergi bersantai
menenangkan minda dan hati yang bercelaru.” Jawab En. Qayyum sambil tersenyum.
“Ya lah tapi ke mana destinasinya
wahai old boyfriend kesayanganku?”
“Kamu ni, kan pagi tadi paksu dah bagitau. Kamu lupa
ke atau sememangnya kamu tak dengar apa yang paksu cakap masa tu?”
“Haaa paksu cakap apa?” Sah budak
Qaseh ni tengah berangan. Penat aja aku suarakan hasrat hati. Adeii…
“Kita nak pergi Gunung Ledang.
Paksu dah suruh Aisy book bilik di Ledang Resort hari tu. Kalau kita gerak
sekarang, tengah hari sampai lah sana .
Kalau lambat rugi sayang.” Terang En. Qayyum panjang lebar. Tangannya pantas
mencubit pipi Qaseh yang tembam dan mulus itu. Geram sangat. Orang cakap dia
boleh buat muka blur. Hai la budak sorang ni.
“owh ye ke? Serius ni nak ke
Gunung Ledang?” Kali ini Qaseh terlebih semangat. Baru dapat balik semangat
yang hilang sebentar tadi agaknya.
“Iya sayang. Dah cepat siap.
Semua dah ready, kamu je yang corot.” Kepala Qaseh di usap sayang dan berlalu
menuju ke garaj.
Qaseh pula bagai dah tak cukup
tanah berlari. Nak cepat siap punya fasal.
****************************
“Dan, aku macam nak pergi camping
lah. Kita ke Kota
jom.” Ajak Faiq pada sepupunya merangkap sahabat baik, Daniel. Di dalam
mindanya dah terbayang keindahan hutan dan air terjun Kota Tinggi yang dingin.
Senyuman manis terukir.
“Boleh jugak. Boleh ajak Afiq
dengan Falah sekali. Dah lama jugak kita tak hang out berempat.” Jawab Daniel
turut mengutarakan cadangannya.
Mendengarkan nama Afiq, muka Faiq
yang tadinya sedikit teruja dan gembira kini mendung seketika sebelum menayang
senyum hambar. Apa taknya, bila ingat Afiq mesti ingat Qaseh. Iyalah kan , dari Afiq lah dia
kenal Qaseh dan kerana Afiq juga Qaseh jadi miliknya. Dan sekarang…hhmmm.
“Jangan lah muram beb. Apa yang
jadi between kau dengan Qaseh tak melibatkan persahabatan kita dengan Afiq. Kau
kena ingat tu.” Nasihat Daniel pada Faiq. Dia tahu memang sukar untuk Faiq
menerima hakikat bahawa sekarang Qaseh dan dia hanya boleh berkawan dan tak
lebih dari itu. Itu permintaan Qaseh sendiri. Namun apakan dayanya, dia hanya
mampu menegur dan menasihati mana yang patut. Selebihnya atas ihsan diri
sendiri juga.
“Aku tau itu. Aku just… susah nak
lupakan hubungan kitaorang. Lagi pulak nak tukar status dari bercinta kepada
sahabat semata-mata. It’s hard ya’ know. Apa aku buat semua terkenangkan dia.
Even nak makan pun masih lagi ingat kat dia.” Luah Faiq.
“Terkenang tak salah beb. Tapi
kau kena juga fikir, dia ada ingat kat kau tak? Kau pun tak tau kan ? So the best way is
to set your mind that she’s no longer yours. Anggap je satu pembaziran kalau
kau ingat kat dia selalu sebab entah dia ingat kat kau entah tidak. Dari situ,
kau akan rasa relief. Trust me bro, I know.”
Bahu Faiq ditepuk berulangkali dengan
harapan, dia akan sedar betapa selama ini hanya dia yang merindu. Qaseh? Who
knows. Entah-entah dah kahwin pun dengan pilihan keluarga dia. Telah Daniel
tapi hanya untuk dirinya sendiri. Untuk berkongsi telahannya dengan Faiq, tak
mungkin. Tak sanggup nak tengok muka sedih Faiq Asyraf.
“Macam ni lah kawan, apa kata
kita pergi jauh sikit. Gunung Ledang perhaps atau kau nak ke Gunung Tahan?” Aju
Daniel.
“Haaaa Gunung Ledang, Gunung
Ledang.. Ija nak ikut. Bestnya!!” Ungku Aleeza menyampuk dengan gaya teruja.
“Ish sibuk lah makcik ni. Mengacau
aje. Ini plan orang lelaki. Orang perempuan duduk dapur belajar masak.” Sindir
Daniel pada adik sepupunya itu.
“Eleh, Abang Dan ni kecoh lah.
Abang Asy tak cakap pun tak boleh ikut kan
abang Asy.” Aleeza dah menggedik duduk di sebelah Faiq sambil memaut lengan
jejaka itu.
Faiq yang tadinya kusut dengan
perasaan sendiri kini bertambah pening kepalanya. Baru sahaja mahu mengelakkan
tanggannya dari dipaut Aleeza, terpaksa dibatalkan niatnya apabila perasan akan
kehadiran bondanya bersama senyuman manis. Aduh, dugaan oh dugaan.
“Tak apa lah Asy, Dan. Biarlah
Ija ikut kamu. Ke Gunung Ledang aje kan
bukan Gunung Tahan.” Suara Datin Aira yang baru turun dari tingkat atas.
Menyatakan ayat yang lebih kepada arahan sebenarnya.
“Kamu boleh juga ajak Amira
dengan Husna untuk temankan kamu dekat sana
nanti Ija.” Cadang Datin Aira pada anak saudara-sepupunya yang sorang itu.
“Yes of course auntie. Memang nak
ajak diaorang pun. Hehe” jawab Aleeza dengan suara gedik bercampur teruja
kerana impiannya bakal jadi kenyataan.
“Baiklah bonda. Asy dengan Dan
akan bawa ‘budak terlebih hormon’ ni sekali.” Faiq mengiakan cadangan bondanya
sebelum mata beralih pada ‘budak terlebih hormon’ dan berkata “Make sure you
can keep up with us, if not I tinggalkan jek you dalam hutan tu nanti.”
Sehabis berkata, Faiq melangkah
menuju biliknya untuk bersiap. Tika berselisih dengan bondanya itu, sempat juga
dikucup sayang pipi bondanya. Manakala Daniel pula memohon diri untuk pulang
sebentar untuk mengemas kelengkapan untuk pergi camping.
Muka Datin Aira sedikit berubah
bila dengar gelaran yang diberikan Faiq pada anak saudara-sepupunya itu namun
senyuman kekal manis bila menerima kucupan sayang dipipi kirinya. Melihatkan
wajah masam manis Aleeza, senyuman dilebarkan.
“Ija jangan ambil hati ya sayang
dengan apa yang abang Asy kamu tu cakap. Dia bergurau.” Pujuk Datin Aira lembut
sambil menepuk-nepuk perlahan peha Aleeza.
“Ok auntie. Tak apa. Ija tak
kisah pun. Memang Ija terlebih hormon pun hari ni. Hehehe terlebih hormon
excited.”
Dengan jawapan yang terucap dari
bibir mungil Aleeza, Datin Aira tertawa juga. Harap-harap rancangannya untuk
menyatukan Faiq dengan Aleeza berjalan lancar. Biarlah budak Ija tu terlebih
hormon ke apa ke, asalkan bukan Qaseh yang jadi menantu aku. Detik hati Datin
Aira. Bukan tak suka tapi, untuk mengelak dari bertembung dengan seseorang yang
dah lama luput dari ingatannya.
“Maaf Datin, ada panggilan untuk
Datin. Dari pejabat katanya.”
Kehadiran Mak Enon mengejutkan
Datin Aira dari anganannya. Namun tak mungkin untuk memarahi pembantu rumahnya
itu yang telah lama berkhidmat. Aleeza pun entah kemana hilangnya. Mungkin
balik untuk bersiap.
“Terima kasih Kak Enon.” Ujar
Datin Aira dan menyambut telepon tanpa wayar dari tangan Mak Enon.
“Assalamualaikum Lin , kan
saya dah kata, hari sabtu jangan ganggu saya dirumah melainkan saya datang
of...”
“Wa’alaikum salam Aira. It’s been
a while.”
Datin Aira sudah terkedu. Suara
lelaki ditalian bukanlah dari setiausahanya dan panggilan itu bukan juga dari
pejabatnya.
“Huh!! Siapa ni? How do you know
my name?” soal Datin Aira sedikit panik kerana hatinya mengatakan bahawa dia
kenal suara lelaki disebalik talian itu.
Dari duduk di sofa, dirinya
terbangun kerana terkejut akan kehadiran panggilan yang tak diundang dari insan
yang telah lama mati dihatinya itu..
“I tau you mungkin dah hapuskan
ingatan you pada I tapi I tak pernah sekali pun lupakan you. In fact, I’d
missed you every single day.” Jawab lelaki itu tanpa mahu mengenalkan dirinya.
Dia tahu Datin Aira cam akan suaranya.
“Whoever you are, I don’t know
you and I don’t give a damn about it. Don’t bug me anymore or else you will
have to pay for the consequence!” Tegas Datin Aira dan terus memutuskan talian.
Tangan kiri memegang dada yang dari tadi bergegar dek degupan jantung yang
sangat laju.
Diakah? Tak mungkin. Tolonglah
Allah. Aku tak mahu lalui perasaan itu lagi ya tuhan. Jauhkan dia dari aku. Aku
tak nak. Aku tak nak. Ngongoi Datin Aira sendirian diatas lantai.
Faiq yang baru turun terkejut
melihat keadaan ibunya. Laju saja kakinya menapak mendekati Datin Aira. Bahu
wanita itu disentuh.
“Bonda..”
“Jangan sentuh aku! Jangan sentuh
aku! Pergi! Pergi!” jerit Datin Aira tak semena-mena.
“Bonda, kenapa ni? ni Asy la
bonda. Cuba
bonda buka mata dan tengok, ini Asy.” Pujuk Faiq sambil mengangkat tangan
bondanya dan menepuk-nepuk pipinya.
Datin Aira yang baru tersedar
lantas memeluk anaknya itu.
“Asy takkan tinggalkan bonda kan sayang? Asy akan
sentiasa ada dengan bonda kan ?”
“Ya bonda. Asy akan sentiasa ada
dengan bonda. Asy takkan sesekali tinggalkan bonda. Tapi bonda kenapa ni? tadi
elok je Asy tengok.” Telepon tanpa wayar di atas meja dikerling. Mesti ada kena
mengena dengan panggilan telepon tadi.
Soalan Faiq tidak dijawab. Tubuh
Faiq dipeluk kejap seperti tak mahu lepas. Faiq yang perasan keadaan bondanya
sudah sedikit tenang, melepaskan pelukan. Dahi bondanya dikucup sayang. Dipapah
bondanya untuk bangun.
“Bonda tak apa-apa sayang. Bonda
ok. Asy pergilah. Nanti lambat pula.” Airmata dikesat dan senyuman cuba
dimaniskan untuk anak kesayangannya itu.
“Bonda, how can I leave you like
this. Asy tak jadi pergi lah. Nanti kalau apa-apa jadi pada bonda masa Asy tak
ada macam mana?”
“Bonda ok sayang. Promise I’ll be
fine. No worries ok. Go and have some fun” Ujar Datin Aira sambil tertawa yang
diada-adakan.
“No and a big NO. Asy takkan
tinggalkan bonda. Takpun, bonda ikut Asy ya. Kita pergi Gunung Ledang. Asy akan
tempah bilik untuk bonda. At least, Asy ada dekat dengan bonda. If something
happens to you while I’m away, Asy akan berdosa dengan papa sebab Asy dah janji
dengan papa untuk jaga bonda. Please bonda… please… ikut Asy ya. Kita ajak mak
Enon sekali. Lagi pun dah lama kita tak pergi bercuti kan .” Pujuk Faiq panjang lebar dengan
harapan bondanya akan mengikutnya ke Gunung Ledang.
“Baiklah sayang. Bonda akan ikut
Asy. Tapi one night only. Esok bonda nak ke Melaka rumah tokwan kamu.”
“Yes!! Sayang bonda. So jom Asy
tolong bonda kemas baju.”
“Eh tak usah lah sayang. Bonda boleh
buat sendiri. Kamu pergi bagitau mak Enon kamu tu suruh dia bersiap. Beritahu
dia untuk bawa pakaian lebih sebab esok nak ke Melaka. Isnin baru balik sini.”
“Ok madam” Tabik spring diberikan
bersama senyuman mekar. Langkah diatur mencari mak Enon. Datin Aira pula hanya mampu
menggelengkan kepala dan tersenyum bahagia dengan telatah anak bujangnya itu.
Terlupa sekejap akan beban perasaan yang terlahir sebentar tadi.
*************************
‘Maafkan aku Aira. Suka atau
tidak, Gangguan rindu ini akan diteruskan. Faiq Asyraf tetap anak aku dan kau
juga akan jadi milik aku. InsyaAllah sayang. Just wait. Our fate will surely
crash on each other. In Allah’s will.’ Talian yang baru diputuskan memutikkan
senyuman diwajah En. Qayyum. Telepon bimbitnya di bawa rapat ke dada.
Sepertinya sedang menyatukan hatinya dengan hati wanita itu.
Tanpa sedar perbuatannya
diperhatikan seseorang. Namun untuk mengganggu momen indah yang sedang dialami
En. Qayyum, tidak sama sekali. Dirinya turut tersenyum dan berlalu.
“Maybe next time, paksu.” Ucap
Aqil.
No comments:
Post a Comment