_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_
Bab 3
Di ruangan dapur malam itu hingar
bingar suasana jadinya. Kecoh dengan suara-suara mengusik dan juga jeritan
balas. Yang mengusik itu tak lain tak bukan mestilah suara milik Afif, Afiq dan
Rayyan manakala suara yang menjerit itu pula sudah tentu suara milik Qaseh.
“Apa juga lah yang kecoh-kecoh
ni? Dari depan lagi dah dapat dengar suara kamu tahu. Ni mana adik?” soal Puan
Arifah Jazmin pada jejaka idaman Malaya
bertiga itu.
Belum sempat Afif mahupun Afiq
menjawab, Rayyan pantas memintas. “Qaseh keluar aunty. Ke kolam renang
agaknya.” Sambil menunjuk arah pintu.
“Apa dah jadi ni sebenarnya? Ibu
risaulah kalau suasana tegang-tegang ni dah tak macam tadi. Happy je ibu
tengok. Nanti kalau apa yang dirancang tak menjadi, siaplah kamu. Akan ibu
panggang hidup-hidup. Ngerti kamu” keresahan hati Puan Arifah Jazmin diluahkan
dan diselitkan bahasa Indonesia di hujung ayat membuatkan ketigatiga jejaka itu
tersenyum dan mengangguk.
Tanpa mereka sedari, Qaseh masih
berada disebalik pintu yang sengaja tidak ditutup rapat. ‘Rancangan apa ni? Apa
kena-mengena rancangan ibu dengan aku? Jangan cakap rancangan ni merupakan
rancangan masa depan aku? Huh! Habis lah. Uwaaaaaa nak lari..’ kalut Qaseh
memikirkan apa yang baru sahaja didengarnya dari mulut Puan Arifah Jazmin
sendiri.
Dah lah tadi abang Fif macam nak
tersasul jek pasal akadnikah mamat creick tu. Huwaaaaaaaaa jangan cakap dia lah
insan yang akan diakadnikahkan dengan aku? Oh My Allah.. serius aku nak lari.
Tak mau!!! Tergeleng-geleng kepalanya menidakkan andaian sendiri.
Tapi tak boleh lah Qaseh! Kau dah janji nak ikut cakap ibu dengan abi kan . Dan kali ini
kepalanya mengangguk lemah mengiakan kata-kata dari minda nya. Aku dah nekad
untuk ikut cakap abi dan ibu. Aku dah janji akan bahagia kalau abi dan ibu bahagia.
Ya Allah, Redhakan lah hati ini menerima takdirMu andai ini yang Kau dah
tentukan untuk aku. Hhmmmm..
“Kuatnya orang tu mengeluh sekarang
ni. Dah lah tadi tergeleng-geleng. Lepas tu
angguk-angguk pula. Ape? Tengah humming lagu Anguk-angguk Geleng-geleng
ke?” sakat Rayyan ingin memancing kemarahan Qaseh. Namun sindirannya terbiar
sepi.
Hhmm sah berangan. Entah apa aje
yang minah bulat ni fikir sampai dia tegur pun orang itu buat tak endah. Nasib
baik dalam kawasan rumah. Kalau kat tempat awam buat perangai macam ni, dia
rela tak mengaku kawan. Erk.. kawan ke? Hehehe kategori kawan lah juga kan . Just a different
verse of “friend”. Rayyan tersenyum sendiri. Tak boleh jadi ni. Makcik bulat ni
memang nak kena.
“Makcik Bulat!” sergah Rayyan
dengan kuat sambil menepuk tangan
betul-betul didepan muka Qaseh.
“Maaaaakkkk!!!” pukk. Tindakan
sepontan tangan Qaseh terhayun dan mengenai hidung Rayyan. Memang sedari dulu,
andai terkejut pasti tangannya terhayun diluar sedar sebagai langkah
berjaga-jaga.
“Woiii. Sakit lah makcik. Dah la
tangan tu bulat, keme hidung aku” Jerit Rayyan sambil mengurut batang hidungnya
untuk mengurangkan kesakitan.
Nasib baik tak berapa kuat. Kalau
tak bikin naya je hidung mancung aku ni penyek. Huhh!. Itulah kau Rayyan, siapa
suruh kau sergah dia macam tu. Kan
dah dapat balasan. Ejek hati Rayyan.
“Padan muka! Siapa suruh
terkejutkan orang. Kan
dah dapat penangan sulung dari orang. Tu di luar sedar. Kalau sedar bukan takat
tangan, dengan kaki ni sekali orang bagi.” Mulut dimuncungkan bersama mimik
muka bangga kerana dapat mengenakan Rayyan walaupun secara tak sengaja. Mamat
ni memang sengaja nak buat aku sakit jantung lah. Huh! Tapi nasib baik jantung
aku ni sehat dan kuat.
Rayyan yang masih mengurut batang
hidungnya bersama kerutan didahi tidak dipedulikan Qaseh. Dirinya terus beredar
menuju ke arah buaian bersebelahan dengan kolam renang dan taman mini. Sedang
dalam otak berserabut dengan pelbagai perkara terutama sekali dengan apa yang
baru didengarnya tadi.
Rayyan hanya memandang susuk
tubuh Qaseh berlalu meninggalkan dirinya dengan perasaan sebal. Ingin sekali
untuk menerbitkan perbualan santai sepertimana dilakukan dengan Afif dan Afiq
tapi sebaliknya pula yang terjadi. Tak apa Rayyan. Masa masih panjang. Sabar
dan usaha gigih. Jia you!!
Ruangan itu ditinggalkan dan
dirinya dibawa ke dalam rumah menuju ke tingkat atas dimana Afif dan Afiq
berada. Misi mesti diteruskan ddengan harapan kejayaan pasti digengam. Echeh,
dah macam nak pergi pertandingan pidato lah pula. heheh
*********************************
Di ruang rehat ditingkat atas
Villa Indah ini, Afif dan Afiq sedang asyik dengan permainan video PS2. Riuh
mulut masing-masing. Bermain dengan penuh emosi memang macam tu. Kecoh jadinya.
Afiq yang perasan kelibat Rayyan
di tangga menegur jejaka itu, yang nampak gayanya seperti orang baru lepas kalah
judi.
“Kenapa dengan hidung kau bro?”
soal Afiq bila melihat hidung Rayyan merah dan muka jejaka itu sedikit mencuka.
“Adik kau punya pasal lah ni. Aku
cakap baik-baik dia tak dengar. Berangan agaknya so aku sergah lah. Rupanya
‘bala’ spontan masa terkejut dia tu tak hilang lagi sejak dulu. Ni la
dapatnya.” Jawab Rayyan sambil menunjuk kearah hidungnya yang masih merah.
Nasib baik tak berdarah.
Serentak dengan jawapan yang keluar
dari mulut Rayyan, berdekah-dekah Afif dan Afiq ketawa. Sempat lagi Afif buat gaya gelak guling-guling sambil peluk kusyen
kecil yang sedari tadi menjadi alas dadanya tika meniarap.
“haha adoi la hai. Lawak lah kau
ni bro. Bukan kau tak tau Qaseh tu kalau terkejut memang macam tu. Yang kau
pergi sergah dia tu kenapa?” Soal Afif bersama tawa yang masih belum reda.
Penat pula ketawa style guling-guling ni. Kata hati Afif lantas bangun dan
duduk bersila di sebelah Rayyan yang sedang memeluk lutut.
“Aku lupa la beb. Hehehehe tu lah
kan . Dah
nasib badan dapat bakal bini brutal. Tapi nasib baik cute-miut. Aku redha beb.
Hehe” Jawab Rayyan selamba bersama tawa gelihati. Afif dan Afiq juga turut
ketawa.
“Jangan nanti masa malam pertama badan kau dah
berbirat kena belasah dengan minah bulat tu sudah la yek!” sakat Afiq bersama
gelak natesnya. Begitu juga dengan Afif. Gelaknya yang tadi baru sahaja reda,
kini bersambung dan kali ini lebih galak mentertawakan Rayyan.
Rayyan hanya mampu memandang
telatah nakal dua orang sahabatnya itu. Dua orang sahabat yang bakal bertukar
status kepada abang ipar. Hahaha lawak pun ada juga. Apa tak nya, umur aku
dengan Afif sama. Afiq muda 2 tahun dari aku. Nak ke dia kalau aku gelarkan dia
abang Fiq? Mahu hijau muka mamat tu kalau dengar. Hahahaha agaknya sekarang ni
dia masih tak perasan akan panggilan tu bakal bertukar. Hehehehe. Kali ini,
senyuman lebar pula terukir dibibir Rayyan tanda gelihati dengan bayangan dari
mindanya sendiri.
************************************
Sambil merenung langit malam yang
dhiasi kerlipan indah oleh bintang-bintang sedikit-sebanyak dapat meredakan
perasaannya yang sedang gelisah..
Jantung ni dah kenapa? Saja je
kau gatal nak berdegup lebih laju dari biasa kan . Takkan lah kerana terkejut dek sergahan
mamat creik tu kau nak kerja lebih masa wahai cik jantung? Ke sebab tengok muka
mamat creick tu yang luarbiasa gayanya masa menahan sakit dek penangan sulung
aku ni? hehehehehe. Eh kejap. Apasal pula muka mamat tu yang aku nampak. Bahaya
ni. Hati ni bakal menderhakai tuannya. Sama seperti jantungnya. Huh!! Jangan
cari bala Qaseh. Dia dah ada girlfriend. Lagipun selama ni kan kau tak suka dia. Ignore je. Tapi hati
ni dari tadi duk dendang lagu rindu. Ughhh jangan hati. Jangan sesekali bermain
api. Nanti kau juga yang hangus.
‘Haish! Aku bukan rindu kat mamat
creick tu. Aku rindu dekat………... Faiq Asyraf.’ Sayu sahaja hati Qaseh bila
menyebut nama itu. Faiq.. maafkan Qaseh. Ya Allah Ya Rabb’ul alamin. Redakanlah
kesakitan jiwa ku ini Ya Tuhanku. Redhakanlah hati ini menerima takdirmu.
Rinting hati Qaseh. Dirinya hanyut didalam kenangan lalu. Angina yang
menghembus mukanya makin merancancakkan lagi putaran memori lampau yang
mengembirakan hatinya. Dakalanya, Qaseh tertawa sendiri mengingati moment indah
itu.
“ni apa fasal pula ketawa sorang-sorang ni?
Tengah berangan ke tersampuk jin?” tegur satu suara dari arah belakangnya.
Mendengarkan suara yang
sangat-sangat dikenali dan dirindui itu, Qaseh berpaling bersama senyuman.
Lihat saja empunya diri yang sedang berdiri sambil menjinjing beg computer riba
disebelah kanan dan satu beg beroda berisi pakaian yang besar disebelah kiri,
Qaseh lantas bangun dan berlari mendapatkan insan itu.
Diri insan yang telah lama tidak
dijumpai itu dipeluk erat bagi melepaskan rindu. Pelukan berbalas dan satu
kucupan singgah di dahi Qaseh.
“how are you my dear girl? You’ve
grown so big in fact bigger than me? Makan banyak ye sayang?” pipi Qaseh
dicubit dengan cubitan manja. Sedang Qaseh pula sudah berendam airmata.
“hey, what’s wrong girl? Menangis
kenapa ni? Tak suka tengok I balik sini ke? Sedih lah macam ni. I merajuk. Bye.
Nak cari hotel. Ya lah kan ,
kita balik ni for good tapi orang tu menangis macam apa je.” Sengaja ayat rajuk
dikemukakan dan menjarakkan dirinya sedikit seakan-akan mahu meninggalkan Qaseh
kerana dia tahu Qaseh pasti ketawa dengan kata-katanya.
“heeeee apa la my old boyfriend
ni, nak merajuk pulak dia. Hey! You’re the one who should pujuk orang tau?
Hehehe ok ok orang tak nangis lagi. Orang just terlalu happy. This is a happy
tears ya know.. Ahhhh I miss you a lot.” Seraya itu juga Qaseh memeluk jejaka
itu sekali lagi.
Rayyan yang memandang dari
kejauhan sudah tidak betah untuk duduk diam. Panas hatinya melihat drama
sebabak yang terlayar didepan mata. Kulit mukanya yang putih sudahpun berona
merah. Sampaikan telinganya pun turut merah. Menahan marah sampai begitu
sekali.
Apa lah yang minah ni buat? Tak
tahu ke orang perempuan tak boleh sentuh tangan lelaki yang bukan mahramnya.
Inikan pula nak peluk bagai dunia ni dia yang punya! Dah lah tu, dah tua. Layak
panggil pakcik je. Haishhh! Rungut Rayyan di dalam hatinya. Malas mahu melayan
sakit hati, langkah diatur laju masuk ke dalam rumah mendapatkan kedua orang
tuanya. Niat asal mahu memanggil Qaseh masuk sudah dikuburkan bersama riak
wajah yang mencuka.
Dirinya dihempas duduk di sofa
bersebelahan ibunya, Puan Raudhah bersama keluhan dan muncung. Lagaknya yang
seperti anak manja tak dapat apa yang diingini itu menjadi perhatian seisi
rumah yang sedang berbincang dari tadi.
“ni kenapa masam mencuka wajah
kamu ni Ray? Mana Qaseh?” soal Puan Arifah Jazmin bila melihat Rayyan masuk
seorang diri tanpa Qaseh.
Soalan bakal ibu mertuanya itu
dibiar sepi seketika. Nafas ditarik panjang dan dilepas bersama keluhan kecewa.
“Qaseh dah ada pengganti Faiq lah
aunty. Dan orang tu ada kat luar tengah peluk Qaseh. Batalkan jek lah rancangan
perkahwinan ni. Kahwinkan aja mereka tu.” Maklum Rayyan pada semua dengan suara
yang kecewa dan riak wajah yang muram.
Semua yang mendengar apa yang
terkeluar dari mulut Rayyan sudah melopong. Afif dan Afiq jam itu juga meluru
keluar untuk mengetahui siapa gerangan insan yang Qaseh peluk. Kemudian barulah
diikuti Tuan Qaleef dan Puan Arifah Jazmin. Dr. Hasif dan Puan Raudhah saling berpandangan
sesama sendiri dan kemudian pandangan mereka jatuh pada wajah kusut anaknya,
Rayyan. Bahu Rayyan dipeluk mesra.
“Sabarlah sayang. Jangan cepat
melatah. Mari kita keluar tengok siapa orang tu.” Ajak Puan Raudhah.
Rayyan pula hanya menekur pandangan
kebawah memandang corak karpet bulu tebal yang menjadi alas ruangan itu.
Tak mengapa Ya Allah. Aku akan
anggap ini dugaan dariMu untukku. Dan aku pasti janjiMu bukan palsu Ya Allah.
Qaseh lah yang Kau gambarkan sebagai jawapan pada istikharahku. Aku yakin Ya
Rabb. Pujuk hati Rayyan.
Aikk, riuh semacam je dekat luar
tu. Ni bukan riuh sedih dan kecewa ni. Ni lebih pada riuh gembira. Perhhhh Ya
Allah, janganlah Kau duga aku lagi ya tuhan. Aku tak mampu untuk menghadapinya.
Detak hati Rayyan lagi.
Perasaan ingin tahunya
membuak-buak lantas punggung diangkat dan melangkah ke pintu utama. Dari muka
pintu dapat dilihat Afif dan Afiq yang sedang tertawa. Lagaknya seperti
mentertawakan dirinya. Manakala lelaki yang memeluk Qaseh tadinya, kini sedang
berpelukan dengan Tuan Qaleef pula. Erkkk apakah? Jangan-jangan… Rayyan sudah
tak sanggup untuk meneruskan telahan otaknya. Aku salah sangka ke ni? Soalnya
pada diri sendiri.
Mata dikerling pada Afif dan Afiq
yang masih lagi tertawa sambil memandangnya. Sah!! Aku dah salah sangka. Alamak
Ya Allah. Malunya! Mana nak letak muka yang hensem lagi macho ni. Depan semua
pulak tu aku… arhhh! malu malu malu.. astagfirullah al’adzim, astagfirullah
al’adzim, astagfirullah al’adzim. Astarafal Rayyan berkali-kali. Kulit mukanya
jangan cakap lah. Dah kalah kaler strawberry gaya merahnya.
Bersambung..
**********************
Maaf ya.... Nama watak Ammar Asyraf saya tukarkan pada Faiq Asyraf. hehehehe reason?? kuikuikui no reason.. hehehe
Enjoy!!
