Thursday, July 04, 2013

Indahnya Anugerah ILLahi - Bab 7

Hai Assalamualaiku semua!!! a beautiful day isn't it? hehehe lagi tambah beautiful + shining2 dengan semangat baru.. Alhamdulillah.. nampak gayanya semakin ramai yang suka dengan karya saya yang tak seberapa ni.. hehehehe so here goes chapter 7.. hope you'll like it. Plus.. jangan lupa komen.. mana tau nak bagi idea ke kat saya untuk saya muatkan dalam mana-mana scene.. hehehehee

Enjoy reading!!!!

_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+

Faiq Asyraf.. kenapa aku tak boleh nak lupakan kau. Ke mana saja aku pergi, hati ini kerap menyeru nama kau and it hurts a lot.

Aku tak boleh macam ni! Qaseh, kau dah janji kan untuk tabahkan hati. Faiq Asyraf dah jadi kenangan lalu yang hanya boleh dikenang. Jangan terlalu mengikut perasaan, nanti kau juga yang sedih sendiri. Sabar Qaseh. Ini semua ujian buat kau. Dan, ujian ini tandanya Allah sayangkan kau. Dia nak kau lebih rapat denganNya. Muhasabah diri Qaseh. Ingatlah, seorang anak yang mengutama dan mengembirakan orang tuanya bakal mendapat ganjaran yang besar dari Allah. Pujuk hati Qaseh bertalu-talu sambil menghayati lagu-lagu yang berkumandang dari pemain mp3 di telinganya.

Where there is desire
There is gonna be a flame
Where there is a flame
Someone’s bound to get burned
But just because it burns doesn’t mean you’re gonna die
You’ve gotta get up and try and try and try
You’ve gotta get up and try and try and try

Leka juga Qaseh menghayati sambil menyanyikan korus lagu Try nyanyian Pink. Salah satu artis kegemarannya kerana kebanyakan lagu yang dinyanyikan oleh artis tersebut kena dengan jiwanya. Liriknya pula lebih kepada kehidupan dan tak semuanya tentang cinta.

Yup Qaseh, you’ve gotta get up and try and try and try in no matter what you do dan jangan lupa tawakal pada Allah.

“Huaarrgghh!!!”

“maaaaa!!!..” Qaseh terjerit. Dalam pada itu terdengar suara orang mengaduh lantas dipandang insan yang mengaduh itu.

“erk.. sorry.. sorry.. pergerakan tanpa kawalan minda. Are you okay sir?” soal Qaseh cemas.

Mahu tak cemas. Muka pakcik ni dah merah padam menahan sakit. Tapi siapa dia ni ek? Suka suki aje nak sergah aku. Hah, kan dah dapat hadiah best. Tapi macam kenallah.. erk..

“I’m okay. It just sting a bit... arhhh.. woohhh powerful hit girl.. mesti dapat bakat terpendam ni dari Jazmin kan?” Hidung dikerut-kerutkan untuk mengurangkan kesengalan.

“haa?? You know my mom? Eh, awak boleh cakap melayu? Muka awak macam familiar la... Jang…”

Qaseh tidak menghabiskan ayatnya. Melihatkan senyuman jejaka awal empat-puluhan dihadapannya ini mengingatkannya pada Puan Arifah Jazmin.

Melihatkan dahi Qaseh yang berkerut-kerut cuba mengingati sesuatu, Rifqi tertawa kecil sebelum memperkenalkan dirinya.

“Hai.. saya Rifqi. Muhamad Rifqi Iman Abdullah Jackson. But you can call me uncle Rifqi.” Tangan dihulur untuk membantu Qaseh turun dari batu yang agak tinggi itu. Dalam hati dah membebel panjang. Tak yakin dengan kebolehan anak saudaranya yang sorang ini agaknya.

***************************

‘Minah ni dah kenape duduk menung panjang pulak? Tayang muka sedih pulak tu. Tak boleh jadi ni.. kena buat sesuatu ni’ ujar Rayyan sendirian dan mahu berlalu dari balkoni bilik yang didudukinya bersama Afif dan Afiq.

Namun belum sempat pergerakan dimulakan, Qaseh terlebih dahulu disergah oleh seorang ‘mat saleh’ yang baru je tadi diperkenalkan oleh Puan Arifah Jazmin sebagai adiknya.

Hhmmm nasib baik pangkat pakcik. Kalau bukan, tak fasal-fasal kena bersaing. Erkk.. Bersaing?? Hehehe perasanlah kau ni Rayyan. Hatinya tertawa dengan ulasan minda. Nasib baik juga sudah diperkenalkan. Kalau tak, mahunya aku malu dua kali. Huhu. Desis hati Rayyan lagi.

“Apa yang kau tengok tu? Syok semacam je aku tengok” Soal Afif.

“Atau lebih tepat lagi “Siapa” yang kau tengok tu? Hehehe” sampuk Afiq pula sambil ketawa menyakat. Afif juga turut ketawa. Kening dijongkitkan berkali-kali.

“Sibuk la korang ni…. Beta baru hendak merehatkan minda sambil menikmati dan mensyukuri nikmat pemandangan anugerah Illahi ini. Minggir.. minggir kamu” Jawab Rayyan dengan gaya seorang Raja pada zaman dahulu. Siap dengan pergerakan tangan menyuruh mamat berdua ni ketepi dan tidak menyesakkan ruang balkoni yang agak kecil. Muka sengaja di’kerek’kan.

“Eleh sudah lah kau. Nak ber’Beta’ bagai. Bajet Raja la..” Sela Afif.

“Raja mana?” Soal Afiq pula meniru gaya suara Ramlee dalam cerita Seniman Bujang Lapok.

“Raja kapurrrrrrrr.. kahkahkah” Jawab Afif dan mereka ketawa berdekah-dekah.

Rayyan yang jadi mangsa usikan mereka turut juga ketawa. Tak menahan bila mengingati adegan tersebut. Terutama bila Aziz jawab ‘eh apa da gomak..’ hehehehe

“Hei Raja Kapur Rayyan, kenapa muka kau merah? Nak kata panas, dalam bilik ni ada air-condition. Ke….. Kau blushing?” sakat Afiq lagi.

“Eh apa da blushing” jawab Rayyan selenga meniru gaya Aziz dalam adegan itu dan berlalu dari balkoni menuju ke pintu untuk keluar. Sengal lah mangkuk dua orang ni! Dalam hati sempat juga mengutuk.

Afiq yang kini berdiri ditempat Rayyan berdiri tadi menebarkan pandangan pada apa yang dipandang Rayyan. Adik? Uncle Rifqi?

‘Ohoho pandang buah hati dengan jejaka kacak.. tapi nasib baik encik tu dah diperkenalkan tadi.. kalau tak, memang confirm muka tu merah sebab jeles. Ke sebab malu tersalah orang? Hehehe’ Terkekeh-kekeh Afiq bersama telahan mindanya.

Afif yang memerhati telatah adiknya turut sama menghalakan pandangan pada dua susuk tubuh yang amat dikenalinya. Lantas muka Afiq dipandang. Begitu juga Afiq. Senyuman ‘nates’ mekar dibibir masing. Ditambah pula dengan anggukan kepala Afiq maka makin lebar senyuman Afif.

“Terkenang detik ketebalan muka petang hari tu rupanya ya?” Telah Afif pula. Dengan anggukan Afiq yang beriya, serentak itu juga mereka berdua ketawa.

“Apa yang lawak sangat ni? macam menarik je isunya uncle tengok” Soal Encik Qayyum dari balkoni sebelah.

“Hehehehe.. saja kita orang menyakat Rayyan.” Jawab Afiq bersama senyuman yang masih belum pudar.

“Rayyan mana?” Belum sempat kedua-dua beradik itu menjawab, Encik Qayyum sekali lagi bersuara. “Tu bukan ke Rayyan, Qaseh dengan Rifqi?” Mata menyorot pada kedudukan insan-insan yang diperkatakan tadi.

“Wohhh!! Bersuka ria dalam air tak ajak kita orang.” Serentak mereka berkata dan bergegas mahu keluar. Afif sudah mendahului menuju ke pintu. Tetapi Afiq pula mengambil jalan pintas. Dilompatnya saja pagar balkoni itu dan berlari menuju ke tempat dimana mereka yang sedang berpesta air itu.

Qayyum yang melihat gelagat anak saudaranya yang sorang ini hanya mampu menggelengkan kepala. Teringat kelincahannya dahulu. Kedudukannya di atas kerusi malas di balkoni itu diselesakan. Pandangan dihala melihat mereka yang sedang bersuka ria. Sedikit demi sedikit, kenangan lama berlayar dimata.

*********************************************

“Adik apa fasal tiba-tiba je peluk uncle Rif dari belakang? Tak aci lah macam ni…” Afiq bersuara. Tidak puas hati tidak dapat mengenakan adiknya. Tadi sampai-sampai saja terus bedebush dalam air. Nasib baik tak berapa dalam Kolam Puteri ni. Cuma paras dada. Ingat nak kenakan Qaseh, rupanya sendiri terkena. Afif yang masih di tebing berdekatan dengan Qaseh dan Rifqi dikerling geram kerana bersekongkol dengan Qaseh. Afif hanya tersenyum gelihati sambil menjongkit bahu.

“Biar la.. adik punya suka la.. Nak lepas rindu kan uncle.” Rifqi hanya tersenyum dengan jawapan Qaseh.

”Fiqa tu yang poyo. Siapa suruh simbah air kat adik. Habis basah tau.” Tambah Qaseh lagi.

Mendengarkan gelaran dirinya sudah bertukar, makin bulat matanya tanda amaran. “Padan muka. Siapa suruh tolak aku masuk, dapatlah bahagian!”
“Eleh, mana ada orang tolak! Dia tu tadi lari laju-laju bajet adik tak tau lah yang dia tu nak tolak kita? huh” jawab Qaseh geram sambil berdiri disebelah Rifqi sehingga terlupa akan dirinya yang lencun dan bajunya melekap elok pada badan. “Nasib baik abang Fif tolak adik ketepi. Kalau tak naye jek” Tambah Qaseh lagi bersama jeliran lidah dihujung ayatnya.

Langkah diatur kemas menuju ke bilik untuk menukar pakaian. “Sengal punya abang! Habis basah baju aku. Kalau baju jek yang basah tak apa lagi. Ini tak. Dengan mp3 player aku sekali lencun. Kalau tak function lepas ni siap kau. Aku mintak abi beli baru, tolak allowance kau. Huh! Dasar monyet!’ Sepanjang jalan Qaseh membebel. Pandangan nakal dari pengunjung lelaki yang ada tidak dihiraukan malah dijelingnya lagi ada. Langkah dilajukan lagi.

**********************************

Dalam geram kerana rancangannya dihidu awal, matanya menyorot juga pada Qaseh yang kebasahan itu. Baru dia perasan sesuatu. ‘laaa sape suruh pakai t-shirt putih! Dah tau nak mandi manda tempat open macam ni. huh sengal jugak adik aku ni’.

Muka ditenangkan. Bebelan Qaseh tidak dihiraukan. Wajah Rayyan dikerling. ‘ni lagi sorang. Mata tu tak boleh nak cover langsung. Agaknya kalau pandangan tu berupa laser, dah lama tembus’ bebel hatinya. Dirinya ditenggelamkan dalam air dan perlahan-lahan Rayyan didekati.

“Huaaarrrggghhh” Terus sahaja Afiq melompat gaya ‘Swamp thing’. Satu cerita ketika zaman kanak-kanaknya dulu. Betul-betul ditepi Rayyan sambil memaut bahu kawan tu.

Tak sempat Rayyan nak jerit dek rasa terkejut, dirinya telahpun dibenamkan di dalam air. Dalam hati menyumpah seranah jugak pada si pelakunya.

Tercungap-cungap Rayyan cuba berdiri. “Gila kau! Ni gaya nak membunuh aku siot!!..” Jerit Rayyan geram. Afiq pula dah berdekah-dekah ketawanya. Sahaja je muka dia bila Rayyan pukul air ke mukanya.

“Tu lah kau. Mata kau tu kalau rupa laser agaknya dah lama tembus adik aku tu kau pandang.”

Baru terperasan akan dirinya yang hanyut dek hasutan cik nates yang bergayut dimatanya. “Erkk.. Astaghfirullah.. he he he.. Terlebih sudah. Hahahahaha sorry bro.. Can’t help it. Cantik sangat anugerah Allah tu bila dia lencun macam tu. Kalah puteri Gunung Ledang. lagi lah bila..”

“Hoi! Hoi! Waklu jambul la. Adik aku tu bro! agak-agak la.. Tangan kau tu dah kenapa? Nak tolak aura sengal kau kat aku ke?”

Mata melihat tangannya yang tanpa sengaja pegun di depan dadanya. “Erkk! Hehehehehe” Lekas-lekas dijatuhkan. Muka Afiq dipandang dengan sengihan lebar. Kepala yang tak gatal digarunya.

“Dah lah kau. Aku nak naik. Kau tak sejuk ke?” Soal Afiq cuba menukar topic. Tahu sahabatnya yang sorang ni malu akan keterlanjuran dirinya tadi.


“Hehehe nak naik lah ni. Sejuk gak. Baru rasa. Tadi hangat jek sebab dihembus bayu asmara yang berkobar-kobar.” Jawab Rayyan dengan jiwangnya sambil ketawa dan disambut oleh Afiq. ‘bengong punya kawan!’ desis hati Afiq pula.

Bersambung......

2 comments:

  1. Hohohoho insyaAllah lau Allah anugerahkan ilham berderet-deret cepat lah untuk next chapter.. hehehee thanks sudi komen and i assumed u like my writings.. thanks a gazillion... :D

    ReplyDelete