Tuesday, June 25, 2013

Indahnya Anugerah ILLahi - Bab 6

“Aqil, nak ke mana pulak tu?  Takkan nak ke Gunung Ledang pakai suit pejabat sayang?” Puan Arifah Jazmin menegur anak sulungnya bersama senyuman bergayut dibibir.

Pelik juga. Sudah dikhabarkan mereka sekeluarga akan bercuti ke Gunung Ledang sempena kepulangan adik suaminya, Qayyum. Tapi si Aqil ni pula, takkan nak ke pejabat? Kan ke hari ini hari sabtu. Public holiday lagi.

“Aqil ada appointment dengan client dari Indonesia lah ibu. Sorry sangat-sangat sebab memang tak boleh nak elak. I try my best to settle it at soonest possible. Habis je meeting Aqil terus ke sana ye bu.”

Tangan Puan Arifah Jazmin disalam dan dikucup. Laju saja langkahnya. Sempat juga ciuman kasih singgah di dahi ibunya itu.

“Aqil pergi dulu. Nanti apa-apa hal Aqil call ibu ya.” Terus saja bayang Aqil Qusyairi hilang dari pandangan Puan Arifah Jazmin. Tak sempat nak berhujah lebih lanjut.

“Ibu, kenapa muram je ni? Bukan ke kita nak pergi bercuti dan sepatutnya happy-happy.” Sapa Humaira pada ibu mertuanya itu. “Ni mesti sebab abang Aqil dengan abang tak dapat ikut kita ye bu?” sambung Humaira lagi.

“Aisy pun sama ke? Ishh memang nak kena budak-budak ni. Kerja lebih penting dari keluarga gamaknya. Bukan ke ibu dah kata dulu, keluarga tetap nombor satu. Kerja tu sampai tutup mata pun takkan boleh habis. Kalau dah tak cukup ahli keluarga bukan lagi hari keluarga namanya ni.”

Panjang lebar Puan Arifah Jazmin membebel. Yang jadi mangsanya adalah Humaira. Kesian menantunya ini terpaksa menadah telinga. Namun senyuman tetap dipamirkan untuk tatapan mertua tersayang walaupun hampir cair juga tahi telinganya. Tiada kata-kata yang mampu diluahkan. Hanya senyuman sebagai penyejuk mata. ‘Harap-harap ibu cool down.’ Doa hati Humaira.

Sedang di luar, Aisy dan Aqil sudahpun berada didalam kereta dan memulakan pemanduan ketempat yang hendak dituju.

“Kau tak kesiankan Humaira ke Aisy? Mesti dia tengah tadah telinga dengar ceramah ibu.” Tanya Aqil pada adik keduanya di sebelah.

“Kesian tu memanglah kesian, tapi nak buat macam mana lagi. En. Herman nak jumpa kita berdua jugak otherwise, the deal is off. Buat penat je lah aku usulkan projek ni pada abi kalau akhirnya dibatalkan. Rugi lagi ada. Ala abang bukan tak kenal ibu tu, nanti datang buah hati dia, hilang kisah pasal kita.” Terang Aisy Zaiyani tenang. Seperti apa yang mereka kejarkan ini lagi penting dari luangkan masa untuk keluarga.

“Hehehe betul juga kan. Nampak je Dini dengan Alif terkedek-kedek jalan, terus hilang bahan yang dihujahkan. Sebab tu tadi lepas salam je cepat-cepat abang ce-alip-but. Nasib Humaira la. siapa suruh dia muncul time tu.”

“Tapi abang jangan lupa, ibu tu otak dia macam CPU. Semua dia ingat. Dari sebesar-besar hal sampailah sekecil-kecil hal, semua dia tau. So balik ni, tahan telinga je lah ye dengar ceramah tajuk...

“KELUARGA WAJIB DIUTAMAKAN DALAM SEGALA HAL. Abang tau. Apa-apa pun, redha je lah ye. Harap-harap abi back-up kita.” Sambung Aqil bersama sengih lebar.

*****************************************

“Hoorey!!! Dah sampai. Iyaarrrrhh” jerit Qaseh sambil menggeliat membetulkan sendi-sendinya yang kejang kerana lama duduk dalam kereta. Iyalah kan, perjalanan dari Pasir Gudang ke Gunung Ledang ni mengambil masa tiga jam. Kalau dia yang memandu, dua setengah jam dah sampai. Tapi oleh kerana pemandunya adalah Tuan Qaleef Al-Rasyid, maka pemanduan berhemah diutamakan. Lagi-lagi dengan adanya Puan Besar disebelah. Hehehe. Itu pun Puan Arifah Jazmin tersayang ni asyik membebel. Dari hal Encik Aqil dan Encik Aisy yang melarikan diri sampailah pada kelajuan pemanduan Tuan Qaleef. Haii.. ibu.. ibu.. kesian my abi. Hehe

Pap! “Haishh, tak senonoh betul anak dara sorang ni. Ada ke patut menggeliat sebegitu rupa. Tak malu ke orang tengok?” Tegur Puan Arifah Jazmin.

“Aduh ibu. Sakit lah. Adik bukan apa, sengal-sengal segala sendi ni. Saja buat stretching sikit. Hehehe. Bagus tuk kesihatan tau ibu. Ibu pun patut buat stretching muka macam ni” Jawab Qaseh sambil menayangkan wajah sengih lebar sebagai contoh stretching muka.

“Pandai lah kamu tu. Buruk lah buat muka macam tu. Kalau ibu senyum macam tu lari lah abi kamu. Hish.”

“lagi satu, Ibu nak tau tak, bebelan ibu tu kan, lagi sakit dari kene tepuk dengan tangan ibu yang bak besi tu tau dan…. lagi jauh nanti abi lari. Hahaha” Ujar Qaseh sambil ketawa dan pantas menyelamatkan diri dari kene cubitan maut Puan Arifah Jazmin pula.

“Abi tak kisah pun macam mana gaya wajah ibu kamu tu Qaseh. Pada abi, dialah yang paling cantik sekali walaupun baru bangun tidur dengan wajah bertepek dengan masker.” Sampuk Tuan Qaleef sekadar menambah usikan pada isterinya.

“You ni sayang, teruklah. Merajuk lah macam ni.” Puan Arifah Jazmin memusingkan badannya dan berlalu dengan niat membalas usikan suami tercinta. Nak mengusik sangat kan. We’ll see siapa yang terkena. Dia tahu anak-anaknya pasti akan reverse balik usikan pada suaminya itu.

“Ayo abi. Ibu dah merajuk. Abi kene tidur dalam camp dengan kita orang lah nampak gayanya. Hahaha” usik Afiq pula pada Tuan Qaleef.

Muka yang tadinya tersenyum girang kini sedikit demi sedikit berubah risau. Kepala yang tak gatal digaru.

“Adik lah ni punya pasal. Siapa suruh usik ibu lebih-lebih. Tengok, abi jugak yang kena.” Tuduh Tuan Qaleef pada anak bungsunya.

“Eh apa pulak adik. Abi lah.” Jawab Qaseh bersama jeliran lidah kontot dan tertawa.

“huh.. yalah yalah salah abi je. Ni mana pulak ibu kamu pergi ni? Asal merajuk je hilang. Asal hilang je confirm merajuk.” Langkah diatur untuk menjejaki keberadaan isterinya.

“Sayang, bunny, baby boo, pumpkin jangan lah merajuk dengan I. I janji I bagi you baby baru ye sayang.” Tiak Tuan Qaleef bersama senyuman miang dan mendekati isterinya yang sedang duduk di pondok berteduh yang disediakan pihak resort.

“Alaa teruk la you ni. I’m old already. Patutnya makin bertambah cucu bukan baby baru dari you. Huh” jawab Puan Arifah Jazmin. Makin panjang muncungnya. Ingatkan nak pujuk tapi lain pulak jadinya.

“Eh I tak kata dari you, tapi dari cawangan baru la baby boo.” Makin galak pula usikan Tuan Qaleef pada isterinya.

“Gatal lah you ni. Berani lah you nak buka new branch, I lari balik Ireland nanti baru you tau.” Ugut Puan Arifah Jazmin tak mahu kalah.

“Jang..”

“Don’t you dare go on running back to Ireland Jaz, nanti siapa nak teman Rif disini?” Sampuk satu suara bersama pelat melayunya.

Kata-kata Tuan Qaleef juga terhenti kerana dipotong oleh lelaki itu. Lelaki yang agak lama tidak ditemuinya. Hanya berhubung melalui e-mail dan panggilan telefon. Senyuman manis dilayangkan.

“Ricky!! How.. you.. here? I mean how on earth.. you..” Kerana terkejut dengan kehadiran insan yang telah agak lama tidak ditemuinya, Puan Arifah Jazmin kehilangan kata-kata.

Puan Arifah Jazmin dipeluk melepaskan rindu. Sambil tersenyum memandang Tuan Qaleef, tangan berjabat dan dipeluk juga. Wajah Puan Arifah Jazmin direnung penuh kasih dan rindu.

“Ricky ha sis? I prefer Rifqi rather than Ricky.” Ucap Ricky tenang.

“Rifqi? Why Rifqy? Don’t tell me you…”

“Yup.. Quite a long time actually” Pantas saja dijawab tanpa menunggu Puan Arifah Jazmin menghabiskan ayatnya. Dia tahu apa yang berlegar diminda kakaknya itu.

“Alhamdulillah… finally.. my little brother.. my..” Tak dapat menghabiskan ayatnya, airmata sudah membasahi pipi bersama sebak yang hadir. Airmata gembira kerana Allah mendengar doanya saban hari. Satu-satunya adik yang dia ada kini mengikut jejaknya, memilih Islam sebagai agama rasmi. Dan kini berada di hadapannya.

“Hey sis, don’t cry. Rif dah ada dekat sini depan you. Don’t you feel happy to see me here? Now we’re in the same path.. Islam itu sangat indah. Sekarang saya lebih tenang. You were right all along” Terang Ricky sambil diselang-selikan dengan Bahasa Melayu.

“Hehehe teruklah Bahasa Melayu kamu Rifqi. But no worries, practice make perfect.” ujar Puan Arifah Jazmin bersama tawa yang perlahan. Teringat betapa susahnya dia hendak bertutur dalam bahasa melayu waktu mula-mula dia bersama Tuan Qaleef.

“Hey, don’t underestimate me ok. I have the best teacher to teach me because I’ll be here in Malaysia for quite some time. So, sila jangan lokek ilmu.” Seperti dulu juga, Ricky sentiasa ceria. Dan sekarang Muhamad Rifqi Iman lebih ceria dan lebih tenang malah cara dan gayanya juga lebih sopan berbanding dulu.

“Hahaha ok ok. So Rifqi? Just Rifqi?” Soal Puan Arifah Jazmin lebih lanjut.

“Muhamad Rifqi Iman Abdullah Jackson. Sedap tak nama tu?” Kali ini soalan berbalas soalan berserta senyuman manis tak lekang dari bibir.

“Just nice brother. Sedap. Eh jom kita ke bilik. Budak-budak tu dah check in barangkali. Qaseh mesti excited dapat jumpa Rifqi nanti. Dia yang selalu Tanya tentang ‘My Little Brother’ ni.” Bersama senyuman bahagia, mereka melangkah ke bilik yang ditempah khas sambil berbual mesra.


*************************

“Asy, bonda rasa bonda terus ke Melaka lah. Hati rasa tak sedap lah nak ikut kamu ke Ledang Resort.” Gusar di hatinya disuarakan pada Faiq Asyraf. Sepertinya ada sesuatu perkara buruk bakal terjadi kalau dia turut serta.

“Bonda, jangan lah macam ni. Nothing’s gonna happen there, trust me. Lagi pun tak seronok lah kalau bonda tak ikut.”

“Kamu ni, hati bonda tak sedap lah. Rasa macam dilenyek-lenyek gitu. Kamu aje lah pergi ye.”

“Takpun macam ni. Kita semua ikut bonda ke Melaka. Lagi pun dah lama tak jumpa tokwan.” Cadang Faiq sambil mata mengerling Daniel disebelah mohon persetujuan.

“Ok jugak tu bonda. Dan pun dah lama tak jumpa tokwan. Minta-mintalah sekarang tengah musim buah. Uishh tak sabarnya!” Siap gaya teruja lagi yang dipamirkan.

“Kamu tu rindu dekat tokwan ke rindu dekat kebun tokwan?” Soal Datin Aira menguji. Faham sangat dengan perangai anakbuahnya ini. Kalau sebut saja tokwan, gambaran yang terlayar dikepalanya tu bukan tokwannya tapi kebun buah-buahan tokwannya.

Faiq dan Daniel saling berpandangan dan ketawa mereka terlepas juga. Tak sangka perangai mereka jadi perhatian Datin Aira selama ini.

“Betullah tu kan kalau dah ketawa tak ingat dunia.” Suara Datin Aira lagi.

“Assalamualaikum aunty. Wah rancak ketawa. Macam best jek isunya. Ni yang buat Ija makin tak sabar nak ikut ni.”

Datin Aira menjawab salam dan tersenyum. Mata dijeling ke arah kedua-dua jejaka yang tadinya rancak ketawa kini senyap tak berbunyi. ‘Ish budak-budak ni, kalau ye pun tak berkenan janganlah tunjuk sangat. Kesian Ija.’ Dalam hati merungut namun senyuman tetap dimaniskan untuk anak saudara-sepupunya yang sorang ni.

“Ija sorang je ke? Mana Amira dengan Husna? Bukan tadi kata nak ajak mereka berdua?” Soal Datin Aira pada Aleeza.

Muka yang tadi tersenyum kini dimuncungkan tanda tak puas hati. “Amira ada date dengan boyfriend baru dia. Husna pulak ke KL sebab ada fashion show. So Ija sorang jek.”

“Tu tandanya masa tak mengizinkan kau ikut kitaorang. Duduk jek rumah belajar masak.” Sindir Daniel selamba. Baru nak sambung cakap pehanya dah ditepuk agak kuat oleh Datin Aira.

“Kamu ni Dan, tak apalah Ija ikut kita. Lagi pun kita kan nak ke rumah tokwan. Bukannya ke Ledang Resort.” Pandangan dihalakan ke arah Aleeza pula dan berkata “Ija ikut aunty ye sayang. Kita ke Melaka.”

“Erkk.. Melaka? He..he..he..” Itu saja yang mapu terluah dari bibir Aleeza. Senyuman pula nampak sangat tahap kepalsuannya.

Daniel yang memandang muka Aleeza tersenyum sinis. Faiq disebelah disiku. Isyarat mata diberi menyuruh Faiq melihat muka Aleeza yang agak pucat.

“Tak apa lah Ija. Nanti boleh belajar masak dengan nenek. Masakan nenek power tau. Baru lah abang Asy tambah sayang.” Usik Daniel dan kali ini Faiq dikaitkan sama. Namun bahagia usikannya tak lama bila dia menerima tumbukan dibahu kanannya dari Faiq.

“Aku pulak. Kau lah..” Ujar Faiq lantas bangun dan meninggalkan ruangtamu itu menuju keluar. Daniel pula hanya ketawa tak sudah. Suka lah tu dapat kenakan aku. Ciskek punya cousin! Gerutu Faiq dalam hati.

“Sudah, lekas kita gerak sekarang. Nanti lambat pula kita sampai.” Arah Datin Aira.

Mendengarkan arahan Datin Aira, Daniel lekas-lekas bangun dan keluar menuju ke kereta. Aleeza pula dari tadi statik tak bergerak. Gerun bila dengar ayat “belajar masak dengan nenek”… diulangi NENEK!!! OMG! Nak balik.. taknak ikut.. huhu. Dalam kepalanya dah tergambar pelbagai aksi terutamanya scene kene bebel dengan nenek. Sangat-sangat mahu dielakkan.

“Aduh! Mati lah..” ucap Aleeza perlahan. Mata melingas mencari Datin Aira. Nampak sahaja kelibat Datin Aira ditangga, terus dia maju untuk mendapatkan wanita itu.

“Aunty.. kalau Ija tak ikut boleh tak? Ija tiba-tiba teringat Ija ada appointment dengan Cek Sal buat rawatan rambut.” Dengan muka yang sengaja disedihkan dan mata yang terkebil-kebil memohon simpati. Tanpa Aleeza sedar, alasannya didengari oleh Daniel yang kebetulan masuk untuk mengangkat beg Datin Aira.

“Alah bonda, jangan dengar alasan budak terlebih hormon ni. Dia saje je nak mengelat. Tak nak dengar ceramah percuma dari Hajah Ungku Rakiah lettew. Seret je dia bonda. Biar die belajar masak. Bukan apa untuk masa depan dia jugak, kan bonda.” Panjang lebar Daniel cuba mematahkan alasan Aleeza.

Datin Aira hanya tersenyum. Muka Aleeza yang kelat dipandang sayang. Cahaya yang berkelipan dari dalam mata Daniel juga dilihatnya. Tahu lah dia, Daniel ada hati pada Aleeza. Hhmm.. masalah juga ni. Desis hati Datin Aira.

“Janganlah macam tu Ija. Kesian nenek dengan tokwan. Dah lama Ija tak jumpa mereka kan. Ala pasal masak tu Ija jangan bimbang, abang Dan kamu ni saje je menyakat kamu. Jangan risau lah. Kita pergi ya.” Pujuk Datin Aira. Melihatkan tiada jawapan balas dari Aleeza, terus saja dia tersenyum lebar dan memimpin Aleeza ke luar. Diam tanda setuju.

Daniel pula terlebih dulu berlalu dari situ bersama hati yang bersorak gembira. Entah lah. Seronok hendak menyakat Aleeza atau pun seronok sebab Aleeza ada sama. Dia tak pasti. Kedua-dua pun boleh. Kata hatinya pula menjawab soalan minda. ‘Tapi bonda nak Aleeza kahwin dengan Faiq, bukan aku.’ Keluh Daniel pula.

“Tak mengapa Dan, andai dia memang jodoh kau yang Allah dah tetapkan sejak azali lagi, takkan kemana.” Sambil menyusun beg-beg di bonet, sambil memotivasikan hati. Bagus! Senyum Daniel lagi.

“Jangan risaulah bro. Aku takkan caras hati my best buddy ni.”

Terkejut Daniel dengan tepukan lembut dibahunya. Sangkanya dia keseorangan dan kata-katanya tadi tiada siapa yang dengar. Namun telahannya salah. Nasib baik Faiq yang dengar. Kalau bonda? Huhuhu malu den. Hanya sengih lebar yang mampu ditayangkan pada Faiq.



1 comment: