Semoga semua ceria2 belaka.. hehe.. agak lama jugak kan tak update post baru IAI.. den bukan apo... tengah gather mood menulis yang dah scattered around sana sini.. kehkehkehkeh.. so here it is untuk tatapan kalian.. cuma nak inform.. hopefully lah before raya dpat upload lagi 2 or 3 chapter. insyaaAllah.. (kalau mood tak scattered@bersepah@bersepai lagi la) hehehehe
pada yang sudi komen, terima kasih sangat22222222... Wat komentar tegar karyaku, Kak Nor.. terima kasih tak terhingga untuk teguran dan nasihat serta semangat dan sokongan. "Jasamu akan tetap ku kenang boboiBoy".... Oopsss melalut suda.. hahaha jangan marah..
Terima Kaseh dan Sayang kamu semua!!!
*********************************
Dari kaki tangga laluan ke bilik,
keriuhan suasana di Café De Ledang terdengar meriah dengan suara-suara bergelak
ketawa. Disebabkan ini merupakan percutian keluarga, ditambah pula dengan
kehadiran insan yang rapat di hati Tuan Qaleef dan Puan Arifah Jazmin, suasana
bertambah ceria dan membahagiakan. Saat yang tidak mahu dilupakan. Kecerian
diwajah insan kesayangan terpancar di wajah. Berseri-seri muka Tuan Qaleef dan
Puan Arifah Jazmin.
Qaseh yang masih pegun di kaki
tangga, menatap moment indah itu bagai perakam video yang sedang merakam
keindahan suasana dan keceriaan wajah yang tersayang bersama senyuman dibibir.
‘Memang kebahagiaan abi dan ibu
adalah yang terutama. Adik akan lakukan apa saja untuk abi dan ibu. Walaupun
hati adik menangis pilu, adik tak kisah sebab abi dan ibu adalah segala-galanya
untuk adik.’ Bersama kata-kata yang lahir dari hati dan hanya bergema diminda
Qaseh, air matanya turut bergenang dan tunggu masa untuk meleleh di pipi. Satu
pengorbanan yang ikhlas demi kebahagiaan orang yang tersayang.
“Hi love.. buat apa tercegat kat
sini?” Bersama sapaan itu, bahu Qaseh dirangkul erat.
Qaseh yang menyedari kehadiran
abangnya yang kedua itu, lekas-lekas menyapu si mutiara jernih yang gugur di
pipi. Tiada siapa yang memanggilnya love. Hanya Aisy Zaiyani seorang. Senyuman
di ukir seikhlas mungkin.
“Hei love, kenapa ni? menangis
pulak?” soal Aisy lagi. Bahu kanan adiknya diusap, memujuk dan menenangkan.
“Adik ok la abang Aisy.. just
tertangkap leleh jap tengok kebahagiaan dan kecerian wajah abi dan ibu dari
sini.” Jawab Qaseh bersama senyuman. Kepala ditoleh ke kiri mengadap muka Aisy.
Bibir Aisy turut mengukir
senyuman dengan pandangan yang terhidang, mengakui apa yang diucapkan Qaseh.
Wajah adiknya di sebelah kanan direnung sayang. Faham akan gelodak hati gadis
kesayangannya itu, senyuman dimaniskan lagi dengan rasa sayang.
“Sebab tu abang tak sanggup nak
menolak kemahuan ibu bila dia mahu abang melamar kak Maira kamu dulu walaupun
masa tu dia cakap ia cuma cadangan. Tak kisah kalau abang tak berkenan. Dan…
tengok sekarang ni.. I’m happy love..sebab Allah itu maha pengasih dan maha
penyayang. Pengorbanan yang hanya sedikit yang abang buat, ikhlas nak ibu
bahagia, Allah balas dengan kebahagiaan yang tak terhingga. Tapi… kenalah
berusaha untuk mencari kebahagiaan diri sendiri tak kira dimana jua kita berada
dan dalam apa jua situasi dan keadaan dengan niat KERANA ALLAH sebab… ia tak
akan datang bergolek. Adik tau kan ,
setiap apa pun perlu dimulakan dengan usaha. Kalau tak usaha tak dapat lah..” Panjang
lebar penerangan yang diberi untuk pemahaman adik tersayang.
Perasan akan kelibat isterinya
yang mara menghampirinya dan Qaseh, kepala direndahkan sehingga mulutnya bisa
membisikkan kata ditelinga Qaseh. “Pasti bahagia itu milik kita dengan izin
Allah sebab kita yang mencipta moment indah yang kita mahukan, dan dengan izin
Allah juga, insyaAllah ia akan terlaksana. Yang penting doa dan keyakinan pada
setiap yang kita usahakan.”
Qaseh sudah mampu bertenang.
Bibir tersenyum manis dan kepala dianggukkan tanda faham apa yang cuba
disampaikan Aisy.
“Assalamualaikum.. amboi dua
beradik ni. kalau ya pun nak berbual, janganlah di kaki tangga sayang oiii..
semua dah menunggu di meja makan. Abi dah mengadu lapar dari tadi sebab tunggu
kamu lama sangat.” Ucap Humaira bersama senyuman. Tangan Aisy disalam dan
dikucup penuh sayang.
“Walaikumsalam sayang.” Dahi
isterinya dikucup seketika. “Nak ke sana
lah ni tapi singgah kat tol ni sekejap. Ambil tiket. Hehehe” Sambung Aisy lagi
bersama sengihan sambil melirik pada Qaseh disebelah.
“Poyolah abang Aisy ni! tol apa
kebendanya. ishh” Jawab Qaseh sambil menumbuk perlahan bahu kanan abangnya.
“Orang tunggu abang dengan abang Aqil lah. Ni mana abang Aqil?” Sambung Qaseh
lagi.
Humaira dan Aisy hanya tersengih
dan berjalan meninggalkan Qaseh tanpa memberi jawapan. Sempat juga Qaseh
menjelirkan lidah pada Aisy yang menoleh kearahnya bersama tawa.
“Sorry lambat sayang.” Ucap Aqil
bersama senyuman manis. “Jawab urgent phone call dari client sekejap.”
Sambungnya lagi.
“Your sorry tu kena cakap kat
abi. Dia dah mengadu lapar sebab tunggu abang lambat sangat.” Jawab Qaseh
sambil berjalan beriringan dengan Aqil menuju ke meja dimana semua ahli
keluarganya sedang menanti kehadiran mereka.
“Heehee ye la.. kat abi tu nanti
abang cakap lah sorry.. tapi sorry tadi untuk adik jugak sebab sanggup tunggu
kekandamu ini..” Ujar Aqil dan tertawa.
“Owhh.. kalau begitu dikata
kanda, adinda tak akan maafkan. Tiada maaf bagimu sebab buat adindamu ini
menunggu macam nak tercabut kaki ni berdiri tercegat macam pak guard.” Sengaja.
Sesekali merapu dan mengusik abang sulungnya ini seronok juga. Hehehe
“Ampunkan lah kekandamu ini wahai
adinda bulatku. Hehehe mmmm bila adik tukar jantina ni nak jadi pak guard bagai?
Jadi mak guard sudahlah.” Tahu adiknya sengaja mahu menyakat. Dia pun turut
membalas cara sama. Adil dan saksama. Hehehe. ‘tapi bukan ke selalunya tak
adil? Madang kau jek yang menang dalam kes menyakat tuan puteri ksayangan ni?’
Tempelak hatinya pula. Hehehehe
“Erhh! Sengal lah abang Aqil ni.
Orang cakap ‘MACAM’ bukan ‘JADI’. Huh! Nak sangat ke tengok adinda kesayangan
abang ni tukar jantina??” Balas Qaseh dalam geram. Huhh orang nak kenakan dia,
balik-balik kita yang terkena. Lagi teruk pulak tu. Chesshhh!! Langkah
dilajukan. Merajuk.
“Alololo sayang abang ni merajuk
ke? Hehe” bahu Qaseh dirangkul. Tangan kirinya pantas memicit hidung adik
kesayangannya ini. Memujuk.
“Jangan lah merajuk dengan kanda
wahai dinda. Dah tak lawa dah muka tu. Lagi-lagi dengan muncung tu. Dah kalah
muncung itik serati tau.” Lantas saja Aqil ketawa mengekek dihujung ayatnya.
Imaginasi terlebih.
Papp… Tak sempat nak mengelak,
bahunya dah perit ditampar Qaseh. Aqil ketawa. Seronok tengok muncung itik
adiknya ini bila disakat. Nah.. tengok sekarang ni. tetap juga Aqil yang menang
dalam menyakat. Hehehe.
“Poyo lah abang Aqil ni.. sama
jek dengan abang Aisy tu.. huhh kalau tak usik adik tak sah agaknya. Dah lah
abang Fiq suka buli adik, nasib baik abang Fif tak sangat. Kalau tak, mau mati
kering adik makan hati. Ni abang Aqil pon same jugak nak jadi macam ‘monyet’
tu.” Sungut Qaseh lagi dengan penuh emosi bila mengingati adegan menyirap antaranya
dengan Afiq petang tadi.
“ok lah… ok lah… abang minta maaf
ya adinda sayang intan payung. Tapi betol ape abang cakap. Nah tengok sekarang
ni, adik tetap buat muncung itik serati tu. Cute sangat. Marvelous!” Aqil masih
mahu terus menyakat.
Bila Qaseh senyap tidak menjawab,
semakin berdekah-dekah ketawanya bila menerima jelingan tajam bersama bibir
yang bertambah memuncung tanda tak puas hati. Kaki dihentak kuat sebelum
melajukan langkah meninggalkan Aqil. Tanda protes.
‘Muncung itik serati??
Marvelous?? Arhhhhh!!! Boleh kena sawan macam ni’ Rungut Qaseh tetapi kali ini
cuma terlafaz didalam hati. Tak mahu kutukan dari Aqil bertambah. Belum sempat
menjauh, semakin galak dirinya diusik Aqil.
“Hentak kaki, jalan… kiri, kanan,
kiri, kanan, kiri, kanan hahahaha” Galak betuk dia mengusik Qaseh.
Bila dengar saja nada suara Aqil yang meniru arahan tika
berkawat kaki, langkahnya dihentikan serta merta. Menoleh pada Aqil sambil
menunjukkan penumbuk kanan tanda amaran. Jam itu juga Aqil turut menghentikan
langkah dan tersengih sambil menaup kedua belah tapak tangan bersama tanda
‘mohon ampun’
‘Huh tau takut! Menyakitkat hati
betul. Memang betul-betul boleh mati kering makan hati macam ni. huhh’ Rungut
hati Qaseh dan langkah diteruskan mendapatkan insan-insan kesayangan. Sabarlah
wahai hati.
******************************
Bersama sisa tawa, Aqil menyorot
pandangan pada Qaseh yang melajukan langkah meninggalkannya. Kepala digelengkan
dengan gelagat adiknya itu.
Melihat Qaseh yang sudah sampai
di meja keluarganya, kaki diatur melangkah ke kaunter minuman untuk memesan
minumannya dan Qaseh memandangkan kesemua ahli keluarganya telahpun mempunyai
minuman masing-masing.
Tanpa disedari, kelekaannnya memandang Qaseh
dan ahli keluarganya yang hanya beberapa saat telah menyebabkan insiden perlanggaran
yang tak disengajakan. “Allah” hanya itu yang mampu terlafaz. Tak semena-mena
langkah Aqil pegun dan mata terpejam.
“Opss sayang… sayang.. eh’eh
jatuh.. oh kacak.. kau.. maaaakkk” Kedengaran latah seorang perempuan.
Mata dibuka, baju nya yang basah
dipandang. ‘Tak fasal-fasal mandi air milo ais malam ni. Alhamdulillah. Nasib
baik milo ais. Kalau milo panas, tak ke haru.’ Detik hatinya. Pandangan beralih
pada insan yang bertanggungjawab. Niat hendak marah terbantut bila mengenangkan
gadis comel didepannya ini melatah tadi. Hehe muda-muda dah melatah. Tak padan
dengan muka comel. Adehhh...
“Ma..maaf Encik.. Sa…saya tak
sengaja. Maaf.” Ujar gadis itu tergagap seketika. Wajah jejaka kacak didepannya
dikerling seketika Cuma. Tak berani nak pandang lama-lama. ‘Kacak sangat!! Biya
behave yourself.’ Selaras dengan amaran hatinya, Alia menjatuhkan pandangan
pada baju jejaka didepannya yang basah di bahagian dada dan lengan kanan.
Baju kemeja yang tadinya warna
putih kebiruan kini bercorak dengan warna coklat air milo. Air liur ditelan.
Dalam hati sempat berdoa agar jejaka kacak ini tak melenting dan memaki hamun
dirinya depan orang ramai sepertimana watak jejaka hensem yang kaya, kerek dan
baran yang selalu dibaca dari novel. Malu! Banyak juga mata yang memandang
insiden yang tak disengajakan ini. Allahu Akbar! Jauhi aku dari aib yang bakal
mendatang Ya Allah.
“Tak mengapa cik, dah rezki saya
dapat mandi air milo ais secara free malam ni. hanya orang tertentu aje tau yang
dapat rasa. Kiranya saya ni bertuah lah kan ?
Dimandikan dengan air milo ais oleh adinda comel ni.” Aqil sengaja menjungkit-jungkitkan
keningnya diakhir kata bersama ketawa kacaknya yang bergaya. Tahu gadis di
depannya ini bersalah tapi rasa marah tu hilang begitu sahaja. Mood menyakat
masih belum hilang. kehkehkeh
“Erkk..” hanya itu yang mampu
terluah dari bibir Alia Nabihah berserta menayang muka pelik bercampur risau
dan cuak (takut). Takkan lah akibat mandi air milo terus tintong kepala mamat
ni. Habislah aku.
“Encik, maaf sekali lagi. Encik
janganlah tintong sekarang. Tunggulah esok ke lusa. Tak pun tulat. Sebab saya
tak ada duit nak bayar rawatan untuk en..” Belum sempat Alia menghabiskan
kata-katanya, Aqil terlebih dahulu ketawa mengekek.
‘Huwaaaaa pakcik ni dah mereng!’
Jerit hati Alia. Bertambah kerutan di wajah gadis polos ini berserta riak mahu
menangis. Mungkin kalau lagi lama Aqil ketawa memang menangis betul jadinya.
“Encik..” tiak Alia dalam cuak.
“Awak ni kelakar lah. Ada ke patut cakap saya
tintong. Siap boleh suruh lagi nak tintong esok ke lusa ke tulat. Adehhh dari
macam tu baik suruh jek saya tintong minggu depan. Tak pun bulan depan.” Ujar
Aqil bersama tawa yang masih bersisa. “Saya ok. Jangan risau. InsyaAllah belum
tintong lagi.” Sambung Aqil lagi dan mengukir senyuman ikhlas.
Mendengarkan jawapan dari Aqil,
tangan Alia spontan meraup muka bersama lafaz syukur. “Alhamdulillah… selamat
duit saya.. Risau jugak saya tadi kalau encik betul-betul tintong kat sini. Apa
saya nak jawab pada pihak berkuasa nanti.. ngeee” ujar Alia bersama sengihan
lebar.
“Hehehe merapu lah awak ni.. Takde
maknanya boleh jadi tintong semata-mata kerana TERmandi air milo ais awak tu.”
Tawa Aqil masih bersisa. “By the way, saya Aqil. Muhammad Aqil Qusyairi. Mari
lah saya pesan minuman baru untuk awak. Err boleh tau, apa nama awak?” Soalnya
pula.
“Ngeee hehehe taka pa lah encik.
Tak tumpah semua pun air milo ni. ada separuh lagi.” Tolak Alia lembut sambil
mnunjukkan gelas air milo aisnya yang masih berbaki separuh.
“Hmmm sakitnya dada ni..” Seperti
biasa, drama lakonannya mesti over. Tangan melekap pada dada seolah-olah
menahan sakit. Sempat juga matanya mengerling riaksi gadis comel ini.
“Eh encik.. kenapa sakit dada
pulak ni? encik ada allergic tak boleh kene ais ke? Alaa encik apa saya nak
buat ni? Tol….” Menggelabah sekali Alia dibuatnya. Namun demikian, tak sempat
perkataan tolong di sempurnakan, Aqil sudah meletakkan jarinya dimulut gadis
ini.
“Shhh.. saya ok.. dada saya ni
sakit bukan sebab allergic dengan ais….” Terhenti seketika. Nafas dihela. “Cuma
sakit sebab awak tak mau terima lawaan saya nak belanja awak minuman baru..
Dan..”
“Tapi sa..”
“Shh.. saya tak habis cakap.. Dan
awak lokek tak mau bagitau saya nama awak sedangkan nama saya sudahpun dalam
pengetahuan awak. Ok sekarang awak boleh cakap.” Gaya poyo sudah menyerlah.
“Erkk hehehe” Alia tersengih.
Dalam hati mengutuk kepoyoan campur miang jejaka kacak depannya ini. “Kiranya
ini denda sebab tumpahkan air milo kat baju awak lah ye?” Soal Alia namun masih
belum menjawab apa yang diminta Aqil..
“Lebih kurang.. dan memandangkan
saya dah perkenalkan diri saya, so saya nak jugak tau nama insan bertuah depan
saya ni..” Jawab Aqil selamba. Senyuman masih tak lekang dari wajah kacaknya.
‘Ya Allah.. kacaknya awak ni
walaupun poyo dan a little bit miang.. hhmm boleh mengigau setiap malam saya
macam ni tengok senyum awak. Silap haribulan boleh tersampuk penyakit angau’
Terleka seketika Alia dengan keindahan ciptaan Allah yang tersaji didepan
matanya. System otaknya bagai sedang ‘shutdown’ semua fungsi anggota badan sampaikan terasa saat ini
Cuma ada dia dan jejaka kacak yang tintong ini.
“Awak??” Panggil Aqil bila gadis
ini tiba-tiba pegun. Dah kenapa pulak ni?.. “Awak??” Dikuatkan sedikit suaranya
seraya memetik jari betul-betul depan muka Alia.
“Oh awak! .. angau.. eh saya..
angau.. eh …” erkk macam mana boleh melatah lagi ni? Astagfirullah al’adzim. Tu
lah kau Bia, leka sangat menatap wajah kacak orang tu. Kan dah malu sendiri. Marah Alia pada diri
sendiri. Kepala yang tak gatal digaru. Jejaka kacak depannya ini dah sambung
ketawa mereng dia tadi malah lebih teruk dari tadi.
Mata dihala sekeliling. Makin
banyak mata yang memandang. Kulit muka dah rasa tebal. Kulit muka mamat kacak
depan ni jek yang tak reti nak tebal. Agaknya memang sepsies selenge tak tau
malu.
“Heeee maaf.. terkhayal sekejap..
errrr aw.. eh encik.. dah lah tu.. jangan over sangat ketawanya.. malu lah..”
Ujar Alia memohon agar Aqil berhenti menarik perhatian orang ramai. Malangnya,
cubaannya gagal kerana Aqil masih ketawa suka hati.
“Errr ok lah awak.. er I mean
encik… saya cau dulu… bye..” milo ais yang masih berbaki dalam gelas
ditinggalkan di kaunter minuman dan dia melangkah laju tanpa mempedulikan
sesiapa.
Aqil yang masih ketawa dengan
latah gadis itu tak sempat hendak menahan tuan punya badan. Sekelipan dan
hilang dari pandangan.
‘Laju betul minah ni jalan...
nama pun tak dapat tau.. adehhh tu lah kau.. ketawa sampai melepas.. chett!’
keluh Aqil seraya memandang bajunya. Tersenyum. Gadis polos yang comel dan
melatah! Saya suka awak! Semoga berjumpa lagi..
********************
“Ni dah kenapa monyok je muka tu?
Abang Aqil kamu mana?” Soal Puan Arifah Jazmin bila Qaseh duduk disebelahnya.
Yang lain rancak berbual dan bergelak ketawa. Pelbagai cerita keluar. Iyalah kan , dah lama tak
berkumpul ramai-ramai. Ditambah pula dengan kehadiran Rifqi dan Qaiyum,
bertambah meriah dan riuh suasana jadinya.
“Entah.. adik jalan dulu
tinggalkan dia.” Jawab Qaseh dengan mulut yang termuncung-muncung.
Puan Arifah Jazmin yang faham
keadaan anak tunggal perempuannya ini sedang merentan hanya tersenyum memandang
suaminya. Kening Tuan Qaleef terjungkit bertanya ‘kenapa?’. Dengan senyuman dia
membisik ditelinga suaminya dan Tuan Qaleef tertawa perlahan. Simpati juga dia
dengan anak tunggal perempuannya ini kerana seringkali diusik dan disakat oleh
abang-abang yang terlebih nakal.
“Assalamualaikum semua.. Maaf
lambat. Tukar baju sekejap.” Ujar Aqil bersama sengihan yang melebar. Uncle
Qaiyum nya di salam dan dipeluk melepas rindu sambil bertanya khabar. Namun
kehadiran ‘mat saleh’ yang seorang ini mengelirukannya.
“Errr.. Uncle Rick??” masih cuba
mengingati wajah kacak jejaka awal empat puluhan yang berdarah Inggeris
didepannya ini. Tangan yang bersalam masih tidak dilepaskan.
Rifqi tersenyum dan menggeleng
menidakkan tekaan Aqil. “Who’s Rick?” Soalnya sengaja menambah kekeliruan Aqil.
“I knew it’s you Uncle Rick!!! Oh
my goodness.. it’s been a long time. How are you?” jam itu juga tubuh Rifqi
dipeluk lagi sekali dengan keterujaan.
“Iya je kamu ni Aqil? Kamu pasti
ini uncle Rick kamu?” soal Tuan Qaleef pula menambah perisa. Yang lain sudah
tersenyum lucu.
“Ala abi.. I know he’s my uncle Rick la.. abi
tak usah nak wayang.. Aqil cam suara dia la. We were buddies what.. walaupun
dah lama tak jumpa. Minda ni masih simpan rekod macam data dalam computer.”
Jawab Aqil selamba dan yakin.
“Seriously man, I’m not your
uncle Rick. The name’s Rifqi. Nice to know you… Aqil isn’t it?” Ujar Rifqi
bersungguh-sungguh sengaja mahu mendera Aqil.
“Entah abang Aqil ni… bukan uncle
Rick la but uncle Rifqi. Merapu jek dia tu fikir uncle Rick pulak phbtt” sampuk
Qaseh menambah bara sambil menjelir lidah pada Aqil. Tanpa sedar, kata-kata
yang terluah dari bibir Qaseh telah Aqil anggap sebagai clue. Pantas sahaja
otaknya menangkap.
“Alhamdulillah… tambah lagi
saudara islam kita.. and now we’re buddies dunia dan akhirat my man!” ujar Aqil
tanpa menghiraukan penafian mereka yang ada.
“Hahaha alhamdulillah.” Jawab
Rifqi mengalah dengan buddiesnya ini.
“aaaaaaaaaa tak syok la uncle dah
give up awal!!!” keluh Qaseh bersama rasa kecewa tak dapat balas usikan Aqil
padanya awal tadi.
“I’ve told you he would recognize
me though I’m in a disguise figure or so” Rifqi berkata selamba dan tertawa
dengan reaksi Qaseh. Mereka yang lain turut sama tertawa.
“Ok enough with the intro and
hugging already.. let’s eat. Makanan dah sampai ni” Tuan Qaleef bertindak
meredakan keadaan yang sedikit huru-hara dengan gelagat puteri bungsu dan
putera sulungnya. Nasib baik lagi tiga orang puteranya tidak mahu interframe.
Kalau tak lagi gamat keadaan.
Tanpa mempedulikan semua, laju
sahaja tangan Tuan Qaleef menyendok lauk yang terhidang namun tak sempat hendak
menyuap sudu ke mulut, tanggannya ditampar perlahan oleh cik Puan Arifah
Jazmin.
“Sabarlah sayang oii.. doa pun
tak baca lagi tau.” Tegur Puan Arifah Jazmin dengan lembut dan senyuman manis.
“Aqil, take your sit. Baca doa
makan. Later boleh sambung berbual.” Arahan dah dikeluarkan. Doa pun dibaca dan
mereka mula makan dan berbual mesra.
Bersambung...
P/S: macam meleweh sikit la.. tapi tak tau nak edit cane.. nk buang or cut sayang la pulak.. hehehehe apa2 pun jangan lupa komen..
BEST...
ReplyDelete