Thursday, July 18, 2013

Indahnya Anugerah ILLahi - Bab 8

Hi all & Assalamualaikum,

Semoga semua ceria2 belaka.. hehe.. agak lama jugak kan tak update post baru IAI.. den bukan apo... tengah gather mood menulis yang dah scattered around sana sini.. kehkehkehkeh.. so here it is untuk tatapan kalian.. cuma nak inform.. hopefully lah before raya dpat upload lagi 2 or 3 chapter. insyaaAllah.. (kalau mood tak scattered@bersepah@bersepai lagi la) hehehehe

pada yang sudi komen, terima kasih sangat22222222... Wat komentar tegar karyaku, Kak Nor.. terima kasih tak terhingga untuk teguran dan nasihat serta semangat dan sokongan. "Jasamu akan tetap ku kenang boboiBoy".... Oopsss melalut suda.. hahaha jangan marah..

Terima Kaseh dan Sayang kamu semua!!!

*********************************

Dari kaki tangga laluan ke bilik, keriuhan suasana di Café De Ledang terdengar meriah dengan suara-suara bergelak ketawa. Disebabkan ini merupakan percutian keluarga, ditambah pula dengan kehadiran insan yang rapat di hati Tuan Qaleef dan Puan Arifah Jazmin, suasana bertambah ceria dan membahagiakan. Saat yang tidak mahu dilupakan. Kecerian diwajah insan kesayangan terpancar di wajah. Berseri-seri muka Tuan Qaleef dan Puan Arifah Jazmin.

Qaseh yang masih pegun di kaki tangga, menatap moment indah itu bagai perakam video yang sedang merakam keindahan suasana dan keceriaan wajah yang tersayang bersama senyuman dibibir.

‘Memang kebahagiaan abi dan ibu adalah yang terutama. Adik akan lakukan apa saja untuk abi dan ibu. Walaupun hati adik menangis pilu, adik tak kisah sebab abi dan ibu adalah segala-galanya untuk adik.’ Bersama kata-kata yang lahir dari hati dan hanya bergema diminda Qaseh, air matanya turut bergenang dan tunggu masa untuk meleleh di pipi. Satu pengorbanan yang ikhlas demi kebahagiaan orang yang tersayang.

“Hi love.. buat apa tercegat kat sini?” Bersama sapaan itu, bahu Qaseh dirangkul erat.

Qaseh yang menyedari kehadiran abangnya yang kedua itu, lekas-lekas menyapu si mutiara jernih yang gugur di pipi. Tiada siapa yang memanggilnya love. Hanya Aisy Zaiyani seorang. Senyuman di ukir seikhlas mungkin.

“Hei love, kenapa ni? menangis pulak?” soal Aisy lagi. Bahu kanan adiknya diusap, memujuk dan menenangkan.

“Adik ok la abang Aisy.. just tertangkap leleh jap tengok kebahagiaan dan kecerian wajah abi dan ibu dari sini.” Jawab Qaseh bersama senyuman. Kepala ditoleh ke kiri mengadap muka Aisy.

Bibir Aisy turut mengukir senyuman dengan pandangan yang terhidang, mengakui apa yang diucapkan Qaseh. Wajah adiknya di sebelah kanan direnung sayang. Faham akan gelodak hati gadis kesayangannya itu, senyuman dimaniskan lagi dengan rasa sayang.

“Sebab tu abang tak sanggup nak menolak kemahuan ibu bila dia mahu abang melamar kak Maira kamu dulu walaupun masa tu dia cakap ia cuma cadangan. Tak kisah kalau abang tak berkenan. Dan… tengok sekarang ni.. I’m happy love..sebab Allah itu maha pengasih dan maha penyayang. Pengorbanan yang hanya sedikit yang abang buat, ikhlas nak ibu bahagia, Allah balas dengan kebahagiaan yang tak terhingga. Tapi… kenalah berusaha untuk mencari kebahagiaan diri sendiri tak kira dimana jua kita berada dan dalam apa jua situasi dan keadaan dengan niat KERANA ALLAH sebab… ia tak akan datang bergolek. Adik tau kan, setiap apa pun perlu dimulakan dengan usaha. Kalau tak usaha tak dapat lah..” Panjang lebar penerangan yang diberi untuk pemahaman adik tersayang.

Perasan akan kelibat isterinya yang mara menghampirinya dan Qaseh, kepala direndahkan sehingga mulutnya bisa membisikkan kata ditelinga Qaseh. “Pasti bahagia itu milik kita dengan izin Allah sebab kita yang mencipta moment indah yang kita mahukan, dan dengan izin Allah juga, insyaAllah ia akan terlaksana. Yang penting doa dan keyakinan pada setiap yang kita usahakan.”

Qaseh sudah mampu bertenang. Bibir tersenyum manis dan kepala dianggukkan tanda faham apa yang cuba disampaikan Aisy.

“Assalamualaikum.. amboi dua beradik ni. kalau ya pun nak berbual, janganlah di kaki tangga sayang oiii.. semua dah menunggu di meja makan. Abi dah mengadu lapar dari tadi sebab tunggu kamu lama sangat.” Ucap Humaira bersama senyuman. Tangan Aisy disalam dan dikucup penuh sayang.

“Walaikumsalam sayang.” Dahi isterinya dikucup seketika. “Nak ke sana lah ni tapi singgah kat tol ni sekejap. Ambil tiket. Hehehe” Sambung Aisy lagi bersama sengihan sambil melirik pada Qaseh disebelah.

“Poyolah abang Aisy ni! tol apa kebendanya. ishh” Jawab Qaseh sambil menumbuk perlahan bahu kanan abangnya. “Orang tunggu abang dengan abang Aqil lah. Ni mana abang Aqil?” Sambung Qaseh lagi.

Humaira dan Aisy hanya tersengih dan berjalan meninggalkan Qaseh tanpa memberi jawapan. Sempat juga Qaseh menjelirkan lidah pada Aisy yang menoleh kearahnya bersama tawa.

“Sorry lambat sayang.” Ucap Aqil bersama senyuman manis. “Jawab urgent phone call dari client sekejap.” Sambungnya lagi.

“Your sorry tu kena cakap kat abi. Dia dah mengadu lapar sebab tunggu abang lambat sangat.” Jawab Qaseh sambil berjalan beriringan dengan Aqil menuju ke meja dimana semua ahli keluarganya sedang menanti kehadiran mereka.

“Heehee ye la.. kat abi tu nanti abang cakap lah sorry.. tapi sorry tadi untuk adik jugak sebab sanggup tunggu kekandamu ini..” Ujar Aqil dan tertawa.

“Owhh.. kalau begitu dikata kanda, adinda tak akan maafkan. Tiada maaf bagimu sebab buat adindamu ini menunggu macam nak tercabut kaki ni berdiri tercegat macam pak guard.” Sengaja. Sesekali merapu dan mengusik abang sulungnya ini seronok juga. Hehehe

“Ampunkan lah kekandamu ini wahai adinda bulatku. Hehehe mmmm bila adik tukar jantina ni nak jadi pak guard bagai? Jadi mak guard sudahlah.” Tahu adiknya sengaja mahu menyakat. Dia pun turut membalas cara sama. Adil dan saksama. Hehehe. ‘tapi bukan ke selalunya tak adil? Madang kau jek yang menang dalam kes menyakat tuan puteri ksayangan ni?’ Tempelak hatinya pula. Hehehehe

“Erhh! Sengal lah abang Aqil ni. Orang cakap ‘MACAM’ bukan ‘JADI’. Huh! Nak sangat ke tengok adinda kesayangan abang ni tukar jantina??” Balas Qaseh dalam geram. Huhh orang nak kenakan dia, balik-balik kita yang terkena. Lagi teruk pulak tu. Chesshhh!! Langkah dilajukan. Merajuk.

“Alololo sayang abang ni merajuk ke? Hehe” bahu Qaseh dirangkul. Tangan kirinya pantas memicit hidung adik kesayangannya ini. Memujuk.

“Jangan lah merajuk dengan kanda wahai dinda. Dah tak lawa dah muka tu. Lagi-lagi dengan muncung tu. Dah kalah muncung itik serati tau.” Lantas saja Aqil ketawa mengekek dihujung ayatnya. Imaginasi terlebih.

Papp… Tak sempat nak mengelak, bahunya dah perit ditampar Qaseh. Aqil ketawa. Seronok tengok muncung itik adiknya ini bila disakat. Nah.. tengok sekarang ni. tetap juga Aqil yang menang dalam menyakat. Hehehe.

“Poyo lah abang Aqil ni.. sama jek dengan abang Aisy tu.. huhh kalau tak usik adik tak sah agaknya. Dah lah abang Fiq suka buli adik, nasib baik abang Fif tak sangat. Kalau tak, mau mati kering adik makan hati. Ni abang Aqil pon same jugak nak jadi macam ‘monyet’ tu.” Sungut Qaseh lagi dengan penuh emosi bila mengingati adegan menyirap antaranya dengan Afiq petang tadi.

“ok lah… ok lah… abang minta maaf ya adinda sayang intan payung. Tapi betol ape abang cakap. Nah tengok sekarang ni, adik tetap buat muncung itik serati tu. Cute sangat. Marvelous!” Aqil masih mahu terus menyakat.

Bila Qaseh senyap tidak menjawab, semakin berdekah-dekah ketawanya bila menerima jelingan tajam bersama bibir yang bertambah memuncung tanda tak puas hati. Kaki dihentak kuat sebelum melajukan langkah meninggalkan Aqil. Tanda protes.

‘Muncung itik serati?? Marvelous?? Arhhhhh!!! Boleh kena sawan macam ni’ Rungut Qaseh tetapi kali ini cuma terlafaz didalam hati. Tak mahu kutukan dari Aqil bertambah. Belum sempat menjauh, semakin galak dirinya diusik Aqil.

“Hentak kaki, jalan… kiri, kanan, kiri, kanan, kiri, kanan hahahaha” Galak betuk dia mengusik Qaseh.

Bila dengar  saja nada suara Aqil yang meniru arahan tika berkawat kaki, langkahnya dihentikan serta merta. Menoleh pada Aqil sambil menunjukkan penumbuk kanan tanda amaran. Jam itu juga Aqil turut menghentikan langkah dan tersengih sambil menaup kedua belah tapak tangan bersama tanda ‘mohon ampun’

‘Huh tau takut! Menyakitkat hati betul. Memang betul-betul boleh mati kering makan hati macam ni. huhh’ Rungut hati Qaseh dan langkah diteruskan mendapatkan insan-insan kesayangan. Sabarlah wahai hati.

******************************

Bersama sisa tawa, Aqil menyorot pandangan pada Qaseh yang melajukan langkah meninggalkannya. Kepala digelengkan dengan gelagat adiknya itu.

Melihat Qaseh yang sudah sampai di meja keluarganya, kaki diatur melangkah ke kaunter minuman untuk memesan minumannya dan Qaseh memandangkan kesemua ahli keluarganya telahpun mempunyai minuman masing-masing.

 Tanpa disedari, kelekaannnya memandang Qaseh dan ahli keluarganya yang hanya beberapa saat telah menyebabkan insiden perlanggaran yang tak disengajakan. “Allah” hanya itu yang mampu terlafaz. Tak semena-mena langkah Aqil pegun dan mata terpejam.

“Opss sayang… sayang.. eh’eh jatuh.. oh kacak.. kau.. maaaakkk” Kedengaran latah seorang perempuan.

Mata dibuka, baju nya yang basah dipandang. ‘Tak fasal-fasal mandi air milo ais malam ni. Alhamdulillah. Nasib baik milo ais. Kalau milo panas, tak ke haru.’ Detik hatinya. Pandangan beralih pada insan yang bertanggungjawab. Niat hendak marah terbantut bila mengenangkan gadis comel didepannya ini melatah tadi. Hehe muda-muda dah melatah. Tak padan dengan muka comel. Adehhh...

“Ma..maaf Encik.. Sa…saya tak sengaja. Maaf.” Ujar gadis itu tergagap seketika. Wajah jejaka kacak didepannya dikerling seketika Cuma. Tak berani nak pandang lama-lama. ‘Kacak sangat!! Biya behave yourself.’ Selaras dengan amaran hatinya, Alia menjatuhkan pandangan pada baju jejaka didepannya yang basah di bahagian dada dan lengan kanan.

Baju kemeja yang tadinya warna putih kebiruan kini bercorak dengan warna coklat air milo. Air liur ditelan. Dalam hati sempat berdoa agar jejaka kacak ini tak melenting dan memaki hamun dirinya depan orang ramai sepertimana watak jejaka hensem yang kaya, kerek dan baran yang selalu dibaca dari novel. Malu! Banyak juga mata yang memandang insiden yang tak disengajakan ini. Allahu Akbar! Jauhi aku dari aib yang bakal mendatang Ya Allah.

“Tak mengapa cik, dah rezki saya dapat mandi air milo ais secara free malam ni. hanya orang tertentu aje tau yang dapat rasa. Kiranya saya ni bertuah lah kan? Dimandikan dengan air milo ais oleh adinda comel ni.” Aqil sengaja menjungkit-jungkitkan keningnya diakhir kata bersama ketawa kacaknya yang bergaya. Tahu gadis di depannya ini bersalah tapi rasa marah tu hilang begitu sahaja. Mood menyakat masih belum hilang. kehkehkeh

“Erkk..” hanya itu yang mampu terluah dari bibir Alia Nabihah berserta menayang muka pelik bercampur risau dan cuak (takut). Takkan lah akibat mandi air milo terus tintong kepala mamat ni. Habislah aku.

“Encik, maaf sekali lagi. Encik janganlah tintong sekarang. Tunggulah esok ke lusa. Tak pun tulat. Sebab saya tak ada duit nak bayar rawatan untuk en..” Belum sempat Alia menghabiskan kata-katanya, Aqil terlebih dahulu ketawa mengekek.

‘Huwaaaaa pakcik ni dah mereng!’ Jerit hati Alia. Bertambah kerutan di wajah gadis polos ini berserta riak mahu menangis. Mungkin kalau lagi lama Aqil ketawa memang menangis betul jadinya.

“Encik..” tiak Alia dalam cuak.

“Awak ni kelakar lah. Ada ke patut cakap saya tintong. Siap boleh suruh lagi nak tintong esok ke lusa ke tulat. Adehhh dari macam tu baik suruh jek saya tintong minggu depan. Tak pun bulan depan.” Ujar Aqil bersama tawa yang masih bersisa. “Saya ok. Jangan risau. InsyaAllah belum tintong lagi.” Sambung Aqil lagi dan mengukir senyuman ikhlas.

Mendengarkan jawapan dari Aqil, tangan Alia spontan meraup muka bersama lafaz syukur. “Alhamdulillah… selamat duit saya.. Risau jugak saya tadi kalau encik betul-betul tintong kat sini. Apa saya nak jawab pada pihak berkuasa nanti.. ngeee” ujar Alia bersama sengihan lebar.

“Hehehe merapu lah awak ni.. Takde maknanya boleh jadi tintong semata-mata kerana TERmandi air milo ais awak tu.” Tawa Aqil masih bersisa. “By the way, saya Aqil. Muhammad Aqil Qusyairi. Mari lah saya pesan minuman baru untuk awak. Err boleh tau, apa nama awak?” Soalnya pula.

“Ngeee hehehe taka pa lah encik. Tak tumpah semua pun air milo ni. ada separuh lagi.” Tolak Alia lembut sambil mnunjukkan gelas air milo aisnya yang masih berbaki separuh.

“Hmmm sakitnya dada ni..” Seperti biasa, drama lakonannya mesti over. Tangan melekap pada dada seolah-olah menahan sakit. Sempat juga matanya mengerling riaksi gadis comel ini.

“Eh encik.. kenapa sakit dada pulak ni? encik ada allergic tak boleh kene ais ke? Alaa encik apa saya nak buat ni? Tol….” Menggelabah sekali Alia dibuatnya. Namun demikian, tak sempat perkataan tolong di sempurnakan, Aqil sudah meletakkan jarinya dimulut gadis ini.

“Shhh.. saya ok.. dada saya ni sakit bukan sebab allergic dengan ais….” Terhenti seketika. Nafas dihela. “Cuma sakit sebab awak tak mau terima lawaan saya nak belanja awak minuman baru.. Dan..”

“Tapi sa..”

“Shh.. saya tak habis cakap.. Dan awak lokek tak mau bagitau saya nama awak sedangkan nama saya sudahpun dalam pengetahuan awak. Ok sekarang awak boleh cakap.” Gaya poyo sudah menyerlah.

“Erkk hehehe” Alia tersengih. Dalam hati mengutuk kepoyoan campur miang jejaka kacak depannya ini. “Kiranya ini denda sebab tumpahkan air milo kat baju awak lah ye?” Soal Alia namun masih belum menjawab apa yang diminta Aqil..

“Lebih kurang.. dan memandangkan saya dah perkenalkan diri saya, so saya nak jugak tau nama insan bertuah depan saya ni..” Jawab Aqil selamba. Senyuman masih tak lekang dari wajah kacaknya.

‘Ya Allah.. kacaknya awak ni walaupun poyo dan a little bit miang.. hhmm boleh mengigau setiap malam saya macam ni tengok senyum awak. Silap haribulan boleh tersampuk penyakit angau’ Terleka seketika Alia dengan keindahan ciptaan Allah yang tersaji didepan matanya. System otaknya bagai sedang ‘shutdown’ semua  fungsi anggota badan sampaikan terasa saat ini Cuma ada dia dan jejaka kacak yang tintong ini.

“Awak??” Panggil Aqil bila gadis ini tiba-tiba pegun. Dah kenapa pulak ni?.. “Awak??” Dikuatkan sedikit suaranya seraya memetik jari betul-betul depan muka Alia.

“Oh awak! .. angau.. eh saya.. angau.. eh …” erkk macam mana boleh melatah lagi ni? Astagfirullah al’adzim. Tu lah kau Bia, leka sangat menatap wajah kacak orang tu. Kan dah malu sendiri. Marah Alia pada diri sendiri. Kepala yang tak gatal digaru. Jejaka kacak depannya ini dah sambung ketawa mereng dia tadi malah lebih teruk dari tadi.

Mata dihala sekeliling. Makin banyak mata yang memandang. Kulit muka dah rasa tebal. Kulit muka mamat kacak depan ni jek yang tak reti nak tebal. Agaknya memang sepsies selenge tak tau malu.

“Heeee maaf.. terkhayal sekejap.. errrr aw.. eh encik.. dah lah tu.. jangan over sangat ketawanya.. malu lah..” Ujar Alia memohon agar Aqil berhenti menarik perhatian orang ramai. Malangnya, cubaannya gagal kerana Aqil masih ketawa suka hati.

“Errr ok lah awak.. er I mean encik… saya cau dulu… bye..” milo ais yang masih berbaki dalam gelas ditinggalkan di kaunter minuman dan dia melangkah laju tanpa mempedulikan sesiapa.

Aqil yang masih ketawa dengan latah gadis itu tak sempat hendak menahan tuan punya badan. Sekelipan dan hilang dari pandangan.

‘Laju betul minah ni jalan... nama pun tak dapat tau.. adehhh tu lah kau.. ketawa sampai melepas.. chett!’ keluh Aqil seraya memandang bajunya. Tersenyum. Gadis polos yang comel dan melatah! Saya suka awak! Semoga berjumpa lagi..

********************

“Ni dah kenapa monyok je muka tu? Abang Aqil kamu mana?” Soal Puan Arifah Jazmin bila Qaseh duduk disebelahnya. Yang lain rancak berbual dan bergelak ketawa. Pelbagai cerita keluar. Iyalah kan, dah lama tak berkumpul ramai-ramai. Ditambah pula dengan kehadiran Rifqi dan Qaiyum, bertambah meriah dan riuh suasana jadinya.

“Entah.. adik jalan dulu tinggalkan dia.” Jawab Qaseh dengan mulut yang termuncung-muncung.

Puan Arifah Jazmin yang faham keadaan anak tunggal perempuannya ini sedang merentan hanya tersenyum memandang suaminya. Kening Tuan Qaleef terjungkit bertanya ‘kenapa?’. Dengan senyuman dia membisik ditelinga suaminya dan Tuan Qaleef tertawa perlahan. Simpati juga dia dengan anak tunggal perempuannya ini kerana seringkali diusik dan disakat oleh abang-abang yang terlebih nakal.

“Assalamualaikum semua.. Maaf lambat. Tukar baju sekejap.” Ujar Aqil bersama sengihan yang melebar. Uncle Qaiyum nya di salam dan dipeluk melepas rindu sambil bertanya khabar. Namun kehadiran ‘mat saleh’ yang seorang ini mengelirukannya.

“Errr.. Uncle Rick??” masih cuba mengingati wajah kacak jejaka awal empat puluhan yang berdarah Inggeris didepannya ini. Tangan yang bersalam masih tidak dilepaskan.

Rifqi tersenyum dan menggeleng menidakkan tekaan Aqil. “Who’s Rick?” Soalnya sengaja menambah kekeliruan Aqil.

“I knew it’s you Uncle Rick!!! Oh my goodness.. it’s been a long time. How are you?” jam itu juga tubuh Rifqi dipeluk lagi sekali dengan keterujaan.

“Iya je kamu ni Aqil? Kamu pasti ini uncle Rick kamu?” soal Tuan Qaleef pula menambah perisa. Yang lain sudah tersenyum lucu.

Ala abi.. I know he’s my uncle Rick la.. abi tak usah nak wayang.. Aqil cam suara dia la. We were buddies what.. walaupun dah lama tak jumpa. Minda ni masih simpan rekod macam data dalam computer.” Jawab Aqil selamba dan yakin.

“Seriously man, I’m not your uncle Rick. The name’s Rifqi. Nice to know you… Aqil isn’t it?” Ujar Rifqi bersungguh-sungguh sengaja mahu mendera Aqil.

“Entah abang Aqil ni… bukan uncle Rick la but uncle Rifqi. Merapu jek dia tu fikir uncle Rick pulak phbtt” sampuk Qaseh menambah bara sambil menjelir lidah pada Aqil. Tanpa sedar, kata-kata yang terluah dari bibir Qaseh telah Aqil anggap sebagai clue. Pantas sahaja otaknya menangkap.

“Alhamdulillah… tambah lagi saudara islam kita.. and now we’re buddies dunia dan akhirat my man!” ujar Aqil tanpa menghiraukan penafian mereka yang ada.

“Hahaha alhamdulillah.” Jawab Rifqi mengalah dengan buddiesnya ini.

“aaaaaaaaaa tak syok la uncle dah give up awal!!!” keluh Qaseh bersama rasa kecewa tak dapat balas usikan Aqil padanya awal tadi.

“I’ve told you he would recognize me though I’m in a disguise figure or so” Rifqi berkata selamba dan tertawa dengan reaksi Qaseh. Mereka yang lain turut sama tertawa.

“Ok enough with the intro and hugging already.. let’s eat. Makanan dah sampai ni” Tuan Qaleef bertindak meredakan keadaan yang sedikit huru-hara dengan gelagat puteri bungsu dan putera sulungnya. Nasib baik lagi tiga orang puteranya tidak mahu interframe. Kalau tak lagi gamat keadaan.

Tanpa mempedulikan semua, laju sahaja tangan Tuan Qaleef menyendok lauk yang terhidang namun tak sempat hendak menyuap sudu ke mulut, tanggannya ditampar perlahan oleh cik Puan Arifah Jazmin.

“Sabarlah sayang oii.. doa pun tak baca lagi tau.” Tegur Puan Arifah Jazmin dengan lembut dan senyuman manis.

“Aqil, take your sit. Baca doa makan. Later boleh sambung berbual.” Arahan dah dikeluarkan. Doa pun dibaca dan mereka mula makan dan berbual mesra.



Bersambung...

P/S: macam meleweh sikit la.. tapi tak tau nak edit cane.. nk buang or cut sayang la pulak.. hehehehe apa2 pun jangan lupa komen..