Enjoy reading!!!!
_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+
Faiq Asyraf.. kenapa aku tak
boleh nak lupakan kau. Ke mana saja aku pergi, hati ini kerap menyeru nama kau
and it hurts a lot.
Aku tak boleh macam ni! Qaseh, kau dah janji kan untuk tabahkan hati.
Faiq Asyraf dah jadi kenangan lalu yang hanya boleh dikenang. Jangan terlalu
mengikut perasaan, nanti kau juga yang sedih sendiri. Sabar Qaseh. Ini semua
ujian buat kau. Dan, ujian ini tandanya Allah sayangkan kau. Dia nak kau lebih
rapat denganNya. Muhasabah diri Qaseh. Ingatlah, seorang anak yang mengutama
dan mengembirakan orang tuanya bakal mendapat ganjaran yang besar dari Allah.
Pujuk hati Qaseh bertalu-talu sambil menghayati lagu-lagu yang berkumandang
dari pemain mp3 di telinganya.
Where there is desire
There is gonna be a flame
Where there is a flame
Someone’s bound to get burned
But just because it burns doesn’t
mean you’re gonna die
You’ve gotta get up and try and
try and try
You’ve gotta get up and try and
try and try
Leka juga Qaseh menghayati sambil
menyanyikan korus lagu Try nyanyian Pink. Salah satu artis kegemarannya kerana
kebanyakan lagu yang dinyanyikan oleh artis tersebut kena dengan jiwanya.
Liriknya pula lebih kepada kehidupan dan tak semuanya tentang cinta.
Yup Qaseh, you’ve gotta get up
and try and try and try in no matter what you do dan jangan lupa tawakal pada
Allah.
“Huaarrgghh!!!”
“maaaaa!!!..” Qaseh terjerit.
Dalam pada itu terdengar suara orang mengaduh lantas dipandang insan yang
mengaduh itu.
“erk.. sorry.. sorry.. pergerakan
tanpa kawalan minda. Are you okay sir?” soal Qaseh cemas.
Mahu tak cemas. Muka pakcik ni
dah merah padam menahan sakit. Tapi siapa dia ni ek? Suka suki aje nak sergah
aku. Hah, kan
dah dapat hadiah best. Tapi macam kenallah.. erk..
“I’m okay. It just sting a bit...
arhhh.. woohhh powerful hit girl.. mesti dapat bakat terpendam ni dari Jazmin kan ?” Hidung
dikerut-kerutkan untuk mengurangkan kesengalan.
“haa?? You know my mom? Eh, awak boleh
cakap melayu? Muka awak macam familiar la... Jang…”
Qaseh tidak menghabiskan ayatnya.
Melihatkan senyuman jejaka awal empat-puluhan dihadapannya ini mengingatkannya
pada Puan Arifah Jazmin.
Melihatkan dahi Qaseh yang berkerut-kerut
cuba
mengingati sesuatu, Rifqi tertawa kecil sebelum memperkenalkan dirinya.
“Hai.. saya Rifqi. Muhamad Rifqi
Iman Abdullah Jackson. But you can call me uncle Rifqi.” Tangan dihulur untuk
membantu Qaseh turun dari batu yang agak tinggi itu. Dalam hati dah membebel
panjang. Tak yakin dengan kebolehan anak saudaranya yang sorang ini agaknya.
***************************
‘Minah ni dah kenape duduk menung
panjang pulak? Tayang muka sedih pulak tu. Tak boleh jadi ni.. kena buat
sesuatu ni’ ujar Rayyan sendirian dan mahu berlalu dari balkoni bilik yang
didudukinya bersama Afif dan Afiq.
Namun belum sempat pergerakan
dimulakan, Qaseh terlebih dahulu disergah oleh seorang ‘mat saleh’ yang baru je
tadi diperkenalkan oleh Puan Arifah Jazmin sebagai adiknya.
Hhmmm nasib baik pangkat pakcik.
Kalau bukan, tak fasal-fasal kena bersaing. Erkk.. Bersaing?? Hehehe perasanlah
kau ni Rayyan. Hatinya tertawa dengan ulasan minda. Nasib baik juga sudah
diperkenalkan. Kalau tak, mahunya aku malu dua kali. Huhu. Desis hati Rayyan
lagi.
“Apa yang kau tengok tu? Syok
semacam je aku tengok” Soal Afif.
“Atau lebih tepat lagi “Siapa”
yang kau tengok tu? Hehehe” sampuk Afiq pula sambil ketawa menyakat. Afif juga
turut ketawa. Kening dijongkitkan berkali-kali.
“Sibuk la korang ni…. Beta baru
hendak merehatkan minda sambil menikmati dan mensyukuri nikmat pemandangan
anugerah Illahi ini. Minggir.. minggir kamu” Jawab Rayyan dengan gaya seorang Raja pada
zaman dahulu. Siap dengan pergerakan tangan menyuruh mamat berdua ni ketepi dan
tidak menyesakkan ruang balkoni yang agak kecil. Muka sengaja di’kerek’kan .
“Eleh sudah lah kau. Nak
ber’Beta’ bagai. Bajet Raja la..” Sela Afif.
“Raja mana?” Soal Afiq pula
meniru gaya
suara Ramlee dalam cerita Seniman Bujang Lapok.
“Raja kapurrrrrrrr.. kahkahkah”
Jawab Afif dan mereka ketawa berdekah-dekah.
Rayyan yang jadi mangsa usikan
mereka turut juga ketawa. Tak menahan bila mengingati adegan tersebut. Terutama
bila Aziz jawab ‘eh apa da gomak..’ hehehehe
“Hei Raja Kapur Rayyan, kenapa
muka kau merah? Nak kata panas, dalam bilik ni ada air-condition. Ke….. Kau
blushing?” sakat Afiq lagi.
“Eh apa da blushing” jawab Rayyan
selenga meniru gaya
Aziz dalam adegan itu dan berlalu dari balkoni menuju ke pintu untuk keluar.
Sengal lah mangkuk dua orang ni! Dalam hati sempat juga mengutuk.
Afiq yang kini berdiri ditempat
Rayyan berdiri tadi menebarkan pandangan pada apa yang dipandang Rayyan. Adik?
Uncle Rifqi?
‘Ohoho pandang buah hati dengan
jejaka kacak.. tapi nasib baik encik tu dah diperkenalkan tadi.. kalau tak,
memang confirm muka tu merah sebab jeles. Ke sebab malu tersalah orang? Hehehe’
Terkekeh-kekeh Afiq bersama telahan mindanya.
Afif yang memerhati telatah
adiknya turut sama menghalakan pandangan pada dua susuk tubuh yang amat
dikenalinya. Lantas muka Afiq dipandang. Begitu juga Afiq. Senyuman ‘nates’
mekar dibibir masing. Ditambah pula dengan anggukan kepala Afiq maka makin lebar
senyuman Afif.
“Terkenang detik ketebalan muka
petang hari tu rupanya ya?” Telah Afif pula. Dengan anggukan Afiq yang beriya,
serentak itu juga mereka berdua ketawa.
“Apa yang lawak sangat ni? macam
menarik je isunya uncle tengok” Soal Encik Qayyum dari balkoni sebelah.
“Hehehehe.. saja kita orang menyakat
Rayyan.” Jawab Afiq bersama senyuman yang masih belum pudar.
“Rayyan mana?” Belum sempat
kedua-dua beradik itu menjawab, Encik Qayyum sekali lagi bersuara. “Tu bukan ke
Rayyan, Qaseh dengan Rifqi?” Mata menyorot pada kedudukan insan-insan yang
diperkatakan tadi.
“Wohhh!! Bersuka ria dalam air
tak ajak kita orang.” Serentak mereka berkata dan bergegas mahu keluar. Afif
sudah mendahului menuju ke pintu. Tetapi Afiq pula mengambil jalan pintas.
Dilompatnya saja pagar balkoni itu dan berlari menuju ke tempat dimana mereka
yang sedang berpesta air itu.
Qayyum yang melihat gelagat anak
saudaranya yang sorang ini hanya mampu menggelengkan kepala. Teringat
kelincahannya dahulu. Kedudukannya di atas kerusi malas di balkoni itu
diselesakan. Pandangan dihala melihat mereka yang sedang bersuka ria. Sedikit
demi sedikit, kenangan lama berlayar dimata.
*********************************************
“Adik apa fasal tiba-tiba je
peluk uncle Rif dari belakang? Tak aci lah
macam ni…” Afiq bersuara. Tidak puas hati tidak dapat mengenakan adiknya. Tadi
sampai-sampai saja terus bedebush dalam air. Nasib baik tak berapa dalam Kolam
Puteri ni. Cuma paras dada. Ingat nak kenakan Qaseh, rupanya sendiri terkena.
Afif yang masih di tebing berdekatan dengan Qaseh dan Rifqi dikerling geram
kerana bersekongkol dengan Qaseh. Afif hanya tersenyum gelihati sambil
menjongkit bahu.
“Biar la.. adik punya suka la..
Nak lepas rindu kan
uncle.” Rifqi hanya tersenyum dengan jawapan Qaseh.
”Fiqa tu yang poyo. Siapa suruh
simbah air kat adik. Habis basah tau.” Tambah Qaseh lagi.
Mendengarkan gelaran dirinya
sudah bertukar, makin bulat matanya tanda amaran. “Padan muka. Siapa suruh
tolak aku masuk, dapatlah bahagian!”
“Eleh, mana ada orang tolak! Dia
tu tadi lari laju-laju bajet adik tak tau lah yang dia tu nak tolak kita? huh”
jawab Qaseh geram sambil berdiri disebelah Rifqi sehingga terlupa akan dirinya
yang lencun dan bajunya melekap elok pada badan. “Nasib baik abang Fif tolak
adik ketepi. Kalau tak naye jek” Tambah Qaseh lagi bersama jeliran lidah
dihujung ayatnya.
Langkah diatur kemas menuju ke
bilik untuk menukar pakaian. “Sengal punya abang! Habis basah baju aku. Kalau
baju jek yang basah tak apa lagi. Ini tak. Dengan mp3 player aku sekali lencun.
Kalau tak function lepas ni siap kau. Aku mintak abi beli baru, tolak allowance
kau. Huh! Dasar monyet!’ Sepanjang jalan Qaseh membebel. Pandangan nakal dari
pengunjung lelaki yang ada tidak dihiraukan malah dijelingnya lagi ada. Langkah
dilajukan lagi.
**********************************
Dalam geram kerana rancangannya
dihidu awal, matanya menyorot juga pada Qaseh yang kebasahan itu. Baru dia
perasan sesuatu. ‘laaa sape suruh pakai t-shirt putih! Dah tau nak mandi manda
tempat open macam ni. huh sengal jugak adik aku ni’.
Muka ditenangkan. Bebelan Qaseh
tidak dihiraukan. Wajah Rayyan dikerling. ‘ni lagi sorang. Mata tu tak boleh
nak cover langsung. Agaknya kalau pandangan tu berupa laser, dah lama tembus’
bebel hatinya. Dirinya ditenggelamkan dalam air dan perlahan-lahan Rayyan
didekati.
“Huaaarrrggghhh” Terus sahaja
Afiq melompat gaya
‘Swamp thing’. Satu cerita ketika zaman kanak-kanaknya dulu. Betul-betul ditepi
Rayyan sambil memaut bahu kawan tu.
Tak sempat Rayyan nak jerit dek rasa
terkejut, dirinya telahpun dibenamkan di dalam air. Dalam hati menyumpah seranah
jugak pada si pelakunya.
Tercungap-cungap Rayyan cuba berdiri.
“Gila kau! Ni gaya
nak membunuh aku siot!!..” Jerit Rayyan geram. Afiq pula dah berdekah-dekah
ketawanya. Sahaja je muka dia bila Rayyan pukul air ke mukanya.
“Tu lah kau. Mata kau tu kalau
rupa laser agaknya dah lama tembus adik aku tu kau pandang.”
Baru terperasan akan dirinya yang
hanyut dek hasutan cik nates yang bergayut dimatanya. “Erkk.. Astaghfirullah.. he
he he.. Terlebih sudah. Hahahahaha sorry bro.. Can’t help it. Cantik sangat anugerah
Allah tu bila dia lencun macam tu. Kalah puteri Gunung Ledang. lagi lah bila..”
“Hoi! Hoi! Waklu jambul la. Adik
aku tu bro! agak-agak la.. Tangan kau tu dah kenapa? Nak tolak aura sengal kau kat
aku ke?”
Mata melihat tangannya yang tanpa
sengaja pegun di depan dadanya. “Erkk! Hehehehehe” Lekas-lekas dijatuhkan. Muka
Afiq dipandang dengan sengihan lebar. Kepala yang tak gatal digarunya.
“Dah lah kau. Aku nak naik. Kau
tak sejuk ke?” Soal Afiq cuba
menukar topic. Tahu sahabatnya yang sorang ni malu akan keterlanjuran dirinya
tadi.
“Hehehe nak naik lah ni. Sejuk
gak. Baru rasa. Tadi hangat jek sebab dihembus bayu asmara yang berkobar-kobar.” Jawab Rayyan dengan
jiwangnya sambil ketawa dan disambut oleh Afiq. ‘bengong punya kawan!’ desis
hati Afiq pula.
Bersambung......