Monday, June 03, 2013

Indahnya Anugerah illahi - Bab 3

ini Bab 3 yang telah di edit dan digubah sedikit. hehehehe




_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_


Bab 3

Di ruangan dapur malam itu hingar bingar suasana jadinya. Kecoh dengan suara-suara mengusik dan juga jeritan balas. Yang mengusik itu tak lain tak bukan mestilah suara milik Afif, Afiq dan Rayyan manakala suara yang menjerit itu pula sudah tentu suara milik Qaseh.

“Apa juga lah yang kecoh-kecoh ni? Dari depan lagi dah dapat dengar suara kamu tahu. Ni mana adik?” soal Puan Arifah Jazmin pada jejaka idaman Malaya bertiga itu.

Belum sempat Afif mahupun Afiq menjawab, Rayyan pantas memintas. “Qaseh keluar aunty. Ke kolam renang agaknya.” Sambil menunjuk arah pintu.

“Apa dah jadi ni sebenarnya? Ibu risaulah kalau suasana tegang-tegang ni dah tak macam tadi. Happy je ibu tengok. Nanti kalau apa yang dirancang tak menjadi, siaplah kamu. Akan ibu panggang hidup-hidup. Ngerti kamu” keresahan hati Puan Arifah Jazmin diluahkan dan diselitkan bahasa Indonesia di hujung ayat membuatkan ketigatiga jejaka itu tersenyum dan mengangguk.

Tanpa mereka sedari, Qaseh masih berada disebalik pintu yang sengaja tidak ditutup rapat. ‘Rancangan apa ni? Apa kena-mengena rancangan ibu dengan aku? Jangan cakap rancangan ni merupakan rancangan masa depan aku? Huh! Habis lah. Uwaaaaaa nak lari..’ kalut Qaseh memikirkan apa yang baru sahaja didengarnya dari mulut Puan Arifah Jazmin sendiri.

Dah lah tadi abang Fif macam nak tersasul jek pasal akadnikah mamat creick tu. Huwaaaaaaaaa jangan cakap dia lah insan yang akan diakadnikahkan dengan aku? Oh My Allah.. serius aku nak lari. Tak mau!!! Tergeleng-geleng kepalanya menidakkan andaian sendiri.

Tapi tak boleh lah Qaseh!  Kau dah janji nak ikut cakap ibu dengan abi kan. Dan kali ini kepalanya mengangguk lemah mengiakan kata-kata dari minda nya. Aku dah nekad untuk ikut cakap abi dan ibu. Aku dah janji akan bahagia kalau abi dan ibu bahagia. Ya Allah, Redhakan lah hati ini menerima takdirMu andai ini yang Kau dah tentukan untuk aku. Hhmmmm..

“Kuatnya orang tu mengeluh sekarang ni. Dah lah tadi tergeleng-geleng. Lepas tu  angguk-angguk pula. Ape? Tengah humming lagu Anguk-angguk Geleng-geleng ke?” sakat Rayyan ingin memancing kemarahan Qaseh. Namun sindirannya terbiar sepi.

Hhmm sah berangan. Entah apa aje yang minah bulat ni fikir sampai dia tegur pun orang itu buat tak endah. Nasib baik dalam kawasan rumah. Kalau kat tempat awam buat perangai macam ni, dia rela tak mengaku kawan. Erk.. kawan ke? Hehehe kategori kawan lah juga kan. Just a different verse of “friend”. Rayyan tersenyum sendiri. Tak boleh jadi ni. Makcik bulat ni memang nak kena.

“Makcik Bulat!” sergah Rayyan dengan kuat  sambil menepuk tangan betul-betul didepan muka Qaseh.

“Maaaaakkkk!!!” pukk. Tindakan sepontan tangan Qaseh terhayun dan mengenai hidung Rayyan. Memang sedari dulu, andai terkejut pasti tangannya terhayun diluar sedar sebagai langkah berjaga-jaga.
“Woiii. Sakit lah makcik. Dah la tangan tu bulat, keme hidung aku” Jerit Rayyan sambil mengurut batang hidungnya untuk mengurangkan kesakitan.

Nasib baik tak berapa kuat. Kalau tak bikin naya je hidung mancung aku ni penyek. Huhh!. Itulah kau Rayyan, siapa suruh kau sergah dia macam tu. Kan dah dapat balasan. Ejek hati Rayyan.

“Padan muka! Siapa suruh terkejutkan orang. Kan dah dapat penangan sulung dari orang. Tu di luar sedar. Kalau sedar bukan takat tangan, dengan kaki ni sekali orang bagi.” Mulut dimuncungkan bersama mimik muka bangga kerana dapat mengenakan Rayyan walaupun secara tak sengaja. Mamat ni memang sengaja nak buat aku sakit jantung lah. Huh! Tapi nasib baik jantung aku ni sehat dan kuat.

Rayyan yang masih mengurut batang hidungnya bersama kerutan didahi tidak dipedulikan Qaseh. Dirinya terus beredar menuju ke arah buaian bersebelahan dengan kolam renang dan taman mini. Sedang dalam otak berserabut dengan pelbagai perkara terutama sekali dengan apa yang baru didengarnya tadi.

Rayyan hanya memandang susuk tubuh Qaseh berlalu meninggalkan dirinya dengan perasaan sebal. Ingin sekali untuk menerbitkan perbualan santai sepertimana dilakukan dengan Afif dan Afiq tapi sebaliknya pula yang terjadi. Tak apa Rayyan. Masa masih panjang. Sabar dan usaha gigih. Jia you!!

Ruangan itu ditinggalkan dan dirinya dibawa ke dalam rumah menuju ke tingkat atas dimana Afif dan Afiq berada. Misi mesti diteruskan ddengan harapan kejayaan pasti digengam. Echeh, dah macam nak pergi pertandingan pidato lah pula. heheh

*********************************

Di ruang rehat ditingkat atas Villa Indah ini, Afif dan Afiq sedang asyik dengan permainan video PS2. Riuh mulut masing-masing. Bermain dengan penuh emosi memang macam tu. Kecoh jadinya.

Afiq yang perasan kelibat Rayyan di tangga menegur jejaka itu, yang nampak gayanya seperti orang baru lepas kalah judi.

“Kenapa dengan hidung kau bro?” soal Afiq bila melihat hidung Rayyan merah dan muka jejaka itu sedikit mencuka.

“Adik kau punya pasal lah ni. Aku cakap baik-baik dia tak dengar. Berangan agaknya so aku sergah lah. Rupanya ‘bala’ spontan masa terkejut dia tu tak hilang lagi sejak dulu. Ni la dapatnya.” Jawab Rayyan sambil menunjuk kearah hidungnya yang masih merah. Nasib baik tak berdarah.

Serentak dengan jawapan yang keluar dari mulut Rayyan, berdekah-dekah Afif dan Afiq ketawa.  Sempat lagi Afif buat gaya gelak guling-guling sambil peluk kusyen kecil yang sedari tadi menjadi alas dadanya tika meniarap.

“haha adoi la hai. Lawak lah kau ni bro. Bukan kau tak tau Qaseh tu kalau terkejut memang macam tu. Yang kau pergi sergah dia tu kenapa?” Soal Afif bersama tawa yang masih belum reda. Penat pula ketawa style guling-guling ni. Kata hati Afif lantas bangun dan duduk bersila di sebelah Rayyan yang sedang memeluk lutut.

“Aku lupa la beb. Hehehehe tu lah kan. Dah nasib badan dapat bakal bini brutal. Tapi nasib baik cute-miut. Aku redha beb. Hehe” Jawab Rayyan selamba bersama tawa gelihati. Afif dan Afiq juga turut ketawa.

“Jangan  nanti masa malam pertama badan kau dah berbirat kena belasah dengan minah bulat tu sudah la yek!” sakat Afiq bersama gelak natesnya. Begitu juga dengan Afif. Gelaknya yang tadi baru sahaja reda, kini bersambung dan kali ini lebih galak mentertawakan Rayyan.

Rayyan hanya mampu memandang telatah nakal dua orang sahabatnya itu. Dua orang sahabat yang bakal bertukar status kepada abang ipar. Hahaha lawak pun ada juga. Apa tak nya, umur aku dengan Afif sama. Afiq muda 2 tahun dari aku. Nak ke dia kalau aku gelarkan dia abang Fiq? Mahu hijau muka mamat tu kalau dengar. Hahahaha agaknya sekarang ni dia masih tak perasan akan panggilan tu bakal bertukar. Hehehehe. Kali ini, senyuman lebar pula terukir dibibir Rayyan tanda gelihati dengan bayangan dari mindanya sendiri.



************************************

Sambil merenung langit malam yang dhiasi kerlipan indah oleh bintang-bintang sedikit-sebanyak dapat meredakan perasaannya yang sedang gelisah..

Jantung ni dah kenapa? Saja je kau gatal nak berdegup lebih laju dari biasa kan. Takkan lah kerana terkejut dek sergahan mamat creik tu kau nak kerja lebih masa wahai cik jantung? Ke sebab tengok muka mamat creick tu yang luarbiasa gayanya masa menahan sakit dek penangan sulung aku ni? hehehehehe. Eh kejap. Apasal pula muka mamat tu yang aku nampak. Bahaya ni. Hati ni bakal menderhakai tuannya. Sama seperti jantungnya. Huh!! Jangan cari bala Qaseh. Dia dah ada girlfriend. Lagipun selama ni kan kau tak suka dia. Ignore je. Tapi hati ni dari tadi duk dendang lagu rindu. Ughhh jangan hati. Jangan sesekali bermain api. Nanti kau juga yang hangus.

‘Haish! Aku bukan rindu kat mamat creick tu. Aku rindu dekat………... Faiq Asyraf.’ Sayu sahaja hati Qaseh bila menyebut nama itu. Faiq.. maafkan Qaseh. Ya Allah Ya Rabb’ul alamin. Redakanlah kesakitan jiwa ku ini Ya Tuhanku. Redhakanlah hati ini menerima takdirmu. Rinting hati Qaseh. Dirinya hanyut didalam kenangan lalu. Angina yang menghembus mukanya makin merancancakkan lagi putaran memori lampau yang mengembirakan hatinya. Dakalanya, Qaseh tertawa sendiri mengingati moment indah itu.

 “ni apa fasal pula ketawa sorang-sorang ni? Tengah berangan ke tersampuk jin?” tegur satu suara dari arah belakangnya.

Mendengarkan suara yang sangat-sangat dikenali dan dirindui itu, Qaseh berpaling bersama senyuman. Lihat saja empunya diri yang sedang berdiri sambil menjinjing beg computer riba disebelah kanan dan satu beg beroda berisi pakaian yang besar disebelah kiri, Qaseh lantas bangun dan berlari mendapatkan insan itu.

Diri insan yang telah lama tidak dijumpai itu dipeluk erat bagi melepaskan rindu. Pelukan berbalas dan satu kucupan singgah di dahi Qaseh.

“how are you my dear girl? You’ve grown so big in fact bigger than me? Makan banyak ye sayang?” pipi Qaseh dicubit dengan cubitan manja. Sedang Qaseh pula sudah berendam airmata.

“hey, what’s wrong girl? Menangis kenapa ni? Tak suka tengok I balik sini ke? Sedih lah macam ni. I merajuk. Bye. Nak cari hotel. Ya lah kan, kita balik ni for good tapi orang tu menangis macam apa je.” Sengaja ayat rajuk dikemukakan dan menjarakkan dirinya sedikit seakan-akan mahu meninggalkan Qaseh kerana dia tahu Qaseh pasti ketawa dengan kata-katanya.

“heeeee apa la my old boyfriend ni, nak merajuk pulak dia. Hey! You’re the one who should pujuk orang tau? Hehehe ok ok orang tak nangis lagi. Orang just terlalu happy. This is a happy tears ya know.. Ahhhh I miss you a lot.” Seraya itu juga Qaseh memeluk jejaka itu sekali lagi.

Rayyan yang memandang dari kejauhan sudah tidak betah untuk duduk diam. Panas hatinya melihat drama sebabak yang terlayar didepan mata. Kulit mukanya yang putih sudahpun berona merah. Sampaikan telinganya pun turut merah. Menahan marah sampai begitu sekali.

Apa lah yang minah ni buat? Tak tahu ke orang perempuan tak boleh sentuh tangan lelaki yang bukan mahramnya. Inikan pula nak peluk bagai dunia ni dia yang punya! Dah lah tu, dah tua. Layak panggil pakcik je. Haishhh! Rungut Rayyan di dalam hatinya. Malas mahu melayan sakit hati, langkah diatur laju masuk ke dalam rumah mendapatkan kedua orang tuanya. Niat asal mahu memanggil Qaseh masuk sudah dikuburkan bersama riak wajah yang mencuka.

Dirinya dihempas duduk di sofa bersebelahan ibunya, Puan Raudhah bersama keluhan dan muncung. Lagaknya yang seperti anak manja tak dapat apa yang diingini itu menjadi perhatian seisi rumah yang sedang berbincang dari tadi.

“ni kenapa masam mencuka wajah kamu ni Ray? Mana Qaseh?” soal Puan Arifah Jazmin bila melihat Rayyan masuk seorang diri tanpa Qaseh.

Soalan bakal ibu mertuanya itu dibiar sepi seketika. Nafas ditarik panjang dan dilepas bersama keluhan kecewa.

“Qaseh dah ada pengganti Faiq lah aunty. Dan orang tu ada kat luar tengah peluk Qaseh. Batalkan jek lah rancangan perkahwinan ni. Kahwinkan aja mereka tu.” Maklum Rayyan pada semua dengan suara yang kecewa dan riak wajah yang muram.

Semua yang mendengar apa yang terkeluar dari mulut Rayyan sudah melopong. Afif dan Afiq jam itu juga meluru keluar untuk mengetahui siapa gerangan insan yang Qaseh peluk. Kemudian barulah diikuti Tuan Qaleef dan Puan Arifah Jazmin. Dr. Hasif dan Puan Raudhah saling berpandangan sesama sendiri dan kemudian pandangan mereka jatuh pada wajah kusut anaknya, Rayyan. Bahu Rayyan dipeluk mesra.

“Sabarlah sayang. Jangan cepat melatah. Mari kita keluar tengok siapa orang tu.” Ajak Puan Raudhah.

Rayyan pula hanya menekur pandangan kebawah memandang corak karpet bulu tebal yang menjadi alas ruangan itu.

Tak mengapa Ya Allah. Aku akan anggap ini dugaan dariMu untukku. Dan aku pasti janjiMu bukan palsu Ya Allah. Qaseh lah yang Kau gambarkan sebagai jawapan pada istikharahku. Aku yakin Ya Rabb. Pujuk hati Rayyan.

Aikk, riuh semacam je dekat luar tu. Ni bukan riuh sedih dan kecewa ni. Ni lebih pada riuh gembira. Perhhhh Ya Allah, janganlah Kau duga aku lagi ya tuhan. Aku tak mampu untuk menghadapinya. Detak hati Rayyan lagi.

Perasaan ingin tahunya membuak-buak lantas punggung diangkat dan melangkah ke pintu utama. Dari muka pintu dapat dilihat Afif dan Afiq yang sedang tertawa. Lagaknya seperti mentertawakan dirinya. Manakala lelaki yang memeluk Qaseh tadinya, kini sedang berpelukan dengan Tuan Qaleef pula. Erkkk apakah? Jangan-jangan… Rayyan sudah tak sanggup untuk meneruskan telahan otaknya. Aku salah sangka ke ni? Soalnya pada diri sendiri.


Mata dikerling pada Afif dan Afiq yang masih lagi tertawa sambil memandangnya. Sah!! Aku dah salah sangka. Alamak Ya Allah. Malunya! Mana nak letak muka yang hensem lagi macho ni. Depan semua pulak tu aku… arhhh! malu malu malu.. astagfirullah al’adzim, astagfirullah al’adzim, astagfirullah al’adzim. Astarafal Rayyan berkali-kali. Kulit mukanya jangan cakap lah. Dah kalah kaler strawberry gaya merahnya.

Bersambung..

**********************

Maaf ya.... Nama watak Ammar Asyraf saya tukarkan pada Faiq Asyraf. hehehehe reason?? kuikuikui no reason.. hehehe

Enjoy!!





No comments:

Post a Comment