Wednesday, April 17, 2013

Kehidupanku

Dalam kata mencari cinta Ilahi, diri ini sering tersungkur di kaki dunia.
Ingin hati terbang melangkaui batas akal, seringkali ada rantai yang mengikat kemas.
Sering juga AKAL dan HATI bertelagah.. Penat..
Dan tiap kali itu juga sang HATI tewas pada ranjau kesibukan dunia.
Walau AKAL sentiasa berwaspada, namun sering jua gagal dalam menepis bisikan durjana itu.
Aku bukan aku yang dulu.
Argghhh sakit. Andai sahaja masa boleh diputarkan kembali.
Akan ku tuntun HATI ini ke jalan kanan.
Namun siapa aku mahu menentukan semuanya.
Aku hanya bisa menyesali tiap tindakan yang ternoda berserta keinsafan yang jitu.
Moga ketenangan akan jadi milikku.
Moga kejadian lampau jadi guru terbaik buat ku.
Moga masa depan bersinar gemilang menantiku.
Aku pasrah dan redha dalam usaha mencari NUR-Mu Ya Rabb.
Bimbing lah hatiku, tuntunlah tindakan ku dan kurniakan ku cahaya keampunan dan rahmat-Mu.
Kerana aku tanpa-Mu ibarat bernafas tanpa udara.
Kerana aku tanpa-Mu ibarat berada di dunia yang gelap-gelita.