Thanks y'all n jangan lupa komen ya.
love ya!!
***********************************
Bab 4
Memisahkan kita
Mengingatkan ku pada dirimu
Gelora
Mengingatkan ku
Bahwa cintamu telah merasuk
jantungku
Sejujurnya, ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu
Aku gila
Seandainya, kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Rangkap korus lagu Kehilangan
nyanyian Firman bagai rekod yang sedang berulang-ulang didalam minda dan
hatinya sejak dia mencecahkan kakinya di Malaysia . Maksud yang terkandung
disebalik bait lagu itu sangat-sangat menyentuh hatinya.
“Maafkan aku Aira.. Aku tau ianya
berpunca dari sifat tamak dan ingin memiliki dirimu itulah yang menjarakkan
perhubungan kita. Tapi sungguh, aku insaf. Aku memang nak bertanggungjawab,
tapi aku tahu, kau tak mahu terima aku kerana kejahilan diri ini. Maafkan aku
Aira.” Rintih En. Qayyum sendirian disepertiga malam itu.
Kepulangannya kini sangat
dinantikan oleh seisi keluarga. Terutama insan kesayangannya, si comel Qaseh
Nur Alani yang sudah besar panjang. Terasa seperti baru sahaja semalam dia
bergurau senda dengan gadis comel lagi montel itu. Rupa-rupanya dah lapan belas
tahun berlalu. Abah dan mama pun dah tiada lagi.
“Ampunkan aku Ya Allah.
Ampunkanlah segala dosa-dosa silamku Ya Rabb. Tunjukilah aku jalan yang dapat
memperbetulkan semula keadaan ini. Luangkanlah jalan untuk aku bina semula
kepercayaan Aira ya tuhan. Permudahkanlah urusanku didunia dan juga diakhirat.
Sesungguhnya Kau lah yang maha penyayang, maha pengampun, maha pengasih dan
maha mengetahui. Hanya padaMu ku serahkan segalanya Ya Allah. Buka dan
lembutkanlah hati Aira untuk menerimaku. Amin ya rabb’al alamin.”
Sehabis doa dan sedikit zikir
munajat, sejadah dilipat dan digantung pada penyidai yang disediakan di bilik
tamu itu. Diri dibawa ke balkoni. Kelihatan suasana malam dari rumah di atas
bukit ini sangat cantik.
Kiranya Bukit Dahlia ini tinggi
lah juga ya sebab boleh nampak bangunan-bangunan tinggi di Bandar Johor Bahru sana . Walaupun sayup
kelihatan, namun cahayanya sangat memukau. Jam sudah menginjak ke pukul 3.30
pagi. Matanya masih memandang dikejauhan menikmati panorama alam. Dirinya yang
kedinginan dek hembusan angin tidak dihiraukan. Akalnya menerawang jauh pada
kenangan lampau.
‘Kau kejam Qay, kau jahat! Aku
benci kau! Pergi! Pergi! Aku tak nak tengok muka kau lagi!!’
Jeritan penyesalan bersama
tangisan itu masih kedengaran sehinga kini. Akalnya tak pernah mahu memadamkan
episod sedih itu.
“Ungku Aira Aisyah, akan aku
tebus semua khilafku yang lalu. Akan aku hapuskan airmata duka itu dan bawa kau
kea lam bahagia. Itu janji aku Aira. Janji yang disertakan dengan keikhlasan
hati dan doa. Allah itu maha penyayang. Aku pasti doaku akan termakbul.
Nantikan kedatanganku sayang..” bisik En. Qayyum pada angin lalu.
Kemunculannya semalam banyak
mengundang airmata gembira. Wajah merah yang menahan malu pun ada. Tawanya
terlepas sedikit mengingatkan wajah merah jejaka kacak yang dipanggil Rayyan.
Bakal menantu keluarga ini kata abangnya, Tuan Qaleef. Rayyan Harraz. Nama yang
secocok dengan rupa paras yang ganteng kata orang Indonesia . Dihiasi pula dengan
lesung pipit di pipi kanan tika mengukir senyum, menambah lagi kemanisan
wajahnya. Memang sesuai dengan Qaseh. Detik hati En. Qayyum bersama senyuman.
‘Apa khabar Faiq Asyraf agaknya
ya? Lama ayah tak jumpa Faiq..’ Hatinya merintih lagi bila mengingatkan Faiq
Asyraf. Anaknya dengan Ungku Aira Aisyah atau kini lebih dikenali sebagai Datin
Aira.
Kerana darah muda yang
menggelegak dek cabaran dan hasutan kawan-kawan, kebodohan diri yang dirasuk
syaitan, Ungku Aira Aisyah dinoda. Hanya kerana cabaran Redza, persahabatan
yang terjalin musnah sekelip mata. Mahu sahaja dinikahi Aira tika itu, namun
penolakan dari Aira menjerut hatinya. Aira lebih rela berkahwin dengan Ahmad
Tajuddin, lelaki pilihan keluarganya dari memilih dirinya yang baru sahaja
merobek maruah wanita itu.
Oleh kerana penolakan keras akan
dirinya, dan juga kerana penerimaan Ahmad Tajuddin yang ikhlas terhadap Aira,
dirinya dibawa ke perantauan. Sebuah penyesalan yang tak pernah lekang dari
hatinya sejak dari peristiwa itu banyak memporak-perandakan jiwanya.
Namun, kuasa tuhan. Dia
dipertemukan dengan anaknya, Faiq Asyraf sewaktu dia melawat tapak projek di
Seattle. Kebetulan, apartment yang disewanya bersebelahan dengan apartment
Faiq. Dari situ lah dia tahu asal usul Faiq dan ibu serta ayahnya. Keyakinan yang
kuat terhadap Faiq Asyraf itu adalah anaknya hanya kerana raut wajah Faiq
mengikut wajahnya 18 tahun dulu yang seakan-akan di’copy-paste’. Tiada langsung
iras Ahmad Tajuddin.
Dari itu, diupahnya seseorang
untuk menyiasat latar belakang Faiq Asyraf. Dia juga ada mengambil sample rambut
Faiq ketika itu untuk ujian DNA dan laporan yang diterima mengesahkan
telahannya. Cuma nama Faiq Asyraf dibinkan pada nama Ahmad Tajuddin.
‘Terima kasih Mad kerana menjaga anakku.
Walaupun kau tahu dia bukan zuriatmu tapi kasih dan sayang kau tak bertepi
untuknya. Hanya doa dan surah yang boleh ku utus sebagai hadiah untukmu. Doakan
juga kejayaanku dalam memenangi semula hati Aira untuk dijadikan yang halal
disisiku. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohmu Mad.” Dalam tenang pagi
yang dingin dan masih gelap, Hati En. Qayyum tak pernah lekang dari mengingati
seorang insan mulia bernama Ahmad Tajuddin. Hanya doa yang mampu di utuskan
dengan harapan insan itu sejahtera di alam sana .
“Uuwaaaarrrhhhh, seronoknya
feeling pagi ni. Sejuk, nyaman dan happy. Masa untuk melupakan kisah lalu dan
mulakan hidup dengan nekad yang baru. Bersemangatlah Qaseh!” suara dari balkoni
sebelah mengejutkannya.
‘Astaghfirullah’al adzim. Buat terkejut
aku jek budak comot ni.’ Detik En. Qayyum sambil mata mengerling jam ditangan. ‘MasyaAllah dah pukul 5.30 pagi rupanya. Lamanya
aku mengelamun.’
“Amboi, happynya dia pagi ni?”
sapa En. Qayyum pada anak saudara kesayangannya itu. Hatinya tercuit dengan
gelagat Qaseh. Dah besar panjang, dah boleh jadi mak orang tapi baju tidur
kekal macam dulu. Kalah kanak-kanak ribena. Polka-dot warna pink dan biru siap
ada teddy bear sebesar pinggan makan melekat pada dada bajunya.
“Eh, old boyfriend. Buat apa
pagi-pagi kat luar ni? cari semangat baru macam Qaseh jugak ke?”
“Iya, sama macam Qaseh. Cari semangat
dan juga nekad yang baru.” Jawab En. Qayyum dengan senyuman.
“Waaaa bagus bagus bagus.” Sahut Qaseh
meniru gaya
siri kartun Upin Ipin.
“Nanti bolehlah kita jogging
sama. Lepas subuh, kita gerak ya.” Tambah Qaseh lagi. Turut membalas senyuman paksunya.
“Baiklah sayang. Lepas subuh kita
jogging. Dah, pergi siap-siap. Kejap lagi dah azan. Kita jemaah sama-sama ya.”
“Baik old boy friend. Hamba menurut
perintah.” Dengan gaya
ala-ala menurut perintah raja saja lagaknya. Apa-apa saja lah Qaseh ni.
Dengan senyuman yang masih
berbekas, En. Qayyum menyambung. “Jangan lupa kejutkan abang-abang kesayangan
kamu tu sekali ya.”
“Baik yang mulia. Akan beta
laksanakan.” Jawab Qaseh. Kali ini dengan lagak seorang raja pula.
En. Qayyum hanya mampu tersenyum
gelihati dengan telatah Qaseh. Memang anak saudaranya yang seorang tu sering
buat dia tertawa. Melihat Qaseh hilang ke dalam biliknya, tubuhnya pun dibawa masuk
ke dalam. Bersiap-sedia dan menuju ke sebuah bilik di aras bawah yang dijadikan
surau.
*****************************
“Aduh Qaseh, paksu tak larat lagi
lah nak lari.” Dengan nafas yang tercungap-cungap, langkah diatur menuju ke
bangku batu yang terdapat di tepi laluan batu paver. Baru pukul 6.30 pagi tapi
cuaca dah cerah.
“Ala paksu ni tak rock la. Kita baru jog satu
round paksu dah pancit.” Namun langkahnya dibawa juga menuruti langkah En.
Qayyum. Turut duduk disebelah En. Qayyum sambil memandang suasana pagi di bukit
Layang-layang ini.
Ramai juga orang yang datang
untuk jogging sambil beriadah. Bila lagi nak dikelilingi oleh pokok-pokok yang
menghijau walaupun udaranya kurang nyaman. Iyalah kan , maklum saja dalam kawasan industri perkilangan
yang pesat ini, sudah tentu udaranya sedikit tercemar.
“Paksu kan dah tua, dah tak rock macam dulu.” Jawab
En. Qayyum sambil ketawa dengan perkataan ‘rock’ itu.
“Kejap lagi kita sambung lari ya
sayang. Give me a second to catch my breath.” pujuknya lagi.
“Hehehe ok paksu. Qaseh tak kisah
pun. Saja nak usik my old boyfriend ni.”
Selang beberapa minit, larian
diteruskan lagi satu pusingan dan terus pulang ke Villa Indah. Tak jauh pun
sebenarnya Villa Indah dengan bukit Layang-layang. Bersebelahan saja. Hanya dipisahkan
dengan jalan raya dan masjid jamek.
No comments:
Post a Comment